Showing posts with label kedai borong. Show all posts
Showing posts with label kedai borong. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011


Hai, moga hari ini lebih baik dari hari sebelumnya. Insya Allah =)


Since ramai yang emel bertanyakan di mana mereka boleh
mencari 'doily paper' ataupun kertas doily, saya kongsikan
di sini yea, kalau ada sesapa yang nak tambah info, sangat dihargai :)

Definisi 'Doily Paper' mengikut The American Heritage® Dictionary
of the English Language, Fourth Edition
adalah seperti berikut :

1. A small ornamental mat, usually of lace or linen.
 2. A small table napkin.
 - a decorative mat of lace or lacelike paper, etc., laid on or under plates

Kalau dekat Malaysia ni, commonly doily paper digunakan sebagai alas
di dalam bekas kuih. Doilly paper mempunyai pelbagai bentuk, saiz, corak
dan warna. Namun di Malaysia yang dibiasa dijumpai adalah warna putih,
silver dan gold. Harga juga berbeza mengikut warna, saiz dan bentuk.

Sekarang trend menggunakan doily paper di dalam majlis perkahwinan
sangat meluas, tambahan pula ianya murah berbaloi dengan kuantitinya.
Malah anda boleh mengunakan doily sebagai asas kreativiti mendeko rumah :p
Jadi, sekiranya ada ingin membeli paper doily, anda boleh mencarinya di :

a) Pasaraya besar ( Giant, Tesco, Careffour, Jusco )
- Biasanya doily paper terletak di bahagian peralatan membuat 
bakeri. Selalunya ia terletak berdekatan dengan acuan
membuat kuih. Bentuk yang biasa dijumpai di pasaraya
adalah berbentuk bulat dan segi empat panjang.


b) Kedai Menjual Bahan - Bahan Membuat Kek
- Pastikan anda pergi ke kedai menjual bahan - bahan membuat
kek / bakeri yea, bukannya kedai yang menjual kek hehe.
Kedai sebegini adalah sumber utama apabila anda mencari
doily paper, kerana biasanya kedai sebegini memang ada.
Dekat Kuantan, ada 4 kedai menjual bahan membuat kek
dan empat kedai itu ada doily paper. Dekat kedai sebegini
biasanya doily paper adalah bewarna putih dan berbentuk bulat.
Harga pula adalah sekitar rm 3.00 ke rm 6.00 bergantung
kepada saiz, biasanya sepaket ada 250 keping.

p/s : biasanya lokasi femes mencari doily paper di sekitar KL adalah
di chow kit (jalan raja bot), taman melawati, puchong dan bangi.

Untuk kedai di Puchong, sila klik link ini  - QasehFariza

kedai bakeri yummie, bandar baru bangi

c) Kedai Menjual Barang Perkahwinan
- Doily Paper di kedai menjual barang perkahwinan biasanya
bersaiz besar dan bewarna gold serta silver. Quiet pricey
dan biasanya digunakan untuk hantaran. Bentuknya
bulat dan jarang ada saiz yang kecil. Kertasnya licin skit hehe.


d) Kedai 2 Ply, Klang, Selangor
-  Kedai ini special skit sebab ia ada menjual doily paper
bewarna biru, pink, hijau dan lain - lain. Namun last saya pergi
bulan sembilan haritu dah kehabisan stok. Tinggal warna putih
dan bentuk love sahaja. Tak tahula sekarang macam mana.
Kedai ni berdekatan dengan pasar besar Klang. Saya beruntung
masa bbf reunion, nadira jualkan saya warna biru dan pink.
Nanti saya share hasilnya masa review diy akan datang ye.


untuk ke kedai 2Ply Klang ini, sila klik ini -> Nadzpeanut

e) Blog Online
- saya ada jumpa satu blog yang jual doily paper online.
Sila klik link ini untuk maklumat lanjut ye : Jommkahwin


Saya harap ia dapat membantu anda mencari paper doily idaman 
anda. Jika ada sesapa yang ingin menambah info sangatla dialukan =)
Insya Allah sekitar kawasan anda pasti ada kedai menjual
bahan - bahan bakeri kan, mulakan di situ tau. hepi surfing !!

p/s : nak wat pengumuman skit, hehe saya pun akan menjual doily
paper nanti, Insya Allah starting 2012 ni hehe. stay tuned =)

Wednesday, October 5, 2011

Kalau sebut lollipop, mesti terbayang
gula - gula yang ada batang dan comel !
Biasanya nak cari lollipop murah, haruslah ke
kedai borong kan, tapi dah selalu buat tajuk kedai borong,
jadi kali nak wat tajuk lollipop murah, betul RM0.18 !!
Kalau beli banyak - banyak lagi la murah, boleh dapat RM 0.15 !

lollipop bintang 

Satu kotak ada 50 batang, harga 9.00
jadi 9.00 bahagi 50 batang, bersamaan 0.18.
Itu saya baru beli satu balang, saja nak test rasa.
Sedap ada rasa susu dekat lollipop tu hehe.

