A TRUE LOVE STORY : A SCHOOL LOVER JOURNEY
( SPECIAL ENTRY : CST PRODUCTION CONTEST)

Entry ini adalah untuk pertandingan CST
dan saya memilih untuk bercerita mengenai 
bagaimana saya mula bertemu dengannya !

Time : Sekitar Januari 2003 - Mei 2003 
Lokasi : Sekitar SMK Ketari / Kedai ABC
Theme Song / Lyrics : At The Beginning (Anastasia)
~ our official school love song ~

 -lukisan oleh my love ketika tahun ke-2 bersama-


 This is a true story, a story how two students get fall in love 
then decide to get married soon! Insya Allah.

"We were strangers starting out on our journey
Never dreaming what we'd have to go through
Now here we are and I'm suddenly standing
At the beginning with you.."

Segalanya bermula apabila saya mendaftarkan diri di 
Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari, Bentong, Pahang 
sebagai pelajar tingkatan enam (6) sekitar bulan Januari 2003.
Hari pertama persekolahan saya agak kekok kerana keseorangan
tanpa mengenali mana-mana rakan mahupun teman. 
Tetapi pada hari kedua, saya sudah berkenalan dengan beberapa 
orang rakan, malah bertemu juga dengan rakan-rakan sekolah rendah 
dahulu, betapa terasa kecilnya dunia ! 

Pada masa ini, saya lansung tidak mengenali tunang saya 
sekarang, En. Khairil, malah saya tidak perasan lansung kewujudannya 
semasa berlansung seminggu orentasi pelajar tingkatan 6. 
Ada sekali sahaja saya terlanggar bahu dengannya 
kerana dia sibuk bercakap bersama kawan-kawannya tanpa 
memandang ke depan. Dia meminta maaf dan saya senyum sahaja
tanpa memikirkan apa-apa.Malah mukanya pun saya tidak ingat !. 
Pada minggu yang kedua,saya masuk ke kelas seperti yang telah 
ditetapkan iaitu kelas 6R3, kebetulan Khairil pada masa 
itu tengah sibuk menyakat kawan-kawan sekelasnya. 
Apabila saya masuk ke dalam kelas tersebut, 
dia bertanya pada saya, “eh ko ni nama siapa ek?”. 
Saya membalas pendek, “nora”. 
Saya lihat dia tersenyum – senyum tetapi saya buat biasa saje. 
Dalam hati, “mamat ni sengal ke apa”.

" No one told me I was going to find you
Unexpected what you did to my heart
When I lost hope you were there to remind me
This is the start...."

Keesokan harinya, saya ditukarkan kelas buat kali kedua iaitu 6R2
kerana kelas itu menawarkan matapelajaran Sejarah sebagai pilihan. 
Sejak itu juga, Khairil rajin ke kelas dan menyapa saya, maka kami pun 
mula berkawan. Selang seminggu kemudian, dia pula bertukar kelas, memasuki 
kelas yang sama dengan kelas saya. Rupanya, menurut kawan saya, 
memang dia meminta menukar kelas selepas 2 hari melihat ketiadaan saya 
di dalam kelas 6R3 tersebut. Patutla dia rajin naik ke kelas menyapa saya!
Kami menjadi rapat, namun hanya sekadar kawan. 
Malah gossip-gosip di antara saya dan Khairil mula menjadi hebahan 
di antara pelajar tingkatan 6,tapi saya buat biasa sahaja.
Lagipun tiada kata-kata sayang keluar dari mulut Khairil, 
malah dia mengakui kami hanya kawan.


-saya dan khairil bersama rakan sekelas kami-

Khairil memang rajin menunggu saya, pagi-pagi sebelum memasuki kelas, 
dia mesti menunggu di meja saya. Setiapkali saya sampai, dia mesti tarikkan 
kerusi dan letakkan beg sekolah saya. Pada ketika itu, saya 
tiada lansung prasangka buruk , malah kami menjadi kawan baik. 
Sebulan selepas kami berkawan iaitu pada Februari 2003, 
ada terselit kertas kecil di dalam buku saya. 
Saya masih ingat ayat pertama kertas itu,
 “boleh saya berkenalan dengan awak – Mr X”. 

