** sharing info that i get from my facebook**
Kepade merake2 yg nk menghantar dan menerima hantaran..pikir2 kan. 
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka  sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu  lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala,  awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah.  Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa  yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju  putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik  dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau  gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian  ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah,  pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca  la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh,  baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi”  cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala,  besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah  mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari  yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah.  Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil  dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam  baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil  bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.  Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli  keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.  Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak..  Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil.  Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai  buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar  bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari  bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan.  Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli  sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss..  su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih  melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang  sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat  Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang  putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd
“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.
“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.
Kelihatan  gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah  menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang  menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya.  Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“  Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara  bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim..  Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar  suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar  lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“  Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.  Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih  malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran  kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup  bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang  cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.
“ Tinggi mana pun  kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu  kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama,  kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya  sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku  kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti  dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya  memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan  menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi  pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad  sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu..
Nabil  sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran  pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit..  Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama.  Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba.  Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.    read dis..     Rasulullah  (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives  are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head.  When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and  the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi  wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya  sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di  bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara  kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang  pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan  cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang  telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.  Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku.  Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu  ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh  meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Thereafter  he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you  used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do  not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have  no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang  meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya,  kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara  yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan  Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
When the interrogation  is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the  angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
 Selepas  soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul  A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi  bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam)  said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will  have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah  (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan  Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun  dari nabi atau malaikat.'
Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'
Friday, October 8, 2010
- Author name:
- Unknown
- Publish date:
- 6:39 AM
- Discussion:
- 6 comments
- Categories:
- advise motivate
 hantaran




sukee baca...thanks for the info sis:)
ReplyDeletesuke kisah ni
ReplyDeleteassalamualaikum nora.
ReplyDeletealhamdulillah bertemu lagi.
terima kasih ye sharing caring info ni.
bahan bacaan yang sangat baik dan bermanfaat.
boleh iffah copy untuk foward dan spreadkn dlm entri? terharu mambacenye..^_^
ReplyDeletegood info~!! terharu bace entry ni..
ReplyDeleteall : sharing is caring hehe =)
ReplyDelete