Ada macam macam bentuk yang lain, bentuk arnab, kuda laut,
ikan, jeli - jeli panjang dan sebagainyalah :)

pelbagai bentuk lollipop

lollipop besar, mahal sedikit ya,
ala yang biasa dilihat di sogo tu :)

Gula - gula dan cekedi lain pun ada, yang penting
pandai deals, Insya Allah boleh dapat best price.


Terima kasih Puan Hazz sebab bagitahu kedai ini,
ada juga jual biskut gula yang saya pernah cari :)

harga yang tertera tidak fix, boleh deal lagi

Lokasi kedai borong ini terletak di tampin,
sempadan negeri sembilan dan melaka.
Betul - betul sebelah wee chen di bus ten pulau sebang.

Kedai Long Fah Trading, Tampin

*********************************************
anaztasias : cer google lollipop wedding, cantik - cantik !

Friday, September 23, 2011

As-salam semua, semoga hari ni lebih baik dari
hari sebelum dan sebelumnya. Insya Allah.

Sebelum ini, saya ada buat entry tentang
dikenali juga sebagai Kedai borong gula - gula.
Anda boleh lihat semula di entry SINI.

Terima kasih sangat - sangat dekat kawan - kawan
semua yang sudi share bermacam tempat dan lokasi
kedai - kedai borong tersebut. Saya tak dapat pergi
semua tapi saya sharekan yang mana saya sempat pergi yea :)

Kedai borong makanan ringan yang saya pergi ini
terletak di Taman Melawati, Ampang ini terletak 
di Kuala Lumpur. Anda cuma perlu menggunakan
jalan MRR2 dan bila jumpa signboard Taman Melawati
tu anda terus masuk ke dalam, nanti anda akan jumpa
ada simpang pertama belah kiri, masuk ke dalam ye.
Jalan dan simpang yang sama juga untuk ke Tajri Spa.

Kedai ini kalau tak perhatikan betul - betul memang tak
perasan , jadi saya ada snap gambar untuk kawan - kawan
lihat landmarknya ye :) Bersebelahan dengan klinik, bila dah
masuk dalam tu round - round akan jumpa, berdekatan dengan
kedai -kedai makan, dipanggil food court kalau tak silap.

 pandangan tepi.

pandangan hadapan

Nama kedai ini ialah Joe Meng Trading.

Kat sini memang ada banyak pilihan :

 smarties !! puding, jelly pun ada .

 gold coin, etc, coklat zaman-zaman kecil dulu :p

 cloud 9, ada macam - macam warna :)

lolipop, macam - macam bentuk ada, ada yang
30 sen satu. harga ada macam - macam.

Harga yang ada dekat rak - rak atau packaging tu
boleh deal lagi, kalau beli banyak lagi la boleh dapat
diskaun ! Balkidz pun mention dia dapat diskaun bila
dia beli untuk majlis aqiqah anaknya :). Ops sebelum
terlupa, biskut gula yang saya pernah mention dulu pun
ada disini, boleh beli by kilo or beli tin. 1 tin bersamaan
4 kilogram, harga dalam rm 40 (itu belum deal lg :p )

alamak, macam dah taip panjang. pepun terima kasih
semua sebab bagi guideline dan macam - macam info,
Insya Allah, nanti saya share yang lain pula yea :)

*********************************************
anaztasias : Insya Allah, nanti nak ke Kg. Jawa, Melaka
pula. ada sapa nak join hehe. best gak gi reramai :D

Monday, August 8, 2011

Hai korang. rindunya !! Selamat berpose !

