Heeya. hepi weekend =)
Lagi 3 minggu nak cuti sekolah
tapi keje banyak. huaaaa 
cepatla cuti supaya dapat berblogging puas2 
hehe, k b2b out there, nanti cuti sekolah dah 
stat, saya nak khatam baca blog anda semua dari
mula ek.seyes. =p nak gain byk knowledge ni =)

okey, saya tersasul lagi. hehe truely saya nak tanya
pendapat rakan-rakan b2b sekalian, jika ada yang sudi
bagila pendapat dan pilihan ek.

saya sekarang sedang membuat pilihan mencari rumah
yang bakal diduduki oleh saya dan suami nanti. 
Buat masa sekarang (maybe 3 tahun) saya dan suami
tak dapat bertukar ke tempat yang sama
sebab pertukaran mengambil masa yang lama,
maka 2 situasi di bawah sedang dalam pertimbangan. 
Anda sokong yang mana ek?

SITUASI 1 :
Kami mencari rumah di Tampin di mana saya berkerja di situ,
manakala suami pula akan berulang alik pada hujung minggu sahaja 
memandangkan dia bekerja di Kuala Lumpur, 
pada hari bekerja dia menyewa di KL. Kalo hari - hari ulang alik
Tampin - KL, rasanya agak jauh dan mesti dia penat,
so baik weekend sahaja
Bila dah dapat tukar, baru duduk sama.

SITUASI 2 :
Kami mencari rumah di Senawang.
Saya berulang alik Senawang-Tampin,
suami pula berulang alik Senawang - Kuala Lumpur.
Destinasi saya setengah jam, manakala suami pula satu jam. 
Pastinya ikut highway la mudah. Highway Lekas
dan PLUS la gayanya. Kalo cari rumah di Senawang,
rasanya kami boleh tinggal bersama.
Xperlu la kot weekend.

Buat masa sekarang saya tinggal di Tampin,
tapi bulan 12 ni kena kuar cari rumah lain.
Jadi saya masih pikir mencari rumah di Tampin atau
terus mencari rumah di senawang.
Kalo anda, mana yang anda pilih ek?

Kalo ada nasihat yang lebih baik, bagitahula saya ye =)

*********************************************
anaztasia :  nak cari awal atau kemudian. hurm =p