Sunday, January 6, 2013

Our Travelog : Pulau Pinang

Hi dan As Salam

Salah satu rezeki atau peluang yang ada apabila
kami sudah bergelar suami isteri ialah si isteri dapat
mengikuti suami berkursus (sekiranya dibenarkan).

Alhamdullilah, saya berpeluang mengikuti suami berkursus
di Pulau Pinang dan paling best tidak perlu mengeluarkan duit !
Cuma pada awalnya rasa kekok untuk bergaul dengan
rakan sepejabatnya namun lama - lama semuanya mesra :)

Kami bertolak dari Kuala Lumpur menaiki bas jabatan.
Apabila sampai di Jambatan Pulau Pinang, keadaan agak
'jem' seketika, namun segalanya lancar dan kami dibawa

Bilik di hotel ini tidaklah luas tetapi selesa di diami.
Makanannya pun enak ( mungkin sebab free kot haha )
Paling best, kami dapat bilik menghadap laut !
Lokasi tempat makan hotel ni pun best sebab menghadap
laut, jadi sambil makan boleh rasa sepoi - sepoi angin.



Cuma, bila suami sedang berkursus di dewan hotel, saya
hanya pusing - pusing sekitar hotel atau melayari internet
sahaja. Diselang - seli dengan menjamu selera di kafeteria.
Waktu petang pula kami bersiar - siar di pantai 
memandangkan hotel ni menghadap laut.


Kami menginap di sini 3 hari 2 malam. Pada malam kedua
pula adalah aktiviti bebas, jadi kami berkesempatan ke
Batu Feringgi Night Market. Memang happening, ada 
bermacam - macam barangan dijual. Mula la rambang mata
tapi kena pandai tawar menawar, barulah berbaloi untuk dibeli.



Tidak banyak tempat yang saya lawati memandangkan
ini adalah urusan suami. In Sha Allah jika ada kesempatan lagi,
mahu kembara ke Pulau Pinang lagi bersama suami :)

18 comments:

  1. waaa.. biasa gi penang lawat shopping mall je.. tapi penah sampai ke butterfly farm dia n naik keta kabel ke bukit bendera.. tengs nora gitau ada night market kat batu feringgi.. ehehe, nak g la nanti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe pergi waktu malam key.. dan sediakan duit bebanyak hehe :)

      Delete
  2. welcome to my hometown, kat batu feringgi mlm2 mmg best ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tmpt awak ek. hehe aah nampak happening waktu malam :)

      Delete
  3. lama tak pg penang. nk repeat jalan jalan carik makan sume :D

    ReplyDelete
  4. sis...xbg taw,klu x ika leh bw jln2 :)

    ReplyDelete
  5. bestnya...rezeki la tu, leh jalan2 ats urusan kerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah, tapi nora mmg suka menyibuk kat keje suami haha

      Delete
  6. Assalamualaikum kak nora! bestnya ikut suami pergi kursus! kesian akak jalan sorang ye. hehe :)

    ReplyDelete
  7. Salam Nora..
    yes akak sangat setuju, bila suami berkursus.. kite boleh tumpang dua kaki..

    p/s : kalau suami ke Langkawi, Nora ikut jugak tau. nnti bole kite dating bersama (^_~)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... oh akak dok langkawi ek. okeh. beres !

      Delete
  8. salam nora,
    amoiiiii...honeymoon ea ;) lame tak jumpe ko.ada kelapangan kontek ar aku deh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. ehhe lama kan xjumpa ko. okeh ada kelapangan nanti aku kontek :)

      Delete
  9. ooo.. so tak try laa nasi kandaq beratuq yer? hehe...

    ReplyDelete