Friday, June 8, 2012

Review 24 : DIY Wedding Signage

Hi dan As Salam 

entry kali ini berkaitan dengan angan - angan saya
sebelum ini { entry ini }. hehe okey suka sebab
berangan kali ini jadi kenyataan pula =) hehe.

Saya tidak guna kayu, saya guna kertas kadboard je.
gunting dari kotak terpakai. kira recycle. jimat kan.
Terima kasih buat adik saya yang tolong pasangkan ia :)


Bahan - bahan untuk membuat paper wedding signage :
a) Kotak yang dah tak digunakan. Lagi tebal lagi besh.
b) Gunting, pembaris, pensil, marker (alat tulis)
c) Batang kayu ( yang untuk bungga manggar tu )
d) Thumbtack, tukul, pisau.

Langkah 1 : Ceraikan kadboard ( kotak )
Ceraikan kadboard kotak menggunakan gunting atau pisau.
Kemudian lukis pada setiap potongan yang telah dibentuk.
Terpulang pada anda untuk lukis rekabentuknya. Kemudian,
gunting mengikut corak yang tetah ditetapkan, macam saya
corak mudah sahaja, corak anak panah.


Langkah 2 : Tuliskan dengan marker 
Asalnya saya nak guna dakwat printer tapi tidak jadi. Saya
gunakan marker sahaja, mudah dan jimat. Tulis besar - besar
dan higlightkan keliling kadboard tu supaya kemas.



Langkah 3 : Lekatkan di batang kayu dan dirikan
Saya minta adik saya tolong lekatkan sebab masa ni
saya tengah dimakeup. nasib baik sepupu ingatkan, kalo
tak terperam je la. Lagipun lelaki bab ketuk2 ni mudah
sahaja. Saya tak pasang awal sebab risau hujan. Jadi
pagi majlis tu baru pasang. Ketuk thumbtack dengan tukul
pada kadboard tersebut kemudian dirikan. Siap !


total keseluruhan ? kayu tu jer kot beli kat cowboy melaka
RM 2.99 xsilap. yang lain tiada kos hehe. jimat kan !

jadi sebelum buang kotak tu, fikirkan kegunaanya :)

6 comments:

  1. sis..ni link kedai borong kawasan kedah..north

    http://mizashoppe.blogspot.com/2012/06/kedai-borong.html

    ReplyDelete
  2. super like nora!
    mmg jimat..pandai nora ni berjimat hehe

    ReplyDelete
  3. ish..ish..ish.. kreatip la.
    cik mira macam teringin jugak nak buat macam tuh. dok pikiaq kat mana nak cari kayu-kayan.
    rupa-rupanya boleh guna kotak ja.
    nice!!!!!
    =) thank you for sharing

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing...i dpt 1 lagi idea=)

    ReplyDelete
  5. kaklong : terima kasih, kaklong pun sama :)

    mizashoppe : thank you dear, harap ia membantu b2b lain :)

    mas : eh awak pun !! inspirasi saya juga :)

    cik mira : sharing is caring, jangan lupa buat ye :)

    nurul : silakan :)

    yana : thank you dear :)

    ReplyDelete