Hi dan As Salam

Dah lama saya tidak hupdate blog. Namun
saya harap tak terlewat lagi untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Selamat pengantin baru kepada mereka yang baru
sahaja melansungkan perkahwinan di bulan Syawal
ini dan tahniah kepada mereka yang sudah bergelar
ibu atau mommy, Alhamdullilah rezeki Allah kan :)

Alhamdullilah, Syawal kali ini Allah bagi kesempatan
kepada kami untuk menyambutnya berdua. Yup berdua.

Soalan popular raya tahun ini ialah bila saya hendak
mengandung ? Hendak? Kalau ikutkan kehendak
tentulah sekarang. Saya jarang menulis tentang personalia
saya di sini dari segi isu pregnancy tapi tak salah kalau
saya berbicara sedikit. Kepada yang memahami
terima kasih saya ucapkan. Kepada yang tidak
pun, tidak apalah, saya hanya mampu senyum bukan :)

Percayalah, saya bukan melambatkan zuriat saya.
Saya bukan merancang atau apapun. Tiada perancangan
lansung. Tahukah kalian, saya dan suami hanya berjumpa
seminggu sekali. Kalau ada cuti lebih, barulah berhari-hari.

Oh ya saya tahu saya chubby tapi janganla salahkan 
kegemukan bagi isu ini. Sensitif tau. Takpelah. Senyum.

Kesian pada suami, kadangkala dia pula emosi.
Terlalu melindungi saya mungkin. Saya percaya 
Allah memberi kami masa kerana saya yakin Dia
tahu yang terbaik untuk kami. Alhamdullilah sekurangnya
kami merasa beraya berdua kan, melawat saudara-mara,
banyak kenangan manis yang telah dicipta.

Oh, jangan salah faham. saya tidak marah. Cuma
saya pinta dari asyik bertanya, lebih elok kalau kalian
yang bertanya itu mendoakan bukan :)

Doakan sahaja yang baik - baik ye kalian, Aamiin.

Hehe, nak letak juga gambar raya ! Tak kira :P



Jumpa lagi di lain entry ! *** hugs ***