Thursday, August 2, 2012

Review 52: Pengapit (bridesmaid)

Hi dan As Salam

Pengapit sangat penting di majlis sang pengantin,
tugas dan peranannya sangat membantu dalam
melancarkan sesuatu majlis. Anda mungkin boleh
baca lebih lanjut tentang peranan pengapit di entry { Nanie }.

Asalnya saya mahu 5 kawan baik saya menjadi bridemaid
saya namun terpaksa dilupakan niat itu kerana mereka sukar
untuk datang awal dan sebagainya. Maka saya hanya
mempunyai seorang pengapit iaitu sepupu saya sendiri :)

Sepupu saya merupakan rakan baik saya sejak dari kecil 
tambahan pula kami satu - satunya sepupu yang membesar
bersama. Saya merupakan cucu pertama jadi sepupu
saya ni cucu ketiga selepas adik lelaki saya. Bayangkan
sekarang ini sepupu2 perempuan kami masih kecil belaka :D

Saya sangat berterima kasih dengan sepupu saya ini yang 
merupakan orang kuat dan memahami perjalanan majlis saya.
5 bulan awal sebelum majlis, beliau berulang alik setiap minggu
ke rumah saya untuk membantu, belum lagi dengan menemani
saya ke sana ke mari. Majority vendor saya pun sudah kenal
kerana beliau sering menemani saya menjalani appointment dsbnya.
Kami sama - sama berDIY, sama - sama menyental itu ini.

Coretan kenangan bersamanya tetap terpahat hingga kini.
Insya Allah bila tiba majlisnya nanti, saya pasti menepati janji :)













Thank you very much my lovely cousin @ dayana
We share joys and moments, forever. Insya Allah :)


14 comments:

  1. so sweet ;)
    hope ade jugak bridesmaid walaupun sorg ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah :) yup seorang pun jadila, yang penting kotmitmen :)

      Delete
  2. besarnya peranan seorang pengapit kan.. orang kedua di pandang selepas pengantin

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. apa2 info dia dapat dulu then pas kat kita :)

      Delete
  3. waaaa... takde pengapit lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum decide lagi ek? sempat lagi cari ni hehe :)

      Delete
  4. waa, sama r.. izfa punya pengapit pun cousin jugak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay give me five ! Insya Allah she will deliver the best :D

      Delete
  5. Thanks darl.. Nowonder ade review from your blog.. peranan pengapit mmg penting. Ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome ! mana yang baik kita sharing kan :)

      Delete
  6. truly! pengapit ni bestfriend masa kita kawin..
    Yang bole reduce our nervoustism. hahahha

    ReplyDelete