Checklist bulanan berkala saya =)

Majlis Raikan Cheritera Chenta
12 Bulan Sebelum Majlis :-

- Tetapkan tarikh majlis (akad nikah, sanding, tandang) Done
- Tetapkan jumlah dulang hantaran Done
- Senaraikan barangan dulang hantaran Done
- Pastikan belanjawan dan budget majlis merangkumi semua hidden cost Done
- Buat senarai tetamu dan lengkapkan alamat mereka Done
- tentukan lokasi majlis Done
- tentukan waktu konsep dan tema majlis Done
- pilih pengapit dan tambahan lain jika perlu Done
- mencari busana nikah atau sanding ( idea dan rekaan) Done
- membeli sedikit demi sedikit barangan hantaran Done.
- mengkaji pilihan photographer dan videographer Done
- memilih tema dan konsep bilik pengantin Done

6 Bulan Sebelum Majlis :-

- Hadiri Kursus Pra Perkahwinan Done
- Memilih busana pengantin In Progress
- Memilih rekaan dan pakaian family Done
- Memilih butik pengantin Done
- Membeli cincin , gelang atau rantai, etc In Progress
- merancang acara tambahan seperti memotong kek, marhaban etc Done
- mengkaji pelbagai pilihan kad kahwin Done
- mengkaji cenderamata untuk para tetamu In Progress
- mengkaji tempat honeymoon bersama pasangan In Progress
- periksa kembali senarai tetamu dan tambahan lain Done
- menkaji homestay dan penginapan tambahan In Progress
- mengkaji semula barangan hantaran dan pengubahsuaian lain In Progress
- membeli barangan persiapan bilik pengantin In Progress

4 Bulan Sebelum Majlis :-

- Menempah photographer dan videographer Done
- Menempah butik dan pelamin pilihan Done
- Sesi pertama fitting baju pengantin In Progress
- menempah dan mendekorasi cenderahati  In Progress
- memeriksa temujanji anda dengan pihak kadhi dan
sediakan semua dokuman yang diperlukan, hiv test
- listing senarai lagu mengikut kesesuian majlis dan tempah DJ
- menempah kompang, silat dan sebagainya jika perlu
- memastikan handbouquet yang sesuai
- membuat trial make up jika perlu
- tetapkan rekabentuk kad kahwin dan tempah
- mengumpul gambar- gambar pre-wedding dan menempah
dekorasi yang bersesuaian seperti canvas, etc
- merawat diri seperti menghadiri spa

2 Bulan Sebelum Majlis :-

- Mula mengedar kad jemputan kepada tetamu
- mendekorasi bilik pengantin , rumah dan halaman
- menyiapkan dekorasi hantaran
- final call untuk barangan hantaran terutama batal air sembahyang
- memastikan cenderamata telah dibeli
- memastikan bunga pahar disiapkan
- pilih dan asingkan kasut, aksesori, pakaian dalam, etc diasingkan
- memastikan baju nikah dan sanding siap dan diambil
- senaraikan tugas dan mereka yang terlibat, sediakan rozek
- memastikan hal tambahan seperti candy buffet, cake station siap
- memilih 2-3 orang sedara untuk bahagian meja beradap
- memastikan saudara mara dari pihak laki dan perempuan

1 Bulan Sebelum Majlis :-

- remind all the vendor samada kecil atau besar peranan mereka
- hiasan dan dekorasi bilik pengantin, rumah dan halaman 90% siap
- mengingatkan saudara mara terdekat tentang majlis
- memeriksa senarai tetamu agar tiada yang tertinggal
- berlatih mengenakan kasut kahwin dan etc yg difikirkan perlu
- memohon cuti kahwin sebelum dan selepas
- meminta izin jiran jike perlu menggunakan kawasan mereka
- mengunjungi spa dan membelai diri

1 Minggu Sebelum Majlis :-

- Menganjurkan jamuan khas bersama family atau rakan
- membuat sesi spa pra-perkahwinan
- menjaga amalan pemakanan, banyakkan makan buah, sayur
- memastikan persiapan majlis lengkap - bilik pengantin, ruang akad
nikah dan jamuan susulan.
- memastikan semua hantaran dikumpul di sudut khas kecuali
barangan berharga. elakkan merata-rata
- mengingatkan jurusolek dan vendor lain
- mengingatkan mereka yang terlibat dalam upacara akad nikah
seperti kadhi, saksi dan sebagainya
- mengulangi jemput kepada jiran - jiran terdekat

I Hari Sebelum Majlis :-

- Memastikan khemah, pelamin dan dekorasi siap dipasang
- banyakkan rehat dan tenangkan fikiran
- berdoa dan tidur awal


sumber asal dan diubahsuai dari : 
Buku Direktori Perkahwinan, Utusan Karya
mukasurat 243- 245 .

*******************************************
anaztasias : saya rasa saya lebih suka ia diterjermah ke
dalam buku wedding planning saya. Halangan utama, MASA.
saya sudah semakin malas buat itu ini, oh semangat, datanglah !!

updated : my mom said, masa bukan halangan. kita yang tentukan
masa. Allah bagi masa kepada manusia secukupnya !!. muhasabah diri.