Tuesday, February 7, 2012

Review 12 : DIY Bunga Pahar Daun Getah

Hi kawan - kawan, kali ini saya nak review pasal bunga
pahar berunsurkan daun getah. Firstly thank you to my
lovely mother sebab banyak bagi tips dan merupakan orang
kuat dalam menjayakan 'project purple' saya ini. sayang ibu !!

Antara bahan - bahan yang digunakan dalam membuat
bunga pahar daun getah ini ialah :

- daun getah kering kemudian diwarnakan
- batang cucuk satay
- benang jahit
-pelilit bunga (pink dan peach)
-sarung telur
- tali lilit sarung telur
- dawai bunga nombor 28.
- bunga kristal kecil
-riben peach
-bekas bunga pahar


Step 1 : keringkan daun getah dan gubahkan menjadi bunga

Oleh kerana ibu saya bekerja dengan RISDA, maka tidaklah
susah untuk mendapatkan daun getah yang dikeringkan. Namun
kami keringkan sekali lagi daun getah di bawah panas cahaya
untuk matahari untuk memastikan ia benar - benar kering.
Untuk maklumat lanjut tentang pengeringan daun getah, anda
boleh rujuk di { entry SINI } dan { entry SINI }. Setelah kering
barulah daun getah tersebut digubah menjadi bunga dan diikat
menggunakan benang untuk memastikan ia kemas.


Step 2 : Warnakan gubahan bunga tersebut dan keringkan

Gubahan bunga daun getah ini sesuai diwarnakan menggunakan
penyembur namun jika kuantitinya tidak banyak, boleh sahaja
menggunakan berus dan water colour. Hati - hati ketika mewarna.
Selepas siap diwarnakan, keringkan sekali lagi gubahan daun getah
tersebut sehingga betul - betul kering dan tidak melekit.
Warna tersebut akan 'naik'. Bunga pahar kami, kawan ibu
yang warnakan. Terima kasih auntie !

 Step 3 : Buat Daun Menggunakan Riben

Oleh kerana tema warna majlis saya purple pink dan peach, makan kami
gunakan riben peach untuk dijadikan daun. jimat, mudah dan mudah. Tak
perlu beli daun artificial hehe. Lengkungkan riben untuk membentuk ia
menjadi daun dan lilitkan dengan dawai bunga.


Step 4 : Gabungkan riben daun, bunga getah beserta batang

Kemudian gabungkan bunga getah, daun reben dan sarung bunga
telur dengan batang cucuk satay tu hehe (tak ingat panggil apa).
Gunakan pelilit bunga, kami gunakan warna peach. Letakkan juga 
hiasan bunga kristal sebagai penyeri. Auta ia untuk lebih menarik.




Step 5 :  Masukkan telur dan letak di bekas pahar.

Lastly, bila semuanya dah ok. Masukkan telur, kami gunakan
telur pindang dan letakkan di bekas pahar.


Alhamdullilah, warnanya selari dengan warna yang digunakan
di pelamin nikah mahupun sanding. Hasilnya :



Last not least, saya suka bunga pahar majlis saya hehe :D

22 comments:

  1. die tak pecah ekkk kak nora? sebab die nampak cam rapuh...huhu..ke die senang jer bentuk?

    ReplyDelete
  2. cantik la... combination kaler pun penting kan? warna bunga kak nora mmg naik.. hehe

    ReplyDelete
  3. cantik... hehe.. mcm mkcik i pun rajin buat kraft daun getah ni..

    ReplyDelete
  4. saya pun suka bunga pahar di majlis anda!!! *tetiba*

    ReplyDelete
  5. nora, sangat cantikkk..pandainya bentukkan daun2 tu jadi bunga..mas rasa macam susah je nak buat huhu..

    ReplyDelete
  6. Sesangat rajinnnn....hehe n very classy ade gune sumber tradisional aka daun getah.. :-)

    ReplyDelete
  7. cantik giler babe~~ berdarah seni betul laa~~

    ReplyDelete
  8. cantik, kreatif n yg pling penting, rajin..
    hehehe..

    ReplyDelete
  9. cantik dan kreatif perlu kesabaran yang tinggi ni :P

    ReplyDelete
  10. sme la...bru nk tanye cm miza...x senang terkoyak ke gne daun getah?

    ReplyDelete
  11. errah : thank you dear !

    just me : warna memainkan peranan yang penting dear, remember that !

    nana : thank you dear !

    maera : ruginya ko xde haritu :(

    mrs chenta : yeke, beshnya !!

    cikpia : comel ! hehe terima kasih !
    masmona : ibu nora lg terer dear !

    intan : hehehe getah dan keluarga mmg xleh dipisahkan. mengalir dalam kerjaya ibu :)

    waty : terima kasih dear !

    nasya : rajin adalah tonggak segalanya tp saya da juga malasnya hehe

    cik gold : setuju dear !

    imirdza&syuhaidah : thank you dear. daun ni ada ketebalan berbeza dear. mudah koyak tp tak semuanya mudah koyak. senang dilentur juga :)

    ReplyDelete
  12. kreatifnya kak nora! cantik lah! jijah pon sukakannya!

    ReplyDelete
  13. sukaaa...cantik nya pink pepel....

    ReplyDelete
  14. saya pun suka bunga pahar Nora. cantikk!! rajin betul diy. maybe lps kawen ni boleh teruskan buat bisnes sambilan pulak yer. hehe.. ;-))

    ReplyDelete
  15. erm....mak saya salah sorang pengusaha kraf bunga daun getah nie..kalau kenduri dalam family memang wajib ada bunga daun getah..mak nora risda mana...ntah2 kenal dengan mak saya..mak saya dr pendang

    ReplyDelete
  16. Ape nme penyembur untuk bunga daun gtah erk

    ReplyDelete
  17. Ape nme penyembur untuk bunga daun gtah erk

    ReplyDelete