Hi loveliesta, semoga ceria - ceria selalu

Hari ini saya nak review tentang "Doily Welcome Sign"
saya yang simple.but i'm love it to the max ! hehe
Idea ni datang apabila pergi kenduri kawan - kawan
ramai yang wat welcome sign samada dalam ayat nama
atau perkataan sahaja dan biasanya dalam bentuk frame.

p/s : seperti gambar di bawah ini :

source : weddingbycolour

Asalnya saya hampir nak wat dalam bentuk frame
tetapi bila saya nampak pagar tu macam kosong,
tap ! idea perkataan disambung dengan tali datang.
Senang dan paling penting jimat kos juga hehe :)

Bahan - Bahan Yang Diperlukan :

1) Kertas doily size 5.5"
2) Kertas A4 putih dan printer
3) Tali rafia & Stapler
4) Colourful fan
5) Penyepit baju
6) Bunga - Bungaan

dan ini pula langkah - langkah membuatnya :

Langkah 1 : Taip perkataan dan cetak.
Disebabkan saya risau kalau taip nama, perkataan jadi panjang,
jadi saya taip je 'Welcome', tulisan dalam size 56 font arial je
agar boleh dilihat, mengalukan kedatangan hehe ! Kemudian
saya print menggunakan kertas A4 putih sebab doily saya putih.

Langkah 2 : Gunting huruf dan tampal pada doily paper.
Kesemua huruf digunting satu persatu dan ditampal pada kertas
doily. Satu kertas doily bersamaan dengan satu huruf. Lepas tu
kertas doily dibiarkan kering. Jemur bawah kipas je hehe.

Langkah 3 : Sambungkan dengan tali rafia
Kelebihan kertas doily ialah ia memang dah ada lubang kecil.
Jadi masukkan sahaja tali rafia melaluinya dan stapler pada
tempat yang sesuai.

Langkah 4 : Ikatkan pada pagar dan sepit
Bila dah seimbang kertas doily , sepitkan penyepit baju
di bahagian bawah agar kertas doily tidak terbang atau
terpusing huruf semasa ditiup angin kuat. Ikat tali tersebut
di pagar dan dalam kedudukan 'center'.


Langkah 5 : Letakkan bunga dan kipas
Kebetulan kipas warna warni itu adalah barangan
props semasa buat pre-wed dahulu, jadi guna pakai
semula semasa wedding. Bunga pula ada lebihan dari
hasil centerpieces. Terima kasih ibu sebab tolong gubah.

Dan hasilnya adalah ini :

masa ni dah hujan dah tp sign tetap utuh, Alhamdullilah :)

p/s : angle shoot feveret by our videographer, ada 
scene kipas pusing2 ditiup angin :)

okey, jumpa lagi nanti. take care !