Thursday, July 12, 2012

Review 38: DIY Dekorasi Khemah

Hi dan As - Salam

Semasa majlis tempoh hari, ayah saya telah membeli
kain jursey untuk dibuat sebagai scallop bahagian tepi
dan tiang khemah. dekorasi dalamnya dibuat sendiri.
Kami tidak letak scallop dalam khemah kerana kosnya
yang agak tinggi tambahan pula kami menggunakan
khemah jenis half moon. boleh lihat di {entry ini}.
Jadi kami hanya membayar harga sewaan khemah kosong
tanpa dekorasi, disertakan sekali kerusi dan meja.


Bahan - bahan untuk mendekorasi sendiri khemah ini ialah :
a) doily bird garland ( seperti dalam entry ini )
b) pelbagai warna paper lantern size 12"
d) tali rafia, gunting dan seletip.
e) kain jursey warna putih dan unggu.
( harga kain jursey masa tu rm 1.80 semeter)

Untuk tugas menggantung ini memang saya serahkan
seratus peratus kepada adik lelaki saya. Alhamdullilah
sedara mara ada yang tolong, kalau adik saya buat sorang
pengsan juga sebab khemah half moon sangat tinggi,
kami pasang 8 khemah half moon, 1 khemah piramid.

1 khemah piramid dihiasi paper lantern

Saya nasihatkan kepada bakal pengantin sekiranya
ingin menggunakan paper lantern, pasangla sehari
sebelum majlis sekiranya anda ingin pasang banyak.
kalau pagi majlis dikhuatiri kelam kabut sebab ambil
masa juga. Adik saya beberapa kali cabut ,pasang, rehat.
Tambahan pula ada sedare bagi idea double kan lantern,
masa dah siap tu saya terkejut sebab plan asal lain tapi
saya biarkan sahaja. Apa salahnya doublekan hanging lantern :)


Gambaran pada malam sebelum majlis :


Dan hasilnya semasa majlis perkahwinan tempoh hari :


hasilnya - kos beli sendiri kain jursey, origami dan paper lantern
lagi jimat dari menyewa scallop luar dan dalam bagi 9 khemah.
kain jursey itu ayah saya simpan semula, boleh guna untuk 
majlis akan datang .. Insya Allah.

p/s : saya masih menyediakan perkhidmatan sewa dan beli
paper lantern. Maklumat lanjut layari facebook di sebelah
blog saya ini yea. Terima kasih :)

36 comments:

  1. bagusnya awk ni.. semua DIY! tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih syeeda. cabaran juga sebenarnya diy ni :)

      Delete
  2. Nora, u beli kat mana kain jersey tu? I pon nanti nak pasang sendiri jugak, ala2 mcm u. Tengah survey2 kain tu. Berapa ringgit ye semeter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear, beli kat kamdar kuantan. harga dia RM 1.80 semeter :)

      Delete
  3. tahniah kerna berjaya ,merealisasikan impian

    ReplyDelete
  4. nora...kita pon sewa kanopi kosong gak...plan nk hias ngan paper lantern ngan bunga tisu...tp adik kita kata cam hindu jek nanti...terus x jadik nk wat...tp bile tgk nora pnya khemah cantik...smangat nk buat cenggitu membuak2 blk...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha masa kenduri nora dulu orang kata cam chinese. ala xpe org mengata kejap je. nora dulu penah nampak contoh paper lantern dengan bunga tisu. cantik tau ! teruskan berusaha ye :)

      Delete
    2. hehe...tenkiu nora...nanti kalau ada pape kita tnya nora ye...mintak nasihat ckit ke panduan ke...heheh

      Delete
  5. saye time kawen dulu pun pasang malam..sehari sblm akad nikah..sbb malam sejuk sket..memang amik mase yg lama nk pasang..dhla ade dlm 70 bijik gitu..huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Intan punya haritu biru pink kan !! cantik !! ingat lagi :)

      Delete
  6. wah.. lawa.. bie suka lantern paper.. :))

    ReplyDelete
  7. comelnye gantung2..rse mcm kat angkasa ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak ! teringat komem member. makan sambil mendongak hehe :)

      Delete
  8. Hai.. I ari tu pun ada gantung lantern bwah khemah.. ada x lantern u yg hilang lepas majlis? hihihihi... :)

    ReplyDelete
  9. cantikkkkkkk. kreatif la sis. ^___________^

    ReplyDelete
  10. YUNK...nnti i pm u..sbb my bro theme next coming ada byk project diy.. =)

    ReplyDelete
  11. Ya Allah Nora, rajin banget kamu ni. Kalau haida, mau nye pengsan 7 hari 7 malam nak buat DIY projek byk2. But, bila dah start DIY untuk majlis sendiri, seronok jer rasanya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok dan teruja tau ! gud luck dear :)

      Delete
  12. menariknyer..!!! gantung banyak2 macam tu nampak cantik sangat..:) aty suker semua idea nora..cantik dah kretip..

    ReplyDelete
  13. wah!! suka lantern!! anyway, nak pinjam pic khemah ada lantern tu boleh??nak tepek kat entri nak join GA..hadiah lantern...pic sis sesuai sangat!! please...boleh ye?? =)

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. tapi bukan princess hehe. thank you dear :)

      Delete
  15. cantik sgt,simple tp comellll sgt :))
    follow awak :D

    ReplyDelete
  16. khemah half moon mahal x kak???

    ReplyDelete
  17. Khemah half moon to saiz dia camner! Msh igt lg k saiznya!

    ReplyDelete
  18. Hai...sukanya dapat inspirasi nak DIY scallop canopy sbb sewa pakej canopy+scallop agak mahal :(

    Btw, nak tny, utk kain tu perlu dijahit tepi tak? ke mmg potong tak berbulu..and kalau boleh share, nak tahu potong macam mana/ukuran utk dpt hasil yg npk nice bila pasang

    ReplyDelete