Monday, July 16, 2012

Review 40: DIY Meja Beradap

Hi dan As Salam

Projek purple saya yang seterusnya ialah diy dekorasi
bagi kawasan meja beradap. Sangat simple dan jimat.


Asalnya saya ingat nak ambik pakej meja beradap tapi
bila dapat quotation ratus - ratus, terus rasa nak buat sendiri
dan simple sahaja, lagipun guna sahaja semula bahan yang ada.


Bahan - bahan yang saya gunakan ialah :
a) banner keluarga
b) span basah, tali rafia, staple gun
c) lebihan bunga fresh flower
d) 2 keping - white frame
e) skirting dan kain jursey.


Meja dan kerusi disediakan oleh pihak katering termasuk kain
canvas di belakang meja beradap. Banner keluarga ini sebenarnya
dibuat oleh kawan ayah dan boleh direcyle semula dalam apa
jua majlis. Idea ni dapat bila saya attend wedding mawar haritu.
Saya sukakan idea banner keluarga yang mengalukan kedatangan
tetamu, nanti adik - adik saya kahwin bolehla 'recycle' semula :D



Lebihan bunga fresh flower {entry ini} digubah agar sesuai untuk
diletakkan di tengah - tengah meja beradap. Kain alas meja di
sediakan oleh pihak katering. Manakala kain skirting & jursey pula 
kami angkut dari pejabat ibu. Hehe. Jimat kan. Kemudian pakcik
saya bagi idea gantung lebihan bunga - bunga kecil guna tali rafia.
Tak silap saya idea gantung bunga ke bawah ni ada di blog Intan.


Hanya frame ini yang dibeli bagi tujuan dekorasi meja beradap.
Saya beli di ikea. Kalo tak silap harga masa tu RM 4.99.



Ok, saya tepek satu gambar kami hehe tak sah kalau tak bergambar
di meja beradap. Walaupun simple tapi saya suka, volley ? hehe :)


p/s : tak siapa perasan frame itu diletak terbalik dengan kedudukan
kami. bila dah dapat gambar dan album baru perasan hehe :)
sepupu yang ditugaskan untuk letak frame tu kata ianya seni haha :D

30 comments:

  1. kalau DIY sendiri lebih jimat dan puas hati :) cantik pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat jimat dear. cantik tu biasa je dear. tapi rasa lega betul la. thanks dear :)

      Delete
  2. wah semua diy la awaknya majlis.. impress <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you dear. diy simple2 je dear. nak jimat hehe :)

      Delete
  3. TAG U 4 GA dr B2B

    i like u photo tittle.... bubble be too insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bubble tu sebab saya gemoks ehehe sebut bubble comel skit hehe thank you dear :)

      Delete
  4. Nora, Nisa pun pelik frame bride n groom tu terbalik dengan kedudukan nya..hhuhu
    nasib lah nora dah mention awal..=)
    tapi takpe la, kata seni kan...terima2....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhaha alamak dah agak mesti ada orang perasan. ehehe leh terima kan idea tu ekeke. thank you nisa :)

      Delete
  5. cantik la kombinasi kaler.. berani guna purple n kuning..tapi menjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu je bunga yang ada dear , taram je hehe. thank you dear :)

      Delete
  6. kreatif and beautiful! suke la tgk wedding awak.
    teringin pulak nak kawennn. erkkkk. haaahaaahaaa ^_______^

    tp serious tak ramai pengantin yg kreatif mcm awk. pengantin selalu kalo boleh sume nak senang harapkan wedding planner je kann. tp bile buat sendiri actually lagi cantik dan puas hati! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dear. thank you sebab suka. saya tak kreatif sangat. simple je dear. yang penting duit jimat dan puas hati kan :) hehe

      Delete
  7. cantik!! nanti nak try deco sendiri jugak la ;)

    ReplyDelete
  8. sangat cantikk... memg mahal.. ritu tanya dalam 300 jugak bridal amik untuk hiasan meja beradap.. sekarang masih berkira2 nak amik ke nak DIY je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey lagi 300. nora haritu dapat quo 800 tau. sob sob xde duit dah masa tu :(

      Delete
    2. gile betul sampai 800.. tapi 300 pun tak patut la.. letak bunga n wat scallop je pun..

      Delete
    3. tahu xpe kan, sos sis xambik la, dah kering haha

      Delete
  9. mmg kreatif dan comel..
    geram...

    ReplyDelete
  10. KREATIFFF. I TAK TERPIKIR PUN PASAL MEJA BERADAB SUME I SERAH KAT CATERING HUHU

    ReplyDelete
    Replies
    1. its okey dear. yang penting semua berjalan lancar kan :)

      Delete
  11. simple tapi menarik...=)
    catering buat pun kadang2 ala kador je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you tapi nora rasa katering lagi lawa kan. siap ada jurai2 hehe :)

      Delete
  12. hehe.. paling suka frame ikea tu.. bie pun ada beli untuk diy meja guestbook nanti.. :) Suka..

    ReplyDelete
  13. aah, salah letak lah kak..
    suami akak jadi bride pula..
    teheer :)
    nice tutorial kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you dear. haha anggap je seni kan :) shoot pun besh !

      Delete