Hi dan Salam
Syukur Alhamdullilah, dalam kesibukan seharian, saya berjaya juga membuat
kejutan untuk suami saya. Semua perancangan adalah 'last minute' tetapi
berjaya direalisasikan. Izinkan saya mencoret serba sedikit kenangan di
blog ini, mana tau boleh jadi panduan dan ilham untuk mereka yang lain nanti :)
Idea ini lahir apabila mendengar suami saya menyanyi lagu yang
dia suka di hadapan tv (3 hari sebelum hari lahir dia) masa tu dia
tengah lihat konsert ulangan Wings di Astro. Semangat dia nyanyi,
kebetulan saya terus teringat tentang kumpulan Wings yang akan
mengadakan konsert okestra di Istana Budaya. Saya sebenarnya bukan
peminat tegar Wings, namun bila difikirkan balik apa salahnya menyelami
minat suami, tidak rugi apa - apa pun. So saya start buat reseach tentang
konsert okestra WIngs itu (lokasi, tarikh,harga tiket, pakaian dan
sebagainyalah). Malangnya tiket yang murah memang dah sold out
(namapun last minute kan !), yang tinggal hanya harga sederhana
dan mahal. (yang mahal memang tak sanggup)
sebagainyalah). Malangnya tiket yang murah memang dah sold out
(namapun last minute kan !), yang tinggal hanya harga sederhana
dan mahal. (yang mahal memang tak sanggup)
Saya survey dalam masa 2 hari. Sehari sebelum hari kejadian, saya nak beli
tiket secara online, bila buka website terus terkejut, dah tutup ! Saya buntu
seketika, tapi terus telefon kawan dia. Bila kawan dia angkat, terus dia cakap,
" ha napa, nak cakap dengan ray ke, dia ada dekat dengan aku, kejap aku
panggil ", terusla saya 'ter' jerit.. "eh xpayah ! aku ada benda nak minta tolong".
Lepas dipastikan kawan suami jauh dr beliau, saya pun cerita tentang pelan
saya dan meminta tolong untuk dia belikan tiket di kaunter istana budaya.
Alhamdullilah, kawan suami tiada masalah untuk uruskan hal tersebut.
Keesokkan harinya, selepas habis waktu kerja saya terus bergerak ke KL.
Malam tadi sebelum tido, saya sempat pesan pada suami tidak perlu
pulang ke tempat saya sebab saya ada urusan di KL. Alhamdullilah dia setuju.
Cabaran saya yang paling besar adalah bagaimana untuk membuatkan
dia pakai baju kemeja dan seluar slack kerana hari kejadian adalah hari
Jumaat. Biasanya dia balik ke tempat saya pun pakai baju melayu.
Sebaik tiba di KL, saya terus bergegas ke pejabat suami. Saya katakan
saya ada reunion dengan kawan universiti di tempat eklusif jadi suami
kena pakai pakaian kemeja. Dia terkejut dan mengatakan tidak mahu
ikut serta tapi dia boleh menghantar saya ke tempat reunion. Puas jugala
saya pujuk beliau untuk ikut, alasan dia tidak mahu ikut, dia tidak
suka majlis formal. Saya katakan ada tetamu VVIP sebab tu kena pakai formal.
Alhamdullilah puas memujuk, akhirnya beliau bersetuju untuk ikut
lalu kami bergerak ke rumahnya di KL untuk menukar pakaian dan solat.
Sampai dirumahnya, kawan beliau terus memberi tiket yang dikirim ketika
suami sedang mengurus diri di dalam rumah. Saya tunggu di luar sahaja.
Tetiba saya teringat tentang kasut, saya lupa bawa kasut dia !
Nasib baiklah kawan dia offer kasutnya kerana mereka sama saiz.
Cepat - cepat saya masukkan kasut itu di seat belakang kereta.
Akhirnya suami pakai baju yang saya bawa tetapi dengan sandal !
