Thursday, January 30, 2014

Pemilihan Konsep Rumah Kami : Eco House


Hi dan As Salam

Setelah selesai sesi survey-mensurvey dan comparing
each house yang kami temui, akhir sesi pemilihan perlu
dilakukan. Ada dua - tiga rumah yang kami berminat dan
masih di bawah kemampuan. Jadi suami serah kepada
saya untuk memilih yang mana. Oleh kerana ketiga - tiga
rumah itu mempunyai kriteria yang lebih kurang sama, saya
pilih berdasarkan konsep rumah yang saya sangat suka.

Rumah yang dipilih merupakan rumah yang berkonsepkan 
'Eco House'. Ada lima sebab utama saya memilih rumah ini,

1) pertama kerana konsepnya menitikberatkan pencahayaan
masuk ke dalam rumah, each room and ruang ada laluan cahaya
matahari dan laluan pengudaraan yang bagi saya adalah baik

2) kedua, saya suka dalaman yang umah berkonsepkan
open friendly.Walapun perlu buat sedikit pengubahsuain
nanti namu saya suka dengan kedudukan
ruang - ruang ada di dalam rumah ini.

3) ketiga, kerana konsep kehijauan yang diterapkan. Setiap taman
itu ada their own private park kecuali unit rumah di jalan besar,
Means, rumah tidak berhadapan rumah sebaliknya berhadapan
taman dan disebalik taman, baru ada rumah di hadapanya.

4) keempat, saya suka dengan konsep laluan pejalan kaki
yang pemaju ini buat dari taman ke taman.Bagi saya unik
dan mesra alam sebab unsur kehijauan tu diterapkan bagi
setiap unit. 

5) Saya suka tema kawasan perumahan ini "Bringing Nature 
To Your Door Step". Tiga ciri utama yang diperkenalkan
adalah 'Modern Kampung, Private Park dan Better Security'.

Ringkasnya, "Eco House" merupakan konsep penataan rumah 
didiami yang mesra alam. Dengan ditata sesuai cara-cara alami, 
maka rumah berasaskan "Eco House" dapat mengurangkan 
pembuangan pelepasan gas yang memanaskan suhu bumi.

Akhirnya kata putus telah dicapai, maka jom booking !
Taman ini masih dalam pembinaan, ramai yang kata
kalau booking dalam masa ini, harga masih murah 
berbanding harga masa rumah telah siap.

P/S : Masa booking  saya confuse unit yang berdepan
taman atau unit di laluan besar. Nanti saya share yea.

Gambaran visual taman perumahan yang kami pilih :-



10 comments:

  1. Assalamualaikum kak nora, sihat ke? wahh cantik rumahnya! tunjuk lagi gambar ekk. sheila baru dapat proses nak tukar nama dekat geran. Tak sabarnya nak ada rumah sendiri. hehehe. Semoga dipermudahkan ye kak nora (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Alhamdullilah sihat. rumah petak je dear btw semoga urusan rumah kamu dipermudahkan juga dear, thanks doakan akak :) hehe mesti xsabarkan. chayook2 !

      Delete
  2. gulp. tengok rumah ni pun nina rasa cm xmampu jea nk berdreaming kt sini. tp teringin sgt nk umah cenggini! :( nanti share detail2 lain ek kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, mana tau ada rezeki dapat nanti nina. Akak pun mula2 takut nk survey sini tapi bila dah survey harga tak mcm yang kita jangka. so moralnya keep survey key. berlainan tempat berlainan harga dear. chayoook !

      Delete
  3. permohonan pinjaman rumah kerajaan sy baru lulus...alhamdulillah...skrg ni tunggu umah tu siap je & start potong gaji ...tak sabar nk pindah ke rumah sendiri ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kita awin ! tunggu rumah siap tapi kena stat saving la. nak masuk banyak pakai duit nanti. moga2 urusan kita dipermudahkan. In Sha Allah.

      Delete
  4. sgt lawa la nora! sukanya tengok design dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear.biasa2 aje nana. nora suka tgk design umah nana juga !

      Delete
  5. tgk gambar ni pun dah rasa teruja sgt..lagi lah kalau dah duduk kan.. bestnya.. doakan za pun dpt duduk rumah sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, sama2 kita berdoa okeh. yang penting jgn putus asa tau ! chayoook !

      Delete