Monday, August 6, 2012

Review 57: Our Honeymoon

Hi dan As Salam

Alhamdullilah, setelah usai semua urusan kami memilih
Pulau Mabul-Sipadan-Kapalai sebagai lokasi kami berbulan madu. 
Antara tempat yang sangat - sangat mendamaikan di Malaysia. 
Hilang segala fikiran apabila menjejakkan kaki di sana :)

Kami mengambil pakej ke Sipadan Water Village di bawah
seliaan syarikat Ping Achorage Travel semasa matta fair tempohari.
Pakej meliputi pengangkutan pergi balik dari Tawau hingga ke SWV,
makan buffet selama 3 hari (pagi, petang,malam), penginapan dan
aktiviti snorkeling selama 2 hari. Bagi saya sangat berbaloi.


Kami berlepas ke Tawau menggunakan perkhidmatan Air Asia.
Asalnya saya ingin menggunakan MAS, namun fully booked.
Sedangkan harga untuk tarikh kami pergi tu, MAS lagi murah tau.
Moral of the story : Sila booking awal - awal jika tak mahu rugi :D.
Perjalanan kami bermula di Terminal Bersepadu Tasik Selatan (TBS)
di mana kami parking kereta di situ. Sehari RM 3.00, keselamatan 
dijamin dan lagi murah berbanding anda parking di parking park LCCT.
Dari TBS, kami menuju ke KL Sentral untuk menaiki bas ke LCCT.
Kami tidak menaiki ERL sebab waktu kami tiba di TBS adalah pada
jam 1 pagi. ERL dah tutup, jadi kami pilih untuk naik bas pada jam 3 pagi.
Harga bas dari KL ke LCCT ialah RM 8.00 sehala. Dalam 1 jam setengah
kami dah sampai di LCCT. Sementara menunggu waktu berlepas, kami
makan - makan dahulu, solat dan berjalan - jalan di dalam LCCT.


Pada jam 6.45 pagi, tetamu penerbangan ke Tawau dipanggil masuk.
Oleh kerana kami dah check in secara online, mudah sahaja melaluinya.
Alhamdullilah, flight tidak delay dan kami bertolak on time dalam pukul
7.30 pagi. Pukul 9.30 pagi kami dah tiba di Lapangan Terbang Tawau.
Sampai je di perkarangan lobi, saya dah ternampak nama kami dicatat
pada kertas yang sedang dipegang oleh seorang lelaki. Dia terus
membawa kami ke van yang disediakan bagi para tetamu SWV.



Kemudian kami menikmati permandangan sepanjang perjalanan
1 jam ke Sempoerna. Sampai di pekan Sempoerna kami dibawa
ke jeti, di mana boat pekerja SWV sudah siap sedia menunggu.
Beg - beg kami diangkut dan perjalanan dari jeti Sempoerna ke
SWV memakan selama 1 jam. Dalam boat saya memang diam
sahaja sebab sudah lama tidak berada di atas lautan, rasa gayat pula.





Setibanya kami SWV, kami disambut mesra oleh petugas, setiap seorang
mengucapkan selamat datang dan kami diberi tuala kecil yang basah
bagi dituam pada muka. Kemudian kami dipelawa terus untuk makan
tengahari sebelum di bawa ke bilik. Acara snorkeling boleh dibuat pada
petang terus dan juga pada keesokkan harinya, kami memilih waktu pagi.
Setiap hari ada dua kali untuk snorkeling atau diving. Namun untuk ke
pulau Sipadan ada had limitnya berbanding pulau Kapalai yang tiada limit.
Pulau Kapalai memang tiada daratan lansung sebab sudah ditenggalami air.
Bila tengok air jernih ingatkan cetek rupanya dalam juga. Seronok sangat
tengok pelbagai jenis ikan dan penyu berenang di hadapan mata kami sendiri.



Selain acara snorkeling dan diving, anda juga boleh menyertai acara
memancing dan berkayak di sekitar pulau Mabul ini. Namun acara
memancing ada bayarannya. Ikan yang dipancing akan dimasak oleh
tukang masak di SWV resort dan dihidangkan kepada pemancing.
Restoran SWV ini memang suasana kampung dan tetamu perlu
mencabut selipar untuk masuk. JJCM pun dah sampai sini :D






Masa yang ada disana juga kami gunakan untuk mengelilingi pulau Mabul.
Pulau ini kecil sahaja, hampir 1 jam untuk mengelilingi pulau tersebut
dan melihat penduduk di situ. Saya tidak galakkan anda berjalan sendirian
ye kerana ada satu dua kawasan anda akan diserbu kanak - kanak yang
meminta makanan atau duit, kadang - kadang sekumpulan yang datang.
Namun suasana di situ damai sahaja, ada juga kaum bajau laut yang
tinggal hanya di atas sampan. Makanan penduduk kampung jual memang
murah. Pisang bakar yang saya beli berharga RM 0.20 sen sahaja sebatang.


