Showing posts with label videographer. Show all posts
Showing posts with label videographer. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Hi dan As Salam

Alhamdullilah, selesai sudah misi review majlis kami.
Niat hanya untuk berkongsi, mana yang baik boleh
dijadikan panduan, yang tidak baik sila elakkan yea :)
Saya pun manusia biasa, tidak lari dari kekhilafan.

Alhamdullilah entry ini ditulis pada bulan 8 bermakna
hampir 7 bulan untuk saya melengkapkan misi review.
Agak perlahan, namun selesai semuanya. Terima kasih
buat yang sudi membaca, memberi pendapat, email etc.
Sokongan anda sangat - sangat saya hargai :)

Alhamdullilah, segala yang saya sharing tentang perjalanan
majlis saya , saya kongsikan pula dengan anda semua
dalam bentuk audio video ini. Selamat menonton !

Solemnization Video (Majlis Pernikahan)

 
Solemnization Highlight Kerel & Nora from PEVEYHACK.COM on Vimeo.

Videographer : Peveyhack Movie Production, Kajang
tempoh masa siap : anggaran 5 bulan
saya pernah review tentang cara kerja mereka di {entry ini}


Reception Video (Majlis Persandingan)

Reception Kerel& Nora from nora aira on Vimeo.

Videographer : Cst Production, Ampang
tempoh masa siap : anggaran 2 bulan
saya pernah review tentang cara kerja mereka di {entry ini}

kepada bakal pengantin di luar sana : remember, just enjoy your big day ! 
diy or not diy, home or hall, chubby or thin, pretty or ugly, creative or not
- just enjoy, smile and get our parents blessed. good luck dearies :D

**********************************************************

p/s : saya akan tetap berblogging cuma akan difokuskan kepada
perkara lain juga - deko, travel, etc. M2B, doakan rezeki saya ! :D

Friday, July 27, 2012

Hi dan As Salam

Untuk majlis resepsi tempoh hari, kami bekerjasama
dengan pihak CST Production. Oleh kerana pihak
CST tidak available semasa majlis nikah, maka untuk majlis
nikah saya bekerjasama dengan videorapher lain. {entry ini}.

Saya memilih CST adalah kerana saya berminat dengan hasil
karya video mereka. Kebetulan semasa saya berjumpa
dengan mereka, saya tertarik dengan promosi dan pakej yang
disediakan. Kena rajin - rajin tengok update dorang untuk
tahu promosi yea :). Sebelum majlis, adalah empat kali saya
datang ke pejabat mereka untuk sedikit perbincangan.
So far layanan mereka mesra terutama ketika itu saya
banyak berjumpa dan berbincang dengan 
saudari Fahim dan Kak Niza.

Semasa majlis, mereka pandai bawa diri dan sentiasa bersedia
untuk apa jua kemungkinan. Ketika hujan turun pun, mereka
sudah prepare bagaimana mahu shoot ketika hujan. Pihak CST 
mempunyai pelbagai pakej jadi mereka juga mempunyai pelbagai
 pasukan. Pada majlis saya, pihak CST menghantar tiga wakil
 iaitu saudari Fahim, Kia dan Ikhwan.

Semasa proses menggubah video, saudari Fahim ada menghubungi
saya terlebih dahulu bagi melihat sekiranyaa ada sebarang
kesilapan atau makluman lain. Alhamdullilah mereka tiada
masalah apabila saya meminta mereka mengedit sedikit video
saya. Bagi saya mudah untuk berurusan dengan mereka.
Mungkin juga kerana orang yang shoot video saya ialah orang 
yang sama mengedit video, jadi mereka lebih arif perjalanan majlis.
Alhamdullilah, video saya siap dalam tempoh 2 bulan sahaja.

Sekiranya anda berminat menghubungi mereka
bolehla melayari facebook : CST Production
dan juga karya terbaru mereka : CST Breed.

Jom lihat ragam kerja mereka :-










Oh ya Fahim kini sudah mempunyai produksi
sendiri iaitu anakwayang. Facebook : anakwayang
Secara peribadi, bekerjasama dengan saudari
Fahim adalah mudah dan sangat selesa :).

Insya Allah, nanti saya sharekan hasil video mereka yea :)

Salam Ramadhan kawan - kawan !

Monday, June 18, 2012

Hi dan As Salam.

slide show yang merangkumi gambar pre-wed 
dan juga gambar semasa majlis pertunangan dulu.
memang termasuk dalam pakej semasa booking cst.



