Selamat Hari Lahir Ayah.

Ayah, terima kasih untuk segalanya.
Terima kasih kerana sentiasa melindungi dan
menjaga kebajikan anakmu selama ini.

Ayah terima kasih kerana mengambil cuti yang
agak lama bagi menguruskan majlis saya tempoh hari.
Terima kasih ayah kerana membantu saya menyiapkan
segala idea yang mungkin bagi sesetengah orang agak remeh.

 ayah tolong saya buat lubang untuk daun getah :D

ayah tolong setting origami juga.

Macam - macam lah ayah tolong. Tanpa pertolongan
ayah tidak mungkin segalanya jadi mudah.

ayah yang hepi lepas selepas berkebun.

Ayah terima kasih kerana merestui pilihan saya.
suami cakap berdebar jantung pegang tangan ayah
tapi ayah pun berdebar juga kan hehe, adik cakap
ayah dok hafal skrip dalam kete. ayah cute !


Tiada yang paling membahagiakan selain melihat ayah
gembira di hari bahagia saya. terima kasih ayah !


Selamat Hari Lahir Ayah. Moga sentiasa di dalam
keredhaanNya dan dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur.
Saya sayang ayah selalu eh selamanyaaaaaaaaaaa :)