Di SWV juga ada menara pemerhati yang terletak di sebelah kanan SWV
di mana ada boleh melihat matahari terbenam dan juga terbit. SUBHANALLAH.
Kondisi atau keadaan di dalam resort juga selesa. Tiada televisyen dan aircond
di sini. Hanya menggunakan kipas dan angin semulajadi sahaja. Penduduk pulau
pula akan dicatukan elektrik pada jam 12.00 malam, memang nampak gelap di
pulau tersebut. Di bahagian belakang bilik kami disediakan tempat beristirehat.
Memang damai suasananya dan kami dilayan dengan baik dan mesra. Airnya
sangat jernih dan 2 kali kami nampak penyu berenang di situ dan juga nemo :D
p/s : suami tidak mahu gambar dalam bilik diupload, segan katanya haha.









Hari terakhir juga kami tetap dilayan mesra, Selepas check out dan makan,
gong dipalukan sebagai tanda kami sudah hendak pulang. Pekerja yang
ada mengiringi kami naik ke boat dan melambai tanda selamat tinggal.
Perasaan susah dijelaskan tapi layanan mereka memang tip top.



Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Sipadan Water Village,
bolehla melayari laman web ini : Sipadan Water Village Resort
Oh ya Pulau Sipadan tersenarai di ranking 77 bagi Wonder Of Nature.


Paling manis, kenangan kami di sana dicoretkan juga di dalam 
Kenangan Bulan Madu bagi Majalah Ratu Sehari edisi ke 16.


Sememangnya kami enjoy berdua-duaan di sana.
Insya Allah jika ada kesempatan, kami ingin ke sana lagi.

p/s : Matta Fair yang terdekat adalah pada bulan 9 ini yea :)

57 comments:

  1. ya Ampun seronoknya Pulau Mabul ni kak nora..teringinnya nak pegi sana.. InsyaAllah jika ada rezeki jijah ikut suami transfer sana nak juga merasa pegi PUlau Mabul ni.. cantiknya air laut dia..memukau pandangan!

    wah untungnya siap masuk dlm majalah lagi..tahniah kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dear. Insya Allah akak doakan jijah sampai jua ke sana okeh :)

      Delete
  2. Nora..klu x keberatan..berapa hrga pckage ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep.nora,nk tau hrga package jugak :)

      Delete
    2. hai baizura dan nuha, boleh bagi email awak? nanti nora sent dekat email. harga nora ni promotion masa matta fair so x fix tau dah boleh berubah :)

      Delete
    3. Nora, email kn dkt mila jgk boleh? Hrga package... Tq dear
      azmilakamil@gmail.com

      Delete
    4. Nora..email i, bear24ever@yahoo.com
      Nnt g matta fair bln 9 bole bajet hrga. Thanks nora

      Delete
    5. Ni email nuha. hayatihanisah@gmail.com
      Email nuha tau nora. Tqvm ;)

      Delete
    6. nora...emel kan kt sy jugak... nanako92@yahoo.com

      Delete
    7. salam sis nora. emailkn juga rate pakej ni. tq.
      nloven1502@gmail.com

      Delete
  3. Replies
    1. asal berdua pasti besh, tak lama lagi awak pula :)

      Delete
  4. seronoknyee kak..atie pun sgt3 ske pergi pulau2!!!!
    tp banyak pulau dah gi..best idea jgk nak g melancong ke sabah n sarawak nih!..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila. jangan lupa share tau nanti, leh akak plak pergi sbb sabah sarawak de mcm2 pulau :)

      Delete
  5. tenangnyeerr..ya allah tetiba rasa nk tukar lokasi honeymoon..mcm best je sipadan..xyah kuar duit nk shopping..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memamg setenang - tenangnya di sana. Masa nora pergi ada 2 keluarga melayu je kat sana. Yang lain omputih dan mmg tak payah pk pasal duit :)

      Delete
  6. part ni yg best ni..
    hahahhaaha..(gatai!)

