Saturday, June 9, 2012

Review 25 : DIY Wedding Gift Table

Hi dan As Salam

Project purple seterusnya ialah mewujudkan lokasi 
bagi tempat pengumpulan hadiah. Oleh kerana 
majlis saya diadakan di kawasan rumah, adalah 
sangat penting bagi saya mengadakan ruangan ini.


Pengalaman kenduri saudara mara yang lepas
membantu saya dalam idea ini. Biasanya saudara mara
kita yang mengambil hadiah akan letakkan di mana -
mana sahaja lebih - lebih lagi waktu itu sangat sibuk.
Malah ada tetamu yang tercari - cari di mana mereka
hendak letakkan hadiah atau barangan yang mereka
bawa. Saya pun pernah mengalami situasi ini.


Jikalau anda mahu lebih idea untuk wedding gift table
ini, anda taip sahaja di google, Insya Allah anda akan
dapat lihat banyak idea dan sudut ini biasanya dipraktikkan
di pelbagai majlis dan tentulah termasuk majlis kahwin.


Dekorasi untuk wedding gift table saya sangat simple.
Hanya perlukan kertas doily, kain alas meja, 2 meja 
panjang, tali rafia, penyepit baju dan bunting, siap !
Perkataan 'thank you' itu saya tujukan kepada semua
yang telah memberi kami pelbagai hadiah.{entry ini}
terima kasih sangat - sangat. Syukran Jazilan.


Semoga ia memberi inspirasi kepada anda juga !

5 comments:

  1. menarik! selalu nye ini yg paling di lupekan..huhu..

    ReplyDelete
  2. saya suke sgt2 baca blog u.. sume entry yg membina n byk mbantu sy utk psiapan my wedding!thanks a lot dear..^_^ may u have a blissful marriage life =)

    ReplyDelete
  3. ana : tak dilupakan cuma xsempat kot hehe :)

    erin : pepun erin dah selamat, cantik lak tu hehe :)

    ribena : thank you for reading. keep support us ye !

    ecad : thank you dear :)

    ReplyDelete
  4. ni yg tercari2..mmg terpk nk buat utk meja letak hadiah sbb nnt comfirm2 family xsempat nk simpan kan dlm blik..

    ReplyDelete