Alhamdullilah.. kesempetan cuti tahun baru cina ini
saya berkesempatan masuk contest anjuran urban vibe.
Here goes the entry.. saya suka entry contest ini.
Our parents is our inspiration, without them who know we are :)
************************************************************************************
1) Pertandingan terbuka kepada bakal pengantin Seluruh Semenanjung Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas sahaja. Tidak di benarkan mewakili mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini. DONE, saya 26 :)

2) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/ dan add kami di Facebook Pameran Pengantin Malaysia. Done, dari dahulu lagi :)

3) Entri hendaklah bertajuk 'URBAN VIBE ONLINE CONTEST EDISI KE-3 "..and they live happily ever after" Done , tajuk entry seperti dinyatakan :)

4) Sila letak banner badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA. Serta anda juga dikehendaki menggunakan BANNER RASMI "Urban Vibe Online Contest Edisi Ke-3" sebagai Profile Picture di Facebook anda sehingga tarikh tutup pertandingan 5 Februari 2011..Done, blog dan facebook :)

5) Sila"like" page URBAN VIBE EVENT di facebook selaku Penganjur PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA.Done :)

6) Sertakan sertakan gambar penuh (anda & pasangan) yang terang dan jelas (Sila pastikan gambar anda berdua sopan dan tidak menyinggung mana-mana pihak) Done. ada pada entry di bawah :)


7) Sila ceritakan
kisah percintaan ayah & ibu anda yang menjadi inspirasi kepada anda & pasangan anda yang bertajuk ".... and they live happily aver after" Done, my pleasure :)

8) Letakkan gambar perkahwinan @ gambar terkini ayah & ibu anda. Done, ada pada entry di bawah :)

9) Namakan
penganjur Pameran Pengantin Malaysia dan di manakah lokasi dan tarikh Pameran Pengantin Malaysia seterusnya. Done :)

Penganjur Pameran Pengantin = Urban Vibe Event
Lokasi = Shah Alam Convention Centre (SACC Convex Shah Alam )
Tarikh= 11-13 Feb 2011

10) Letakkan LOGO penganjur dan LOGO rasmi Pameran Pengantin Malaysia. Done :)

LOGO RASMI PENGANJUR


LOGO RASMI PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA


11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada BLOG PPM. Done, baiklah :)

****************************************************************

Hari ini, aku terdetik melihat diari ibuku..
aku perasan diari itu kerana ibu suka menulis di masa lapang..
eh aku perasan sesuatu yang menarik tentang diari ini..

aku belek satu persatu.......


This is my mom story , how she meet my father, fall in love,
get married, survive their life and they live happily aver after

**********************************************

Terharu diriku apabila ibu mendoakan kebahagian diriku, bukankah doa
seseorang ibu itu melebihi segalanya. Ibu dan ayah yang amat kusayangi,
mereka adalah inspirasiku. Aku kagum dengan mereka, mengekalkan kebahagian
hingga ke saat ini, tidak pernah ku nampak mereka bergaduh di hadapanku, hanya
gelak tawa mengisi perjalanan kami sekeluarga. Aku masih teringat betapa tabahnya
ibu ketika kami sekeluarga hidup susah.. ibu sanggup tidak makan asalkan anaknya
makan. Ayah pula sanggup mencari rezeki lebih dengan menjual goreng pisang
selepas selesai waktu kerja. Tidak sedikitpun ibu dan ayah mengeluh sesama sendiri,
mereka sentiasa membantu dan menyokong di antara satu sama lain. Saat adikku
yang kedua dilahirkan cacat, disahkan tidak boleh berjalan, rentetan ibu yang jatuh
tangga ketika mengandungkannya, ibu masih mengukir senyuman kepada
keluarganya, jauh disudut hatinya siapa yang tahu. Ibu tidak berputus asa,
rawatan demi rawatan baik tradisional mahupun moden diusahakan demi adikku.
Kuasa Tuhan tiada siapa dapat menduga, ketika adikku berusia tiga tahun,
dia boleh berdiri dan seterusnya berjalan. SubhanAllah.

Ayah bermula daripada bawah, daripada seorang prebet polis hinggalah kini pegawai
atasan polis, namun tidak sedikit pun ibu berpaling kesetiaannya kepada ayah sewaktu
susah. Taktala ayah dilanda masalah, ibuku sentiasa disisi, begitu juga sebaliknya
pada ayahku. Masih teringat malam sebelum majlis tunangku berlansung, ibu
berpesan kepadaku,"Along, bertunang ini bukan menandakan halal segalanya,
bertunang ini jadikan ia sebagai persiapan untuk menjadi isteri yang solehah,
jadikan agama sebagai tiang dalam kehidupan, sekiranya dilanda badai
hadapi dengan tenang dan bijaksana. Harta, pangkat, kekayaan bukan segalanya.
Insya Allah hubungan kita akan diredhai Allah S.W.T"


Now, their marriage age was 27 years old and they live happily ever after

Ayah dan ibu, kamulah sumber inspirasi.


Salam sayang dari kami,
~ Kerel dan Nora ~