Alhamdullilah, saya selamat pulang dari hospital sg.buloh. My fiance's brother
accident, now coma in ICU. dah seminggu saya di sana. Bila buka laptop
teringat pertandingan Dina Halim berakhir hari ini, tak salah mencuba kan.
So, there goes the entry =). p/s : doakan abg ipar saya cepat sembuh ye.
******************************************************************
2) Pertandingan di buka untuk warganegara MALAYSIA yang berumur 20 tahun ke atas.
Answer : Done. Saya memang 20 tahun ke atas !
3) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.dinahalim.blogspot.com/ dan http://sebumbungfotografik.blogspot.com/ dan add Dina Halim di Facebook. Answer : Done, already link and follow =)
4) Buat satu (1) special entri yang bertajuk ; Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati'. Answer : Done.
5) Sila letakkan banner / badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog Dina Halim. Answer : Done. already put it !
6) Dalam entri tersebut, sertakan SATU (1) GAMBAR BLACK & WHITE kamu dan si dia yang boleh menambat hati juri. (Lebih dari satu gambar akan di kira keluar dari tajuk) (NILAI-NILAI KESOPANAN DI AMBIL KIRA!)
Answer : Done, dah letak gambar =)
7) Buat satu esei yang menyentuh hati dan boleh meremangkan jiwa juri mengenai percintaan pandang pertama kamu dan si dia ;"Dari Mata Jatuh Ke Hati". Panjang esei sekurang-kurangnya 200 patah perkataan (^_^)
***********************************
Dari mana serindit melayang
Dari sawah turun ke padi
Dari mana datangnya sayang
Dari mata turun ke hati.
Alam persekolahan meninggalkan kenangan yang manis buatku, di situlah aku menemui si dia, insan pertama yang berjaya membuka pintu hatiku ..tujuh tahun yang lepas dan sehinggalah kini, ia masih tersemat kuat di pintu hatiku. Pertemuan pertama ketika kami berselisih bahu sewaktu minggu orentasi tingkatan enam masih segar dalam ingatanku, dan sehingga kini dia mengakui, itulah cinta pandang pertamanya kepadaku.
Dia bukanlah sang putera yang mewah dengan kilauan emas, dia juga bukanlah pahlawan di medan pertempuran,. Cukupla dia sekadar insan biasa yang mengikut pandanganku, si jejaka yang berbudi bahasa menawan hatiku. Dia seseorang yang sangat mengambil berat tentang diriku. Teringat aku ketika zaman persekolahan, sanggup dia berjalan kaki sambil menemaniku sedangkan aku berbasikal pulang ke rumah. Katanya nanti risau kakiku sakit. Apabila kami melanjutkan pelajaran ke IPTA yang berbeza, dia akan pastikan kami berjumpa paling kurang 3 bulan sekali.Paling terharu ketiga aku meneruskan peringkat pengajianku, dia berulang alik menaiki motor dari Cameron Higlands, tempat dia bekerja ketika itu menuju ke Bangi, semata-mata mahu melawatku.
Dia banyak mengajarku erti kehidupan. Ketika susah dan senang, dia pasti bersama. Mengajarku erti berdikari, persahabatan, keluarga dan rona - rona kehidupan. Mengingatkan aku di kala aku alpa dan hanyut dalam meneruskan perjuangan hidup. Alhamdullilah, ketika ku berumur tepat 25 tahun, dia melamarku menjadi suri di hatinya. Rombongan dihantar bagi memeterai janji. Tanggal 1 Mei 2010 yang lalu, kami selamat ditunangkan.Bulan yang sangat istimewa kerana pada bulan yang sama, tujuh tahun yang lepas dia melamarku menjadi kekasihnya. Kini kami meniti hari untuk diijabkabulkan pada bulan yang sama, Insya Allah.
Ya Allah, terima kasih kerana menemukanku dengan insan yang dari pandangan mataku, cukup sempurna segalanya. Kau hadirkan dia dalam hidupku, memberi sinar dan cahaya kegembiraan, seorang yang cukup setia, tabah dan sentiasa berada di sisiku sewaktu suka dan duka, susah dan senang. Ya Allah, pohonku agar hubungan ini berkekalan dan sentiasa dalam rahmat-Mu Ya Allah. Engkaulah yang sentiasa mengetahui yang terbaik untuk hamba-Mu . Amin Ya Rabbal Al-Amin.
**********************************
8) Nyatakan juga sudah berapa lama hubungan percintaan kamu dan si dia berjalan.
Answer : 7 tahun ( 2003 hingga kini )
9) Pilih (1) GAMBAR pelamin Dina Halim Bridal Boutique kegemaran anda, dan terangkan secara ringkas, mengapa ianya menjadi pilihan anda.
Pelamin Tru Blu, I Love You
Pelamin ini menjadi pilihan saya kerana reka bentuknya yang unik dan istimewa.
Ia seperti mahligai yang tersergam indah menantikan penghuninya datang bertamu.
Keindahan dan warna langsir sangat mendamaikan, seperti mengalu-alukan
kedatangan para tetamu. Dekorasi bunga di bahagian atas,
tengah - tengah tempat pengantin bersemayam, seperti memberi aura
kepada pengantin. Sememangnya reka bentuk
kedatangan para tetamu. Dekorasi bunga di bahagian atas,
tengah - tengah tempat pengantin bersemayam, seperti memberi aura
kepada pengantin. Sememangnya reka bentuk
pelamin ini sangat kreatif dan menarik. love it Dina Halim, thumbs up!
10) Hadiah boleh di guna sepanjang tahun sehingga 20 NOVEMBER 2011 (TERTAKLUK KEPADA SAIZ BAJU, KEKOSONGAN TARIKH, TERUTAMANYA HADIAH OUTDOOR FOTOGRAFI). Anwer : Okey =)
11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI ONLINE CONTEST DI BLOG DINA HALIM SAHAJA. Answer : Done
nora, contest ni baru nak start 20.12.2010 or baru tamat?konpius kejap..
ReplyDeletemeeya : rasanya tamat 20/12 sebab tu saya kelam kabut wat entry. sebab baru berkesempatan. huhu, sempat x join dear? jom2 join. saya pun last minute wat.
ReplyDeleteoooo yekee!!
ReplyDelete=( xtau pun psl contest ni.ms baca nora punye entry terus teruja nak join.sekali baca term and conditions da tamat tarikh tadi!uwaaaaaa!!!
non ada rezeki..
la ye ke meeya :((( sedihnya.. saya pun baru berkesempatan tadi. xperlah akan datang mana tau ada rezeki lain. =) Insya Allah.
ReplyDeletegood luck dear:)..menariknye ayat2 awk..:)
ReplyDeleteudluck nora~!! =)
ReplyDeletesalam, ayat2 yang menarik :)
ReplyDeletenantikan keputusannya ye..