Cheritera Chenta Kerel & Nora

Keseluruhannya saya suka dengan hasil kerja mereka.
Nanti saya sharekan pengalaman dan video majlis saya.

"love the life you live.live the life you love. -  Bob Marley"

Wednesday, March 7, 2012

Hi, i'm back.. waa macam ada orang perasan je
saya tiada sob sob . Apapun semoga anda semua
berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Main photographer dah bagi tahu kami akan dapat
full gambar and album in this month. Hepi sangat
sebab tak sabar nak habiskan semua review hehe.


Kali ini saya nak review videographer saya semasa
majlis pernikahan tempoh hari. Saya telah memilih 
Peveyhack sebagai videographer rasmi pada hari tersebut.
Alhamdullilah, mereka turun awal, seawal jam 2 petang
mereka sudah tiba di perkarangan rumah saya sedangkan
majlisnya pada malam. Saya suka sebab mereka dalam
keadaan prepared, dan sangat ramah.

Sepanjang saya berurusan dengan En. Rashdi, yang juga
main person bagi Peveyhack, saya tiada masalah kerana
kami dapat bekerjasama dengan baik. En. Rashdi mudah
dibawa berbincang dan boleh berunding dengan baik.

Manakala videographer yang turun semasa majlis saya
ialah seramai 3 orang. Sewaktu majlis mereka juga
memakai pakaian rasmi mereka iaitu baju melayu bewarna
hitam, jadi saya mudah nak cam. Dan mereka sangat lawak.

Berlakon untuk video sangat penat okey. Berulangkali
lakukan adegan shot mengeshot. Spontan lagi senang kan.
Tapi saya suka sebab menvariasikan lagi video kami nanti.
Saya juga suka dengan team Peveyhack sebab sanggup
tunggu orang ramai dah pulang bagi merakam video
lakonan tambahan sampai pukul 1pagi selain yang spontan :)

Jom tengok gelagat kami semasa melakukan lakonan
bagi video majlis nikah kami. Gila - gila !

sedang ditemubual kononnya haha. mengarut je jawab

 Dorang sangat lucu. Siap bagi guide aksi camne hehe

 Berulang kali kat sini. Suami steady je :)

Air minuman janngan lupa disediakan :)


Khusyuk minum air, penat mengarah, action cut ! :P

antara rakaman spontan

Kesimpulannya mereka punya PR sangat besh. Dorang
siap rakam juga di bilik pengantin, dan sangat sempoi.
Betul2 menggunakan ruang dan masa yang ada.

Kenapa saya namakan part 1 sebab kali ini saya hanya
berkongsi pengalaman bekerjasama dengan mereka.
Untuk part 2 pula, saya akan kongsikan hasil video
dan lain - lain. Tunggu part 2 menyusul okeh.

Bagi yang ingin menghubungi pihak Peveyhack,
anda boleh melayari laman facebook mereka : Peveyhack.
Semoga review saya ini dapat membantu anda
dari segi pengalaman bekerjasama dengan videographer.
Insya Allah, gud luck ! see u again :)

bergambar kenangan sebelum mereka pulang.

Wednesday, February 15, 2012

Hi korang, semoga semuanya sihat dan ceria ceria selalu.

Hari ini saya stop review dulu sambil - sambil tunggu gambar
dari main photographer saya. Lagi banyak gambar lagi besh kan :)

Hari ini saya nak share something, ia tidaklah sebanyak mana namun 
harap ia dapat membantu mereka yang mencari videographer. Soalan 
paling kerap ditanya, videographer mana yang terbaik? Kalau ditanya
pada saya, harusla saya mengatakan semuanya terbaik. Citarasa kita
berbeza kan. Jadi soalan itu sukar untuk dijawab jadi adalah paling baik
kita membuat 'research' terlebih dahulu, dapatkan maklumat dan buatla
pilihan anda. Saya pernah bekerjasama dengan 3 videgrapher, satu
telahpun saya review sebelum ini, lagi dua Insya Allah coming soon =)

Perkara pertama sebelum anda memilih videographer ialah estimate
budget anda. Tetapkan lingkungan harga yang anda mampu. Sayugia
diingatkan adalah yang mahal tidak semestinya terbaik dan yang murah 
tidak semestinya tidak baik. Ada juga yang mahal baik dan ada juga 
yang murah tidak baik. Jadi harga bukanla penentu segalanya =)

Kedua, dapatkan quotation dari pelbagai videographer. Masa ini
anda boleh melihat skill communication atau PR mereka. Saya rasa
masa ini anda sudah boleh melihat serba sedikit keserasian yang ada
di antara anda dan pihak videographer. Bila sudah dapat quotation,
senarai pendekkan yang anda suka dan mula melihat hasil kerjanya.

