Tuesday, October 9, 2012

Rentetan Suprise Untuk Husband

Hi dan As Salam

Semoga kalian sihat - sihat sahaja. Pejam celik pejam celik kejap 
sahaja masa berlalu. Rasa dah lama betul tidak update.Bila tengok 
jumlah ringgit di 'nuffang' terus meningkat, tambahan pula sokongan 
dan komen - komen kalian, rasa bersalah sungguh.Maaf  yea, 
mungkin kesibukan kerja di hujung tahun membataskan waktu namun 
jangan risau, Insya Allah ada masa, jejari pasti menari di sini :)

 ehemmm...

Our first annivesary dah makin dekat, baru ingat nak planning something 
tapi husband dah bagi 'warning', kali ni dia nak plan. Haha, saya memang 
dah terbiasa mem'plan' something. rasa kekok bila tak boleh 
nak plan itu ini. Ada kala saya korek2 juga rahsia dia tapi susahnyaaaa :(

Oh ya, saya ingin berkongsi tentang planning saya untuk membuat
kejutan semasa birthday husband saya, april yang lepas. {entry ini}.

Oleh kerana birthday husband jatuh pada hari bekerja, saya terus
apply cuti kepada majikan saya seminggu awal. takut last minute
tak lepas pula. Alhamdullilah. Diluluskan. 2 minggu sebelum birthday
suami, saya cari nombor talifon rakan baiknya sewaktu beliau sedang
tido. Siap set jam secara sembunyi sebab nak bangun pukul 3 pagi hehe.
Saya cari nombor rakannya yang selalu berjumpa dengan beliau.
(tips : selalu la borak-borak dengan husband dengan siapa dia selalu
jumpa dan apa aktiviti yang dilakukan, maklumlah kami masih PJJ).

1 minggu sebelum tarikh lahir dia, saya dah sambut secara terangan means
saya wish birthday dia, masak special untuk dia dan bagitau betapa
sedihnya saya kerana birthday pertama beliau sebagai suami, kami berjauhan.
Boleh dikatakan pelakon terbaik la hehe, memang kena minta maaf nanti :P

Saya menghubungi rakan beliau dan terangkan planning saya. Alhamdullilah
rakannya ingin membantu. Dia war-warkan pada rakan yang lain. Lagi mudah
kerja saya. Bila dah sepakat, terus saya booking hotel untuk bermalam.
Alhamdullilah, guna laman sesawang agoda.com. Mudah, selamat dan murah.
Bila saya dah selamat booking, terus saya survey restaurant yang berdekatan.
Paling dekat dengan hotel yang saya booking (Seri Pacific Hotel) adalah
the Mall. Jadi saya conformkan semula dengan rakannya, kejutan akan
dibuat di Restaurant Pizza Hut. Dorang pun setuju, mudah lagi urusan saya.

Sehari sebelum birthday husband, petang itu selepas habis waktu kerja
terus saya bertolak ke Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa 2 jam.
Sebelum bertolak pastikan segala barangan yang ingin dibawa ada.
Paling saya takkan lupa, suami saya tetiba telefon semasa saya sedang keluar
dari tol bertanyakan saya sedang buat apa. Saya jawab selamba, saya di
tempat kerja. Okey nasib highway tiada bunyi bising dan muzik dimatikan :P.

Saya sampai di hotel pukul 5 lebih, terus tunjuk surat booking.
Oh ya, masa saya booking di agoda.com, memang club room tengah
ada promosi 50% diskaun. Murah.Sampai sahaja saya disambut  
oleh staff dan dibawa ke bilik yang ditempah. Wah memang best.
Kawan suami telefon dan bertanyakan keadaan terkini. Saya bagitau
mereka, planning tetap on, selepas waktu isyak. Mereka kata tiada masalah.

Dalam pukul 8, kawan suami telefon katanya suami saya tidak balik
lagi kerana ada kerja di pejabat. Aduss saya terpana kejap. Kami
berbincang. Bila ingat balik, macam - macam idea diutarakan :).
Finally, saya kata planning tetap on, cuma ditukar kepada pukul 9 malam.
Saya buat - buat telefon suami bertanyakan keadaan beliau. Rupanya
beliau OT malam tersebut. Kami berpecah dua, sebahagian pergi ke
pejabat beliau dengan alasan mahu memohon pertolongan, sebahagian
lagi berkumpul di Pizza Hut dengan saya. Saya order dan minta kawasan
khas dengan team pizza hut. Kami dah jadi dua pasukan hehe.