Hehe, ingat lagi tak entry pertanyaan saya mengenai kedai borong
gula - gula tempoh hari? Thanks korang sebab sudi sharing info =)
Jadi untuk memudahkan pembaca blog ini, saya dah listkan kedai
borong gula-gula mengikut tempat, untuk maklumat lanjut anda
boleh menghubungi mereka yang saya nyatakan sumber. Ada yang link
direct, ada yang tidak :). Terima kasih atas komen dan emel kalian :)
dan juga terima kasih google :P

p/s : bagi mereka yang saya da email di bawah ini, nanti reply email ek.
Nak tahu lebih lanjut pasal kedai borong yang korang nyatakan :) Gracias ^ ~


1) Jalan Leboh Ampang / Bandar Baru Ampang : Sumber Lieza

2) Kilang Apollo, Johor Bahru / Sekitar Johor  : Sumber Iedaurora dan Menn

3) Kajang. sederet dengan Butik Dzuldeclassique, depan Plaza Metro Kajang: Sumber : Anet
    { Anet, if u read this, can ur give ur email address, saya nak tanya details about this shop =) }

4) Kedai Borong di Klang : Sumber Lady D

5) Gombak, Setapak dan NSK Selayang : Sumber Hidayah Hiddensity

6) Kedai Runcit Sri Kolam, betul2 opposite pantai Mengabang Telipot,Terengganu : Sumber Miss Sunshine

7) Mydin USJ Mall, tingkat 4 : Sumber Yuna

8) Chow Kit : Sumber Izy Nick Ryzal dan Intan Choclairissa dan Lyana dan Elya dan  Hunny Kity

9) Kuantan : Sumber Nina Isofea

10) Area utara : Sumber MizaShoppe

11) Kg. Jawa / Kg Hulu. Melaka : Sumber Gadis dan Etty dan Lemprica

12) Taman Melawati, Belakang Maybank : Sumber Fati
{ Fati, if u read this, can ur give ur email address, saya nak tanya details about this shop =) }

13)  Bandar Baru Ampang dan Bulatan Pudu : Sumber Balkidz Hunny

14) Kedai Borong Sg Tangkas : Sumber Cheqmoomoo

15) Rawang : Sumber Lady Noe dan Ikeen

16) Jalan Reko, Kajang :  Sumber Kasut Pink

Insya Allah, nanti saya share saya pergi yang mana ek =)
Kalian juga jangan lupa share tahu ^~

***********************************************
anaztasias : korang, nak duit raya tak?
jangan lupa join Honey Soft Ice Cream Contest !

Monday, July 25, 2011

Holla korang =). Masih ingat tak entry saya tentang
Bagi mereka yang ingin merealisasikannya, anda
boleh membeli gelas berkaki itu di kedai RM 2.00 !!

Hah, sama kan cawannya. Hehe. Ada saiz besar dan kecil

Kedai RM2.00 yang saya kunjungi ini terletak di Bangi, di
belakang Kompleks Warta. Adalah diingatkan tidak semua
kedai RM2.00 mempunyai barangan yang serupa yea, not 100%.

Selain itu, terdapat juga pelbagai barangan lain yang menarik seperti :

 frame gambar bewarna warni. Mana tahu ada yang sesuai mengikut
warna tema anda. Boleh dijadikan barangan hiasan bilik, meja beradap
dan nak letak cek pun boleh la. comel je saiznya tahu =)

 Jag comel dan juga bekas untuk garam dan gula. Jika
kreatif, Insya Allah boleh dijadikan doorgift untuk VIP

gelas ini sangatla comel dan kecil. 6 gelas untuk RM2.00
Ini bermakna sebiji cawan berharga RM 0.33 sahaja. Boleh
dijadikan alternatif botol jar, letak sabun bunga ke, potpouri,
coklat atau sebagainya, pastu balut dengan kain net, doily atau
mana yang difikirkan sesuai. korang mesti lagi ada idea kan =)

Bagi sesapa yang ingin ke sana, terjah - terjahla yea =)
Siapa ada pengalaman di kedai RM2.00 lain, jangan lupa untuk share :)

Muka hadapan kedai. Comelnya bola tu :p

nota ketot : terima kasih buat mereka yang share lokasi
kedai borong gula-gula untuk entry sebelum ini. Nanti saya kontek
korang ek untuk dapatkan info lebih lanjut. Insya Allah saya
akan sharekan dengan kalian maklumat lanjut pasal
kedai - kedai borong gula- gula itu yea :) xoxo

***********************************************
anaztasias : kedai RM2 di tempat korang besh tak? =)

Friday, July 22, 2011

As - salam dan hai korang =))

Saya nak tumpang, if sesapa singgah baca blog ini =)
Ada sesiapa tahu kedai borong dekat mana yang 
menjual makanan ringan seperti gula -gula dan cekedi?
Mencari kedai borong yang pelbagai pilihan sangat murah ehhhe
Saya sedang mensurvey. Kalau siapa tahu, sharelah tempatnya :)

sumber : Tentang Elmo (dah note elya punya :P )

Jasa kalian amat dihargai. Moga kita semua dimurahkan rezeki :)

Lots of love, Nora Aira ( ^_ )