    syoknye dapat pergi sabah.. banyak betul info kita dpt dari nora.. kat sana memang banyak pulau2 cantikkan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you dear sebab sudi baca. aah byk pulau tu nak pergi lain plak nanti hehe :)

      Delete
  7. sblum khwin, teringin nak pergi mabul n sipadan...
    tp last2, kitorang tak smpt g honeymoon pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe dear, lepas bersalin nanti boleh bawa baby pergi bercuti okeh :)

      Delete
  8. best2.. nk tuntut dgn encik suami lah honeymoon ke 2 nanti.. hihi.. :)

    suka lah tgk review wedding kt sini. izfa belum sempat cerita apa2 psl wedding.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan tak tuntut hehe :)xpe dear, sempat lagi wat review, sila2 :)

      Delete
  9. wow....menariknyer...seronok je tgok..masuk majalah lg..bertuahnyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah rezeki dear :) terima kasih :)

      Delete
  10. bestnya Sabah.. suka la tgk org honeymoon ni..lagi2 honeymoon dekat laut,pantai..bestnyaaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal berdua pasti besh kan dear, saya doakan nanti awak sampai ke sana juga tau :)

      Delete
  11. kena masuk dlm list ni.. tapi sedih laaa, skg relationship pun x mcm dlu :(

    ReplyDelete
  12. bestnya u. ni my dream place ok. bilala i dpt sampai. nanti kalau i pg i refer u eh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. i doakan u jejak kasi ke sana juga nanti yea. orait :)

      Delete
  13. bestnya...memang my dream nak honey moon dekat situ...mahal tak packagenya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. quite pricey tp berbaloi, bagi email nanti nora bg details price dear :)

      Delete
  14. jernihnya air laut kat sana..tak sama lansung macam air laut kat penang ni hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nora penah pegi penang. mmg tak sama dear hehe :)

      Delete
  15. Seronoknya!bila la dpt pegi tmpt cmni kalo dh ada anak nnt.hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunggu anak besar skit la dear kan. baby xsesuai bawa pi sini hehe :)

      Delete
  16. ada plan nak pergi sini jugak.. insyaALLAH.. cantik sangat kan nora..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, nora doakan okeh. Aamin. yes terlalu cantik. SubhanaAllah. ada video tapi segan nak share la. kami ntah apa2 hehe :)

      Delete
  17. seronoknya honeymoon!
    sheila masih tercari2 lagi mana port nak honeymoon..
    hee sheila takda idea. Minta panduan akak boleh? hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dear :) sebelum tentukan lokasi. pilih dulu nak darat ke laut ke pulau ke gunung, etc. then wat list then choose by bajet. gud luck !

      Delete
    2. hee thank you! dah decide nak g pantai..
      tapi hujung tahun kan musim tengkujuh. Oh payahnya nak jejalan :(
      Selain dari g pantai, mana best ye?

      Delete
    3. alamak kena jalan atas darat la dear. maybe bukit tinggi kot :)

      Delete
  18. seronoknya... kite pun tengah tunggu matta fair bulan 9 nak tgk package menarik. tapi skang airasia ada offer harga murah. dah berbelah bagi. huhuhuh.. kite nak tau harga package. boleh email ke war_aries@hotmail.com..
    Thanks nora..

    ReplyDelete
  19. salam boleh emel harge pakej x?
    mizwan7@yahoo.com
    lagi 1,parking kat tbs dijamin selamat eh? rm3/day tu parking dlm bangunan tu ke?

    ReplyDelete
  20. salam.. akk boleh tak share cmne nk p sne,, ok ke.. sbb saya plan pun nak p pualu mabul.. nnt email kat sy eh? syafinazsalleh@gmail.com.. thanks kak

    ReplyDelete
  21. salam... bleh tau harga package tu? mezie_yk@yahoo.com

    ReplyDelete
  22. salam... nak tau jgk price package tu? mezie_yk@yahoo.com

    ReplyDelete
  23. salam.. boleh bg harga pakej tu? emel freesoul274@yahoo.com

    ReplyDelete
  24. salam, boleh bagi harga pakej honeymoon tu? harbaza@gmail.com tq :)

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. salam boleh email kan harga pakej tu ke oren_pink@yahoo.com tq!

    ReplyDelete
  28. akak...nk taw bape pakej akak ambik ni. mntk tolong email.. irda_chicky@yahoo.com
    tq =)

    ReplyDelete