Showing posts with label hand bouquet. Show all posts
Showing posts with label hand bouquet. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Hi dan As Salam.

Pejam celik dah review 19 tapi tak sempat lagi kemaskini
blog dan masih slow dalam update. Insya Allah cuti 2 minggu
lagi harap-harap boleh kemas blog dan laju la update. hehe
Alhamdullilah masih mengikut que, nak tahu pasal honeymoon
kenala tunggu review last sekali. T_T

Kali ini saya nak share pasal bunga tangan semasa
majlis resepsi saya. Kalo sebelum ini, untuk nikah
HB dibuat oleh Dina Halim, untuk resepsi ini pula,
HB saya dibuat oleh The Craf Potion by Yanie.

Alhamdullilah, rezeki saya untuk memenangi hadiah
bunga tangan ini untuk giveaway yang dianjurkan
oleh Yanie.Walaupun ianya hadiah giveaway dan
bunganya artificial, namun Yanie membuatnya dengan 
cantik sekali. cukup buat saya gembira.

Dibawah ini adalah gambar yang diambil oleh
Yanie sebelum diposkan kepada saya.


ini pula salah satu gambar yang dishoot oleh photographer.


dan di bawah ini pula gambar ketika saya
memegangnya erat sewaktu majlis resepsi saya.





Terima kasih The Craft Potion sebab menghasilkan
hand bouquet yang cantik dan bersusah payah
letak doily paper dekat HB. rajinnya Yanie hehe.

Selain handbouquet, The Craft Potion ada pelbagai
tarikan dan hasil kerja tangan Yanie yang lain boleh
dilihat di FB : The Craft Potion. Malah bekas
bekas pelanggan juga diabadikan di dalam album

Komen saya ? =) Recomendation !!

Monday, January 9, 2012


Hi, hand bouquet atau bunga tangan merupakan elemen penting
yang sinonim dengan pengantin perempuan. Teringat photographer 
saya pada masa tunang dulu selalu pesan jangan lupa hb okey !
HB singkatan kepada perkataan hand bouquet, senang nak sebut hehe.

Saya menggunakan fresh flower hand bouquet semasa majlis pernikahan.
Masih ingat entry ini, Alhamdullilah saya telah memenangi hadiah 
hand bouquet bernilai RM 150.Gubahan untuk fresh flower ini telah
digubah sendiri oleh kak nadia dari Dina Halim Bridal Boutique.


Sememangnya memegang hand bouquet membantu mengurangkan
rasa gugup apabila berhadapan dengan orang ramai. Pegang erat2 hokey !



Dan terima kasih juga kepada team Dina Halim sebab baki daripada
gubahan bunga fresh flower handbouqet diberi kepada saya untuk
hiasan di dalam bilik. Alhamdullilah rezeki jangan ditolak kan :)

Letak dekat almari solek, cerminnya panjang.
Detail nanti bila review bilik pengantin ye hehe :)


p/s : nak sign borang nikah hand bouquet letak tepi cantik2 tau,
boleh photographer shoot dengan cantiks =)
Last not least, handbouqet saya jadi rebutan malam tu hehe.

Friday, October 15, 2010

Hai dan salam semua =)

Bunga Tangan Kapas
atau sedap didengar 
Cotton Bouquest =p
eh Cotton Boutonniere pun ada
warna putih sesuci kapas
jom layan gambar sambil
melihat ilham ek =p

sources : webegirls

sources : weddingbee


nampak soft je kan. sesuai outdoor wed.
hugs and love,
~anaztasia einz~

************************************************
anastasia : cotton purple lawa ker? hik3 =p