Mulai saat itu, setiap hari selepas rehat pasti ada kertas kecil 
daripada Mr X terselit dalam buku sekolah, saya biarkan sahaja 
tanpa membalasnya kerana bagi saya, kalau mahu berkawan mestilah 
berani tegur.Lagipun saya tidak tahu siapa Mr X. 
Dalam masa yang sama juga hubungan saya dengan Khairil 
sebagai kawan berjalan seperti biasa. Malah saya turut menceritakan 
perihal Mr X ini kepadanya. Saya dan dia sama – sama mengutuk sikap 
Mr X yang saya rasa pengecut. Bila diingat balik, saya pasti tersenyum
betapa teruknya kami mengutuk Mr X.

"And Life is a road and I want to keep going
Love is a river I want to keep flowing
Life is a road now and forever
A Wonderful journey.
.."

Akhirnya pada sekitar awal bulan April 2003, rakan-rakan perempuan 
sekelas dengan saya membuat inisiatif dengan membandingkan tulisan 
tangan kertas Mr X dengan tulisan buku pelajar lelaki di dalam kelas kami.
Hasilnya kami temui 2 orang, Khairil dan Shahril. 
Kebetulan Sharil pula memang malu-malu  hendak bercakap 
dengan saya, maka tentulah dia suspek utama. 
Khairil pula hari-hari bercakap dengan saya.
Memang tiada syak lansung pada Khairil.
 
Apabila loceng rehat berbunyi, bergegas rakan-rakan perempuanku 
menemui Shahril, memarahinya kerana mengacauku hari-hari, 
namun hati saya tersentak apabila Shahril tiba – tiba bersuara 
dan mengatakan “eh Nora, bukan aku la yang tulis, kalau ko nak
tahu, semua tu Khairil yang tulis, semua budak lelaki tahu la, 
dia memg minat dekat ko lah” 

Hah, saya terkesima, terasa betapa bodohnya saya, 
orang yang saya borak hari-hari, orang yang saya mengadu 
tentang Mr.X dan segalanya adalah Khairil. Khairil adalah Mr X. 
Mr X adalah Khairil. Rasa geram membuak – buak di dada lantas 
saya terus naik ke kelas dan bersemuka dengan Khairil. 
Rasanya Khairil dah bersedia sebab ketika saya 
naik ke kelas budak lelaki beratur panjang di tepi balkoni. 
Saya terus menuju ke arah dia di penghujung barisan. 
“Awak ke yang selama ini tulis surat tu?”.  Khairil angguk !
Lantas dengan perasaan geram, saya terus memijak kaki kanannya 
sepuas hati. Dia meminta maaf berulang kali tetapi hati saya 
sedang panas ketika itu, kebetulan pula guru telah pun 
melangkah ke dalam kelas. 

"I'll be there when the world stops turning
I'll be there when the storm is through
In the end I wanna be standing
At the beginning with you.
."

Ketika sesi pembelajaran berlansung, dia mengirimkan surat passing 
melalui rakannya kepada saya, “sudikah awak menjadi makwe saya”. 
Gila ! Saya terus reject lagipun masa itu,dalam keadaan marah. 
Memang saya diam sahaja di dalam kelas sehingga waktu balik. 
Di rumah, perasaan marah saya reda dan memutuskan untuk memaafkan 
dia dan ingin berkawan sahaja. Esok paginya, saya datang ke sekolah 
dan terus menegur dia, “ awak, hal semalam sudahla ek, kita 0-0” 
Dia memandang muka saya, kemudian memanggil semua rakan-rakannya, 
weh tengok awek ni, kita boooooooooooooooo”. 
Saat itu,  saya terus berlari ke arah kawan – kawan perempuan 
yang lain menahan malu, “ saya benci awak !!
- bergambar kenangan sebelum pergi ke sekolah hari sabtu,
ada aktiviti mengecat bilik ko-ku di sekolah-

Sejak kejadian itu, kami tidak bertegur sapa selama sebulan. 
Memandang pun tidak. Namun, menurut rakan-rakan kami, 
dalam diam rupanya dia mengambil berat tentang diri saya, 
dia selalu bertanya khabar tentang diri saya kepada rakan-rakan, 
walaupun hakikatnya apabila berselisih lidah menjadi kelu. 
Pernah dia menahan rakan saya bertanyakan diri saya 
yang tidak datang ke sekolah selama 2 hari.
Kebetulan pada masa itu, saya diserang demam.. 
Saya akui sepanjang masa ini, saya menyedari betapa sunyinya
apabila dia tidak menegur saya seperti biasa. 

