Hi dan As Salam
Zon Kerja Segitiga Dapur (Kitchen Work Triangle) adalah garis
tiga zon kerja utama dalam dapur iaitu hob, sink dan peti sejuk.
Garis panduan zon kerja segitiga dapur ini dapat membantu kita untuk
memastikan aliran kerja dalam dapur adalah lancar, tanpa halangan.
Garis panduan membentuk tiga zon ini supaya ia tidak terlalu jauh
daripada satu sama lain dan tidak terlalu dekat antara satu sama lain.
Garisan di antara tiga zon kerja ini tidak boleh melebihi jumlah
jarak 6 meter.Jarak yang sesuai di antara poin kerja ialah 90 cm.
Zon kerja segitiga dapur (kitchen work triangle) mengaitkan tiga zon kerja
utama di dapur iaitu storan / penyimpanan (peti sejuk dan storan kering),
mencuci (sink, membasuh pinggan-mangkuk) dan memasak (hob, ketuhar,
ketuhar gelombang mikro). Meletakkan tiga zon kerja dengan betul adalah
penting untuk mendapatkan segi tiga kerja yang ergonomik dengan aliran
kerja semulajadi dan semuanya mudah dicapai. Ini adalah beberapa petua
asas untuk dipertimbangkan apabila merancang zon kerja segitiga anda:-
kerja semulajadi dan semuanya mudah dicapai. Ini adalah beberapa petua
asas untuk dipertimbangkan apabila merancang zon kerja segitiga anda:-
Zon Memasak
Elakkan melintas dapur membawa periuk dan kuali yang panas.
Fikirkan untuk meletakkan ketuhar dan hob berdekatan sink
dan bahagian atas kerja.
Zon Mencuci
Sink anda adalah tempat yang penting. Pelan agar peti sejuk anda
berdekatan untuk memudahkan penyediaan makanan. Juga berdekatan
dengan hob memudahkan anda mengetus pasta dan sayur-sayuran.
Zon Storan
Untuk penyimpanan, pastikan anda mempunyai cukup storan untuk semua
bahan makanan, termasuk bahan makanan kering di dalam peti sejuk.
Bahagian atas kerja berdekatan kabinet tinggi dan peti sejuk memudahkan
anda mengemaskan barang-barang yang baru dibeli.
Susun Atur Dapur dibahagikan seperti berikut :-
Susun Atur Dapur Jalur Tunggal (One Wall Kitchen Layout)
Susun Atur Dapur Berbentuk L (L-Shaped Kitchen Layout)
Susun Atur Dapur Berbentuk Selaris (Galley Kitchen Layout)
Susun Atur Dapur Berbentuk U (U-Shaped Kitchen Layout)
Susun Atur Dapur Berbentuk G (G-Shaped Kitchen Layout)
Susun Atur Dapur Dengan “Pulau” (Kitchen Layout with Island)
Sumber : Kabinet Dapur l Kuala Lumpur
Dapur bakal rumah kami nanti kecil sahaja. Lebih kurang
dalam bentuk Susun Atur Dapur Berbentuk Selaris
(Galley Kitchen Layout). Tengoklah nanti kalau dapat
ilham untuk ubahsuai tapi ruang yang ada tidak banyak.
Jom survey - survey pelan dapur !
Tempat plg best ni..so kn susun betul2..
ReplyDeletewaah nampak sgt ieza suka sangat memasak. Good job. teruskan ye !
DeleteUmah saya takde kitchen kabinet, so susun je asalkan nampak kemas. hehe...berangan nak ada umah sendiri. lehla buat macam ni
ReplyDeleteyang penting kemas dear. prinsip kitchen triangle bkn wajib ada kabinet tetapi lebih kepada akses untuk memasak. chayoook ! berangan permulaan impian :)
Deletebagusnyeeeee idea ni, lebih tersusun dan memnudahkn. tq for tips :)
ReplyDeletenora pun ambil sumber internet dear. sharing is caring :)
DeleteSalam kenal..tellingstory11.blogspot.com
ReplyDeleteInfo yg sgt berguna