Pukul 9 mereka masih tidak muncul. Nak talifon takut kantoi. Dalam
pukul 9.15, pasukan satu mesej bagitahu suami saya percaya dengan
alasan mahu memohon pertolongan tetapi gayanya macam curiga. Saya 
kata ikut sahaja rentak dia. Akhirnya dalam pukul 9.40 mereka mesej
bagitau mereka sudah bertolak. Nasib pizza tutup pukul 11.00, fuh :D

Sebaik sahaja suami buka pintu restaurant dan nampak saya, rasanya
satu restoran tu dengar jeritan beliau, Hah !. Muka dia saya tengok
macam terpinar-pinar. Siap gosok mata 2 kali. Haha tak mungkin saya
lupakan saat tu. Dia pergi dekat saya dengan baju kerjanya itu, sambil
mulut tak henti - henti bertanya tentang perjalanan saya ke sana. Dia
tidak tahu saya sudah booking hotel jadi dia suruh makan cepat2,
katanya esok saya kerja. Dia mahu hantar saya balik dan dia kembali
semula ke sana. Saya senyum jela dengar bebelan dia kan hehe :D




So, kami nyanyikan lagu hepi besday dan potong kek kecil. Makan
dan borak - borak sesama rakan. Simple tapi mesra. Tak tahan
bila saya paksa beliau pakai topi, habis digelakkan rakan - rakannya.
Kemudian, suami mengajak saya pulang. Saya kata saya parking kete
di parking PWTC. Setelah selesai semua, saya mengucapkan terima
kasih kepada rakan - rakannya atas kerjasama mereka dan kami
berjalan menuju ke parking kete. Bila kami sampai depan hotel, saya
tutup mata beliau dengan kain dan guide ke kamar hotel kami.



Suami sempat tanya, "aih nak ke parking pun naik lift ke". Saya
kata ada suprise lagi. Dah sampai kamar hotel baru saya bukakan
ikatan dan nyanyikan sorang2 lagu hari lahir untuk beliau. Kekok ok :P.
Suami diam terkelu dan terus peluk saya, saya mohon maaf dan bagitau 
saya sudah ambil cuti. Malam tu juga beliau hubungi rakan sekerjanya 
untuk bagitau esok beliau masuk lewat ke office. Jahat kan saya. 


Tepat jam 12 malam, saya keluarkan hadiah pada suami :)
Then it was memories between of us. Chit chat n bla bla :P


Esok pagi, kami makan di VIP Lounge Club Room di mana saya
sudah tempah makanan pagi sekali dalam pakej yang dibeli.


muka suami ngantok sebab malam tadi borak ke pagi.

Alhamdullilah selesai semua, tengahari beliau masuk kerja
dan saya pulang semula ke tempat saya. Penat tapi saya suka.


Terima kasih Ya Allah kerana perkenankan perancangan saya.
Insya Allah, semoga hubungan kami berkekalan , Aamin :)

41 comments:

  1. Ala2...bestnyer sweet je.....bukan senng tu nk planning....

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. lagi seronok kalau dah duduk dekat dear hehe. thanks !

      Delete
  3. sgt sweet.. ada hikmahnya berjauhan.. semuanya rasa manis dan berbaloi.. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak nora! sweetnya. alhamdullilah plan akak berjaya! sheila doakan akak dan suami bahagia hingga ke syurga. Amin :)

    ReplyDelete
  5. sweetnya,besday suami 29/11 tp tktau nak buat pe..tarikh kawin 27/11 lak tu..working day oso

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo working day mmg kena plan betul2 dan tahu kerja beliau camne dear. baru senang nak plan :)

      Delete
  6. cutenyer nora!:) happy birthday husband nora :) n happy anniversary !:)

    ReplyDelete
  7. eee akhirnya entry yang ditunggu2 kuar juga, hehe
    so sweeet la kak, nasib baik plan menjadi kan
    saya pulak yg gabra while reading this entry
    takut ending macam spt saya nak!
    hahah hover gila :D

    btw happy birthday husband akak & happt first anniversary :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha u ada request kan hari tu. Hehe thank you dear !

      Delete
  8. Aaaa sweet sgt tau u. Untung husband u dpt u hee

    Tp kalau suami i dia dh ckp dia xnk celebrate ada kwn2 dia dia nak ada i je. Camne i nk plan dh gitu kan haha

    Btw happy birthday to your husband :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena suprise berdua je la nampaknya hehe. btw tq dear :)

      Delete
  9. sweetnyerrrrr.......kite tk pandaila nk bt suprise...pasni kena bljr ngn nora cara2 nk planning...hehehehe...semoga berkekalan hingga ke syurga...muuaaahhhhhh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nora pun xpandai sgt dear. hehe sharing is caring :)

      Delete
  10. nora!! lama tak update.. rindu la.. =) btw.. sweet sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori dear. bz skt dgn kerja hehe rindu dgn awak juga !

      Delete
  11. sweetnya nora... saya lak terharu cam nak nangis. tapi menarik idea ni... boleh pakai untuk besday hubby nanti. his besday + our first anniversary...

    ReplyDelete
  12. terharu baca...pandai u buat seprais..kagum..hehe..xsbr la nak buat seprais utk hubby jgk ;)

    ReplyDelete
  13. alahai.. terharu sungguh saya baca seprais ni. huhu.. nak buat jugaklah utk suami terchenta :)

    ReplyDelete
  14. aloloo sweenya...aku doakan kalian bahagia dunia akhirat. amin~~~ after many things u/ve been through, u deserve to be happy. =)

    ReplyDelete
  15. besshhnyer org da kawen kan..nway rmantik tul awk. great planning hee >_<

    ReplyDelete
  16. sweet sangat akak ni tauu..hehe!

    ReplyDelete