"We were strangers on a crazy adventure
Never dreaming how our dreams would come true
Now here we stand unafraid of the future
At the beginning with you..
"

Atas inisiatif rakan-rakan kami yang tidak mahu keadaan ini 
berpanjangan, Faizal, Fazli dan Faezah  telah mengaturkan temu janji  kami 
berdua di kedai ABC. Kami berdua tidak tahu mengenai rancangan ini.
Faezah mengajak saya ke bandar dengan alasan membeli barang, 
manakala Faizal dan Fazli menguruskan Khairil. Saya terkejut apabila 
Faizah mengajak makan di kedai ABC di mana saya memang perasan 
Khairil ada di dalam kedai tersebut !

Ketika di kedai, kami ditinggalkan berdua. Lidah memang jadi kelu. 
Tiba-tiba dia mencoretkan ayat di atas kertas resit yang kecil,
saya suka awak, mr x @ khairil “ dan menolak kertas tersebut ke 
arah saya. Saya cuma senyum sambil bersuara “harap kita boleh rapat 
macam dulu”. Pada ketika itulah, saya tahu rupanya dia sukakan saya 
sejak kami berlanggar bahu pada minggu orentasi dahulu.

Love at the first sight! Sejak saat itu, kami dikenali sebagai pasangan di 
sekolah sehinggalah penghujung April, kami mendapat tawaran menyambung 
pengajian, dia di Perak, saya pula di Kelantan. Saya masih ingat lagi kenangan
kami naik basikal bersama - sama, jalan kaki bersama -sama menyusuri
jalan ke sekolah, kalo basikal saya rosak, saya jadi la pembonceng, dia 
penunggang :D. Sebelum berpisah untuk melanjutkan pelajaran, 
saya memang ingat kata-katanya, 
saya janji akan kontek awak tau, ingat saya selalu.“ 


"I knew there was somebody somewhere
Like me alone in the dark
I know that my dream will live on
I've been waiting so long
Nothing's gonna tear us apart.."

 - Atas permintaan rakan sekelas sewaktu jamuan perpisahan-

Dua minggu orentasi di universiti sangat memenatkan, tapi 
ketika itulah saya mengerti bahawa saya sayangkannya. 
Terasa rindu bermain di sanubari namun saya tidak 
terlalu mengharap. Tambahan pula ramai yang kata cinta sekolah 
itu cinta monyet. Akhirnya pada minggu ke-4 saya di universiti, 
ketika sedang mengemas bilik, saya dikejutkan dengan deringan talefon :
Assalamualaikum, sayang... saya dah janji kan saya akan kontek 
awak semula. Awak masih ingat saya kan...(sepi)... 
saya nak awak jadi teman hidup saya“ 
bergetar jantungku namun itulah saat paling manis bagiku .   

"In the end I wanna be standing at the beginning with you..."

Alhamdullilah kini, setelah hampir 8 tahun menjalinkan hubungan,
segala pahit manis, suka dan duka...Insya Allah, kami akan disatukan 
pada bulan Mei yang bermakna, bulan di mana dia melamar saya 
menjadi sebahagian hidupnya.


 -Mei 2003 si dia melamar saya, Mei 2010 si dia meminang saya
Moga Mei 2011 berjalan seperti yang dirancang. Doakan ek =)-
Ameeeeen :D

Insya Allah,wedding day kami nanti akan menjadi reunion batch kami. 
Sekiranya ada peluang untuk saya melakonkan semula situasi di atas, 
saya ingin melakonkan semula dengan suasana sekolah dan baju sekolah. 
Mungkin tidak setepat cerita asal saya, namun asal berpakaian sekolah :D 

Walau orang kata cinta sekolah itu cinta monyet
tapi bagi saya cinta sekolah itu cinta hati saya !

Ini kisah si uda dan dara
Bertemu bercinta sesia sekata
Terima kasih sudi membaca
Moga CST terus berjaya


Share The Loves, Keep Memories Alives
Be recorded. Stay More On FB CST PRODUCTION


Chenta Sheritera Terindah. Love CST !!