Saya cakap pada suami kali ini saya yang drive sebab saya tahu
lokasi reunion tersebut. Dalam perjalanan, suami saya tanya dekat
mana reunion, saya kata, dekat restoran DNelayan di Titiwangsa
(dengan penuh konfiden). Tetiba suami saya diam, " Eh biar betul
sayang, rasanya dah tutup kat Titiwangsa, yang ada sekarang dekat
Gombak, dekat UIA, kita dah salah jalan ni". Gurlp ! Oh please come idea.
"Eh yeke..oh sayang salah sebut nama kot, tapi conform kat Titiwangsa,
kawan dah sampai kat sana". Hehe dan kami meneruskan perjalanan
seperti biasa. Bila saya sampai dekat bulatan Pahang saya slowkan kereta
sebab mahu lihat tempat parking. Sah parking full, lalu saya parking
tepi jalan, nasib baik depan Istana Budaya ada kedai makan. Suami saya
beria ingat reunion kat situ. Hehe. Bila dah parking dan dia turun kereta,
saya minta beliau ambil beg kamera di seat belakang dan dengar dia
kata, "sayang.. ni kasut siapa?". On the spot, cepat 2 saya pergi belakang
beliau dan bila suami berpaling je ke belakang saya terus jerit
" HAPPY BIRTHDAY ABG ! LOVE YOU MORE !!! " sambil tangan
pegang 2 tiket dan 1 batang ucapan birthday ! Reaksi dia? Haha
terdiam selama 1 minit (anggaran), " Ya Allah, terkena abg " hehe.
Okey, lepas itu adalah kena bebel dalam 5 minit kot sebab beli tiket
konsert kan tapi lepas dia masuk dalam Istana Budaya tu, dialah
paling eksited melihat konsert itu, siap menyanyi lagu yang saya tidak
faham liriknya. Tapi saya enjoy dengar bunyi okestra, memang superb!
Di penghujung konsert itu, saya tahu beliau terharu dan suka sebab
he said "thank you sayang" sambil dot dot dot.. malulah, haha korang mesti
faham. Barangan cenderamata tidak lupa dibeli sebagai tanda kenangan.
Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Malam itu, kami pulang ke
tempat saya semula sambil suami pegang erat tangan saya
sepanjang perjalanan selama dua jam tersebut.
So terokai minat suami anda, mana tau ada gunanya nanti :)
Terima kasih Allah for everything ! Alhamdullilah.
Happy Birthday Husband ! xoxo !
p/s : first time masuk IB, so tak tahu sangat pasal pakaian
rupanya perempuan pakai blaus pun boleh hehe, xpelah
take it as a lesson :)
Lama nya nora xupdate story..mesti hepi sakan suami ye, hehe
ReplyDeletehuhu itulah..quite bz tahun 2013 ni.. hope semuanya akan berlalu segera :) heh suami mmg hepi, Alhamdullilah :)
Deleteterbaik... !!
Deletewooo.. bestnyer tgk rockestra wings.. :)
ReplyDeleteAwwww romantis lah nora ni :)
ReplyDeleteAssalamualaikum kak nora. rindu! bestnya ada suprised kat suami. hihi. insyallah next year sheila cuba terokai minat dia. hihihi :)
ReplyDeleteindeed agreed with you dear. terokai minat suami :-)
ReplyDeletehaiiiiii..
ReplyDeletedone follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
besh nye..
ReplyDeletetiap2 tahun mmg ada suprise besday untuk suami ea..
rasenye macam pernah baca awak buat suprise untuk suami entry sebelum ni..
seronoknye la hai..
waaaaaaaaaa.. jelesnya.. so ramntik n pasti hubby akak terharu kan dngan surprise ni!
ReplyDeletetiap tiap tahun ada je suprise. i suka hee boleh geng dgn i ni suka suprise :p
ReplyDeletelast g IB 14 tahun dulu tahun 1999..
ReplyDeletesaya wt show t sne...
skrg ni xtau la mcmane rupanye..