Hai hai hai .. si cili merah nak berkongsi dengan pembaca sekalian tentang 'My Dreams "Wedding"'. Kalau rakan - rakan cili padi semua nak tahu, Si cili merah impikan majlis perkahwinan yang simple tetapi meriah dihadiri sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan dan bertemakan ' A Doily Latern Wedding '. Cili merah memang sangat suka melihat doily paper dan latern, bak kata pepatah lama, dari mata terus jatuh ke hati. Apabila CST Production dan Datin Lynda Rahim Kuala Lumpur anjurkan contest ini, memang cili merah sangat teruja tau sampai tercabut tangkai cili merah, sebabnya cili merah berharap pihak CST Production dapat merakam saat - saat indah majlis perkahwinan cili merah nanti dan pihak Datin Lynda Rahim Kuala Lumpur (LRKL) menjadi sebahagian daripada impian si cili merah dengan rekaan bajunya yang menawan, pasti si cili hijau dan kuning berkelip - kelip mata melihatnya. Hehehe.Tengoklah dekat profile picture facebook rakan - rakan cili merah yang lain, memang kelihatan si cili merah di situ, CST Production dan LRKL pun buat thumbnail gambar cili merah tau ! haha :D
Cili merah nak menjemput rakan - rakan sekalian hadir ke majlis perkahwinan impian si cili merah nanti yea. Insya Allah pada tahun ini tau, tahun 2011 ini lah. Hehe. Kad jemputan direka menggunakan unsur - unsur doily agar semua tetamu 'alert' dengan tema cili merah nanti. Bila kamu semua datang nanti, jangan lupa 'sign' doily guestbook yang cili merah buat sendiri tau, sayang korang ketat ketat ... muuaahx. Oh ya, si cili merah dah berbincang dengan si cili merah besar, hiasan majlis perkahwinan nanti sudah tentulah bertemakan 'doily dan latern'. Misalnya hiasan di kanopi, pelamin, kek , cenderahati, bunga tangan, hiasan meja dan sebagainyalah.Nasib baik si cili merah besar sangat memahami dengan kehendak cili merah. hehe. Kawan - kawan, apabila cili merah mengatakan doily dan latern, ia bukan bermaksud sebijik sebulat dan sejibon bentuk doily paper dan latern yang biasa di lihat itu, tetapi ia dalam pelbagai bentuk, saiz, warna dan juga 'design'. Tak percaya dengan apa yang cili merah cakap ? jom tengok gambar - gambar inspirasi di bawah :D.
-SILA KLIK UNTUK TUMBESARAN EK. TRIMAS KASIH-
Lantern Wedding Dais. Nampak tak lantern di kiri kanan..Cantik kan. =)
Eh eh si cili kuning bertanya pada cili merah la, bagaimana dengan pakaian pengantin nanti? Tentulah si cili merah mahukan rekaan yang menarik dan menawan pada hari bahagia tersebut. Datin Lynda Rahim memang dah terkenal dengan rekaan rekaan yang modern dan menakjubkan. Idea - idea yang baru dan bersesuaian dengan tema itu sudah pasti. Tentu rekaan dari LRKL bersesuaian dengan tema 'doily latern wedding' si cili merah. Tengoklah gambar wedding dress di bawah. cantik kan... kan cili merah dah kata..rekaanya pasti hebat :).. panas... panas.. ops jangan terpedih mata sudah :D.
Source : Facebook Lynda Rahim Kuala Lumpur
Teruja kan. Cili merah lagi la teruja dik non. berasap - asap gas keluar dari badan cili merah ni hehe. Insya Allah segala kenangan indah ketika hari perkahwinan nanti akan diabadikan sebaiknya oleh pihak CST Production. Cili merah suka gaya dan idea dorang yang moden dan trendy, ada satu 'scene' tu cili merah suka sangat masa CST Production rakam 'shoot' baju pengantin tergantung di pokok, ada ucapan - ucapan daripada tetamu dan ada muzik yang 'best' mengiringi video kita.Kalau rakan - rakan cili pergi ke facebook atau blog CST, jangan lupa lihat hasil - hasil kerja mereka. memang cool dan mantap. Buat cili merah rasa tak sabar nak kahwin tahu haha.Tengoklah rakan - rakan cili merah, si cili kuning dan cili hijau baru sahaja kepanasan melihat hasil video garapan CST, panas panas macam lada berasap tau. hehe. Kalau rakan - rakan cili merah mahu melawat mereka, singgah la pejabat mereka di Ukay Perdana, mereka sangat friendly tau. Sukakan idea - idea yang luar biasa.:D.
Waah.. rasanya sudah sampai masa cili merah mengundur diri. Cili hijau dan kuning dah lama tunggu tu. Mereka nak ajak cili merah sambung buat 'DIY' doorgift untuk majlis si cili merah nanti. Haha. Terima kasih yea kerana sudi membaca catatan tentang 'my dream wedding' by cili merah ni. Now you can start Dreams for Something and pray it become reality .Insya Allah :). Terima kasih kepada CST Production dan Lynda Rahim Kuala Lumpur kerana menganjurkan contest ini , semoga kalian terus berjaya di masa akan datang. :)
Rakan rakan cili merah sekalian, jika sudi undila saya tau:D
Moga impian saya menjadi realiti.. Insya Allah..Amin. :)
Moga impian saya menjadi realiti.. Insya Allah..Amin. :)
p/s : promo terbaru dari facebook LRKL - Combi pakej dari LYNDA RAHIM KUALA LUMPUR,
hihi..cute laa cik cili merah ni..kalo ade cili purple...musti lg best kan..hehe..
ReplyDeletegood luck dear..=)
http://cikkindiary.blogspot.com/2011/01/whats-hot-is-gettin-hotter-my-dream.html
wahh best! best! Will pray for u babe.. Kita sama sama berdoa ok..
ReplyDeleteI nak link u lah.. U best.. Link i jugak ok..=))
Good Luck. Do visit and vote (LIKE) for me.
ReplyDeletehttp://mynameisamelia.blogspot.com/2011/01/my-dreams-love-story.html
thank you. :)