Hi dan As Salam

Alhamdullilah, setelah usai semua urusan kami memilih
Pulau Mabul-Sipadan-Kapalai sebagai lokasi kami berbulan madu. 
Antara tempat yang sangat - sangat mendamaikan di Malaysia. 
Hilang segala fikiran apabila menjejakkan kaki di sana :)

Kami mengambil pakej ke Sipadan Water Village di bawah
seliaan syarikat Ping Achorage Travel semasa matta fair tempohari.
Pakej meliputi pengangkutan pergi balik dari Tawau hingga ke SWV,
makan buffet selama 3 hari (pagi, petang,malam), penginapan dan
aktiviti snorkeling selama 2 hari. Bagi saya sangat berbaloi.


Kami berlepas ke Tawau menggunakan perkhidmatan Air Asia.
Asalnya saya ingin menggunakan MAS, namun fully booked.
Sedangkan harga untuk tarikh kami pergi tu, MAS lagi murah tau.
Moral of the story : Sila booking awal - awal jika tak mahu rugi :D.
Perjalanan kami bermula di Terminal Bersepadu Tasik Selatan (TBS)
di mana kami parking kereta di situ. Sehari RM 3.00, keselamatan 
dijamin dan lagi murah berbanding anda parking di parking park LCCT.
Dari TBS, kami menuju ke KL Sentral untuk menaiki bas ke LCCT.
Kami tidak menaiki ERL sebab waktu kami tiba di TBS adalah pada
jam 1 pagi. ERL dah tutup, jadi kami pilih untuk naik bas pada jam 3 pagi.
Harga bas dari KL ke LCCT ialah RM 8.00 sehala. Dalam 1 jam setengah
kami dah sampai di LCCT. Sementara menunggu waktu berlepas, kami
makan - makan dahulu, solat dan berjalan - jalan di dalam LCCT.


Pada jam 6.45 pagi, tetamu penerbangan ke Tawau dipanggil masuk.
Oleh kerana kami dah check in secara online, mudah sahaja melaluinya.
Alhamdullilah, flight tidak delay dan kami bertolak on time dalam pukul
7.30 pagi. Pukul 9.30 pagi kami dah tiba di Lapangan Terbang Tawau.
Sampai je di perkarangan lobi, saya dah ternampak nama kami dicatat
pada kertas yang sedang dipegang oleh seorang lelaki. Dia terus
membawa kami ke van yang disediakan bagi para tetamu SWV.



Kemudian kami menikmati permandangan sepanjang perjalanan
1 jam ke Sempoerna. Sampai di pekan Sempoerna kami dibawa
ke jeti, di mana boat pekerja SWV sudah siap sedia menunggu.
Beg - beg kami diangkut dan perjalanan dari jeti Sempoerna ke
SWV memakan selama 1 jam. Dalam boat saya memang diam
sahaja sebab sudah lama tidak berada di atas lautan, rasa gayat pula.





Setibanya kami SWV, kami disambut mesra oleh petugas, setiap seorang
mengucapkan selamat datang dan kami diberi tuala kecil yang basah
bagi dituam pada muka. Kemudian kami dipelawa terus untuk makan
tengahari sebelum di bawa ke bilik. Acara snorkeling boleh dibuat pada
petang terus dan juga pada keesokkan harinya, kami memilih waktu pagi.
Setiap hari ada dua kali untuk snorkeling atau diving. Namun untuk ke
pulau Sipadan ada had limitnya berbanding pulau Kapalai yang tiada limit.
Pulau Kapalai memang tiada daratan lansung sebab sudah ditenggalami air.
Bila tengok air jernih ingatkan cetek rupanya dalam juga. Seronok sangat
tengok pelbagai jenis ikan dan penyu berenang di hadapan mata kami sendiri.



Selain acara snorkeling dan diving, anda juga boleh menyertai acara
memancing dan berkayak di sekitar pulau Mabul ini. Namun acara
memancing ada bayarannya. Ikan yang dipancing akan dimasak oleh
tukang masak di SWV resort dan dihidangkan kepada pemancing.
Restoran SWV ini memang suasana kampung dan tetamu perlu
mencabut selipar untuk masuk. JJCM pun dah sampai sini :D






Masa yang ada disana juga kami gunakan untuk mengelilingi pulau Mabul.
Pulau ini kecil sahaja, hampir 1 jam untuk mengelilingi pulau tersebut
dan melihat penduduk di situ. Saya tidak galakkan anda berjalan sendirian
ye kerana ada satu dua kawasan anda akan diserbu kanak - kanak yang
meminta makanan atau duit, kadang - kadang sekumpulan yang datang.
Namun suasana di situ damai sahaja, ada juga kaum bajau laut yang
tinggal hanya di atas sampan. Makanan penduduk kampung jual memang
murah. Pisang bakar yang saya beli berharga RM 0.20 sen sahaja sebatang.


Di SWV juga ada menara pemerhati yang terletak di sebelah kanan SWV
di mana ada boleh melihat matahari terbenam dan juga terbit. SUBHANALLAH.
Kondisi atau keadaan di dalam resort juga selesa. Tiada televisyen dan aircond
di sini. Hanya menggunakan kipas dan angin semulajadi sahaja. Penduduk pulau
pula akan dicatukan elektrik pada jam 12.00 malam, memang nampak gelap di
pulau tersebut. Di bahagian belakang bilik kami disediakan tempat beristirehat.
Memang damai suasananya dan kami dilayan dengan baik dan mesra. Airnya
sangat jernih dan 2 kali kami nampak penyu berenang di situ dan juga nemo :D
p/s : suami tidak mahu gambar dalam bilik diupload, segan katanya haha.









Hari terakhir juga kami tetap dilayan mesra, Selepas check out dan makan,
gong dipalukan sebagai tanda kami sudah hendak pulang. Pekerja yang
ada mengiringi kami naik ke boat dan melambai tanda selamat tinggal.
Perasaan susah dijelaskan tapi layanan mereka memang tip top.



Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Sipadan Water Village,
bolehla melayari laman web ini : Sipadan Water Village Resort
Oh ya Pulau Sipadan tersenarai di ranking 77 bagi Wonder Of Nature.


Paling manis, kenangan kami di sana dicoretkan juga di dalam 
Kenangan Bulan Madu bagi Majalah Ratu Sehari edisi ke 16.


Sememangnya kami enjoy berdua-duaan di sana.
Insya Allah jika ada kesempatan, kami ingin ke sana lagi.

p/s : Matta Fair yang terdekat adalah pada bulan 9 ini yea :)