Salam dan Hai

Bilik pengantin saya simple je. Yang penting
mudah nak kemaskan semula selepas majlis :)

Saya pernah ceritakan tentang persiapan bilik pengantin
saya di { entry ini }, { entry ini } ,{ entry ini },

Oleh kerana bilik pengantin saya tidaklah begitu luas,
jadi saya meminimakan perabot dan bahan dekorasi
agar tidak terlalu sempit dan kusut. Simple as nice :)

Untuk bahagian kepala katil, saya letakkan 'doily wording'
iaitu perkataan 'Just Married'. Saya ikatkan pada langsir kiri 
dan kanan. Lampu Ikea pula saya letakkan belah kiri,
bagi membantu langsir menutup pintu bilik air. Masa majlis
berlansung, memang bilik air ditutup sebab khuatir orang akan
kuar masuk, adakalanya kita tidak sedar kan :) Bantal tu
ada perkataan Queen dan King tau hehe.




Untuk belah kanan pula, saya letakkan white table corner yang kecil
dan letak candles,kalendar gambar, batu burung dan sedikit bunga.



Dekorasi bagi bahagian dinding kiri (purple) simple sahaja.
Saya letak bunga gantung, catatan gambar kalendar dan sijil.



Dinding kanan (pink) pula saya letak kad kahwin saya
hehe kenangan seumur hidup tu. heheheh :) Saya letak
juga bunga gantung bentuk love =)



Untuk set perabot pula, saya memilih set perabot
warna putih (all white) dan perabot yang paling saya
suka ialah perabot cermin meja makeup. sebab ia
memanjang ke bawah dan dalamnya boleh simpan
barang. (kena tarik untuk buka).jimat ruang hehe.
Saya beli set perabot ini di Wescout, Kuantan :)
Jam dinding beli di Cowboy Melaka, karpet
bulu dan getah pula ibu yang bagi hehe :)



Antara gambar yang menggunakan cermin panjang as angle.


Finally pandangan sisi bilik pengantin saya :




Okey, abis review tentang bilik saya yang simple. 
Memang seronol bila hias sendiri bilik pengantin.
Suami pun suka :). Pesanan saya untuk bakal pengantin,
jangan lupa pastikan bilik bersih okey. Anda tak jangka
photographer dan videographer anda akan shoot angle
apa. Lagi 1, biasanya tukang makeup dan videographer
akan tinggalkan beg dorang dalam bilik anda. dorang
bawa lebih dari 1 beg.

p/s : terima kasih untuk our photog dan videog sebab
memaksimumkan semua bahan yang ada dalam bilik ini.
Suka bila tengok hasil kerja dimemorikan =)

jumpa lagi yea kawan - kawan :)