Assalamualaikum kengkawan semua =)
Moga hari ini hidup kita sama-sama di bawah lembayungNya :)

Seperti yang anda semua tahu. Melakukan ujian HIV or HIV TEST
merupakan syarat wajib bagi bakal - bakal pengantin dan hanya
boleh dilakukan di hospital ataupun klinik kerajaan sahaja. Saya pun
tidak terkecuali melakukannya. Moga apa yang saya kongsikan ini
boleh dijadikan panduan buat anda semua =)

Bagi bakal - bakal pengantin di Pahang, anda boleh memuat turun
borang kebenaran berkahwin secara online ( klik entry ini ) atau pun
terus mendapatkannya secara percuma di Pejabat Agama daerah masing2.
Saya dapatkannya di Pejabat Agama Daerah Kuantan :)

Pintu hadapan Pejabat Agama Daerah Kuantan

Ambik borang di Kaunter 4. Tak perlu beratur :p

Dalam borang itulah tertera borang untuk HIV TEST.
Saya melakukan ujian HIV (HIV TEST) di Klinik
Kesihatan Bandar Kuantan, Pahang.

Masa ni tengah tutup lagi ehehe.

Saya sertakan jadual klinik ini yer :p

HIV TEST hanya pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja ye.

Untuk senarai Klinik di Pahang. Sila klik link INI ye.

Ada sesetengah tempat memerlukan anda membuat temujanji.
Bagaimanapun di Kuantan, anda Tidak Perlu berbuat demikian.
Datang sahaja pada hari Isnin - Jumaat pada bila - bila masa.

Untuk menjalani HIV TEST ini, pastikan anda :

1. Terus ke kaunter pendaftaran dan katakan anda ingin
menjalani HIV TEST untuk bakal pengantin dan sila bawa
kad pengenalan untuk proses pendaftaran dan bayaran
RM 1 bagi yuran pendaftaran khidmat di klink tersebut.

2. Isi borang yang diberikan oleh pihak klinik dengan lengkap
dan pastikan borang HIV TEST anda juga lengkap di isi. Tanpa
perlu beratur, anda terus ke bilik untuk ujian darah seperti yang
diarahkan oleh nurse. Pastikan tarikh perkahwinan anda tidak
lebih daripada 6 bulan kerana HIV TEST hanya laku untuk
tempoh enam bulan sahaja. Contoh : 20.12.2011 - 6 bulan 
terakhir adalah pada 20.7.2011. Kiraan berdasarkan tarikh ye
dahulu, bukan berdasarkan bulan dahulu. =)

 borang - borang HIV TEST . Nombor diperlukan jika
bilik ujian darah mempunyai ramai patients =)

Bilik ujian darah. 15 minit sahaja diperlukan =)

3. Bersedia untuk membuat HIV TEST. Tap, macam digigit semut
sahaja rasanya. tapi saya takut darah :p. Pastikan keputusan ujian
anda di SEAL oleh pihak klinik yer. =)

Seal. SULIT. tapi dah tahu resultnya :p

kenangan darah ujian HIV saya ehehehe :p

Baiklah. selesai satu urusan. Sebelum pulang, jangan lupa
baca poster yang disediakan. Menambah pengetahuan kan :)


*****************************************************
anaztasias : saya nak buat taselamania test, tapi dia kata kena jumpa
doktor dan resultnya dalam masa 3 bulan . Okey. noted.