Okey, paling penting di sini ialah memahami pakej anda. YES ! ini wajib.
Pelbagai pakej videographer ditawarkan oleh pelbagai videographer.
Saya bagi 3 contoh bagi pakej oleh certain videographer seperti di bawah :

***************************************************************

Videgrapher A

3-6 minutes highlight reel with music (for every event)
1 cinematographer
30-40 minutes edited coverage footage
Professional colour grading
1 copy of uncompressed DVD video of all highlights 
Custom designed DVD cover and overlay
footages in high definition (HD) quality
All raw footages are available on request

Videographer B

Coverage for 2 event - Solemnization and Reception
Videographer
Wireless or cable audio equipment (for recording purpose)
Full event and creative shot
2 copies full edited video in DVD
1 copy unedited video
2 copies video highlight (as posted in website)
Custom dvd cover and menu with full colour printing
DVD casing for full edited video
1 custom dvd box for highlight video

Videographer C

1 Videographer
1pcs DVD playback music montage (duration 5 minutes)
1pcs full DVD event (duration 50-60 minutes)

********************************************************************************

Jika dilihat contoh 3 di atas, pelbagai pakej ditawarkan. Anda perlu 
memahaminya sebaik mungkin apa yang anda akan dapat. Misalnya 
berapa DVD anda dapat, ada hightlight atau tidak, anda dapat yang 
edit atau tidak edit, rakaman sepanjang hari anda dapat atau tidak, 
video anda ada rakaman suara atau tidak,berapa ramai yang 
merakamkan majlis anda. dvd anda ada cover atau tidak. yang penting 
kaji dan fahami secukupnya. Sekurangnya jika anda tidak faham 
tentang alatan mereka,anda faham apa yang anda dapat =). 
Fahami juga mou anda dengan videographer. Berapa lama boleh 
siap, urusan pembayaran dan sebagainya. simpan resit okeh !

Saya galakkan anda berjumpa dengan bakal videographer anda 
sekurang-kurangnya sekali, ini boleh mewujudkan hubungan yang 
positif dan saya prefer bayaran secara bersemuka berbanding 
online di ofis mereka. Namun terpulang pada anda.

Paling penting. Anda berhak bertanyakan progress video anda 
apabila selesai majlis. Anda juga berhak melihat dulu rakaman tersebut 
dan meminta mereka edit sebelum ditayangkan. Jangan khuatir untuk
 minta mereka pinda apa -apa.

Akhir kata, semoga tips ini dapat membantu serba sedikit anda
dalam mencari videographer bagi majlis anda. Kita berusaha
seterusnya tawakal pada Allah semoga dipermudahkan :)
enjoy your coverage !! keep your memory =)

Tuesday, December 27, 2011

Hi korang, moga ceria - ceria selalu :D

Saya baru sahaja pulang bercuti bersama ahli keluarga,
seronok melihat keletah suami dan mertuanya hehe.
eh jap jap hehe. saya sebenarnya nak promote
Rfmediaworks Videographer, dah janji dengan En. Rufi.
Janji harus dikotakan, betul tak =) ( ^ _ )

Buat sesiapa yang masih mencari videographer yang 
sesuai dan berpatutan dengan budget anda, jangan gundah gelana.
Anda boleh menghubungi Rfmediaworks dengan kadar segera.
Sekarang dorang tengah buat promosi pakej tau !


Saya tahu sekarang ni ramai photographer dan videographer yang
menipu dan buat hal, tetapi Insya Allah Rfmediaworks tidak begitu.
En.Rufi seorang yang professional dan berpengalaman luas. 
Malah saya sendiri bekerjasama dengan En.Rufi untuk video
pre-wed saya. Untuk maklumat lanjut, saya pernah
ceritakan di dalam entry ini : { entry 1 } dan {entry 2}

Saya share kan juga hasil kerja Rfmediaworks untuk kami :





Dan ini pula hasil bekas CD kami =)

Lihat ! Mereka betul betul menjaga hasil dan kualiti kerja mereka.
Jika anda juga berminat, jangan lepaskan peluang ini okeh.
Quote my blog dan segera hubungi mereka orait =)
jika anda ingin tahu maklumat lanjut, sila klik :

Facebook : Rfmediaworks Videographer
Laman Web : Rfmediaworks Videographer

p/s : ada yang bertanya kenapa saya menggunakan khidmat
videographer berlainan untuk 2 majlis dan pre-wed, hehe saya
suka bekerjasama dengan pebagai vendor, pengalaman yang
sangat berharga namun ada juga mereka yang tidak available
pada masa saya, jadi saya terpaksa menempah berlainan. Apapun
estimate bajet anda dan rajin-rajin buat research tau ! Insya Allah
saya akan sentiasa recommended vendors jika hasilnya memuaskan =)
Stay tuned for more recomendations, have a nice day ! xoxo

Monday, October 3, 2011

Speechless, at least we have our memory.

