Saya membesar sambil melihat ibu saya berusaha gigih
memasarkan produk daun getah dimana ibu membantu dan 
mengajar orang kampung menggunakan daun getah 
untuk membuat pelbagai kraftangan. Siapa sangka ibu
mengajak saya mengaplikasinya untuk kenduri saya.

Saya risau jikalau kosnya tinggi pula, namun Alhamdullilah
rupanya ibu mengambil lebihan daun getah yang ada di pejabatnya.
Saya rasa anda tahu kan organisasi berkaitan daun getah.
Alhamdullilah no cost for this project memandangkan
bahan - bahan lain memang ibu saya sudah ada.

Tiada yang lebih baik dari menghabiskan masa
bersama ibu membuat 'projek' ini. i love my mom ! 

Saya sharekan 'teaser' dulu yea :)

Teaser Projek Getah 1

daun getah yang sudah kering

Teaser  Projek Getah 2

daun getah sudah dibentuk dan diwarnakan

Kedua - dua produk daun getah ini akan mengalami
proses pertama yang sama iaitu pengeringan daun getah

hati - hati apabila mengeringkan daun getah. tiupan angin
mudah melayangkannya, jenuh nak kutip semula :p

Bahan - Bahan Asas Projek Getah 1 :
- Daun getah
- Mesin liminate dan kertas liminate
- Gelung bulat - bulat
- Sticker Ucapan

Bahan - Bahas Asas Projek Getah 2
- Daun Getah
- Water Colour
- Dawai
- Tape Hijau
- Batang lidi

Insya Allah, kita sama -sama tunggu hasilnya yea :)

***********************************************
anaztasias : tahukah anda pokok getah mempunyai pelbagai kegunaan :)