Our story .. Walaupun simple tapi kami suka.:P

Terima kasih En. Rufi, our save the date videographer.

RFMediaworks, soo recommended

Enjou our cartoon suara, maluuuu tp pasrah haha T_T



Harga for me, soo reasonable. PR skill sangat okey.

DVD video ni saya dah dapat, dalam bentuk HD
gambar sangat cantik, kira puas hati sangat.
 
btw, dah pernah review pun di entry INI.
enjoys !! xoxo.

Wednesday, August 10, 2011

Alhamdullilah, genap 10 hari kita berpuasa.
Sekejap je kan masa berlalu. tatoot lak rasanya :P

Hari ni, saya nak share tentang seorang videographer yang
sangat peramah dan friendly. ( Kalau tak kerana saya dah
ada, pasti saya dah hired dia tahu :( ) Past Bride, Miss Elly
pun ada review pasal mr.videographer ni. 
So saya rasa korang pasti dah tahu kan :p hehehe :)


He so recommended. PR skill very nice, humble,
enjoy and fun apabila bekerjasam dengan beliau. Senang
dibawa berborak, berbincang, sempoi dan menerima idea
client dengan senang hati. Bayangkan, kami tidak terasa penat
pun untuk sesi shooting, walaupun pada sebelah paginya dah
shoot dengan amir. Paling besh kami tidak tertumpu pada satu 
location je, banyak tempat menarik di Bandar Hilir tu diterokai :)

Mula - mula memang neves sampai tersasul - sasul cakap.
Harap - harapnya En. Rufi tidak ambikla scene yang mengarut
tu ahahha. But, lama - lama kitorang enjoy. Paling suka part
tepi sungai dan lari - lari di dataran pahlawan. Memang enjoy !

 cer teka dorang sedang buat apa tu? 

dorang sedang shoot la. ahaha :P

equiment video dan our props =)

rfmediaworks team and my chubby fiance :P

Conclusion, dorang memang sangat recommended.
price affordable and pr skill awesome. Korang
takkan segan punya. tryla =). Nak tengok hasil kerja mereka. 
Bagitahu En.Rufi, nora recommend tahu. Pasti berbaloi :)

tips : video std bukanlah satu keperluan utama, namun jika
anda berminat menjadikannya sebahagian kenangan dalam
hidup anda, tidak salah. rajin-rajin la survey kerana citarasa
manusia berbeza bukan, saya cuma impikan yang simple
sahaja, setelah a few months saya survey, harga dan kualiti
kerja RFM yang lepas2..inilah pilihan saya =)

p/s : terima kasih yumie sudi singgah. terharu !!
yumie so cute korang! ambik berkat mommy to be :)
****************************************************
anaztasias : takutnya bila tgk countdown. byk benda xsetel lg :(

Monday, November 22, 2010

Salam dah hai semua  !

Saya tengah hepi sangat sebab one of my favourite videographer
dah ada facebook . :D haha, dorang dah lama almost 5 years xsilap
cuma sebelum ni takda kat facebook. Alang - alang saya perkenalkan
dorang la ek, bagi sapa yang tak tahu lagi :D. hehe

Saya found dorg after one month saya engage, sangat suka dengan video
dorang sebab modern dan trendy. Tak caya, sila lihat blog dorg,
En. Zul pun sangat peramah masa saya minta quotation, siap bagi diskaun
walaupun saya tak conform lagi dengan dorg, until now. 

Ada yang tanya dorang ni best ker? Ia subjektif.
Bagi saya secara peribadi, memg best !
Itu pendapat saya, anda tak tahula :D
Nak tengok hasil kerja dorg, sila klik link web dorang
di bawah ek. nak jadi fan pun boleh. Oleh sebab dorang
baru lagi di FB, so banyak video di web la.


SILA KLIK :  LAMAN WEB MY MOMENTS

bagi yang nak jadi fan : FB MY MOMENTS

******************************************
anaztasias : saya tak dapat komisen pun, cuma sangat suka
dorang dah ada facebook ! hehe :D. tapi kalo En. Zul nak bagi silakan ;p