Wednesday, August 1, 2012

Review 50: Official Photographer 1 @ Ahmad Fairus

Hi dan As Salam

Hari ini saya ingin berkongsi tentang dua photographer
yang telah merakam saat - saat indah semasa majlis
pernikahan dan persandingan saya tempoh hari.

Official Photographer @ Photographer Pertama saya
ialah Ahmad Fairus Art @ Artistic. Lebih mudah dikenali
sebagai AF. Merupakan suami kepada owner RKM.

Saya mula kenal dengan AF semasa mengikuti perkembangan
blog saudari Zaila dan Atia. Jadi bila saya dah berkenan dengan
hasilnya, saya book setahun awal sebelum majlis. Kalau book
lambat - lambat, risau nanti tiada slot pula. Serius, photograper
jangan la kita booking lambat jika ada yang kita berkenan.

AF siapkan album saya dalam masa 2 bulan lebih, sangat berpuas
hati dengan album, siap dapat beg briefcase lagi. Lihat {entry ini}.
Bila saya dapat dvd gambar soft copy, terus saya check 
Alhamdullilah gambar para tetamu juga ada samada secara 
spontan atau tidak. Tentulah parents saya sangat hepi.

Review saya juga menjadi mudah kerana hampir kesemua detailing
majlis saya di'captured' dengan baik dan boleh dijadikan memori.
Semasa majlis pernikahan mereka seragam berpakaian hitam.
Semasa majlis saya, AF bawa seorang lagi rakannya untuk membantu.
AF mudah dibawa berbincang semasa majlis berlansung dan
pandai membawa dirinya. Tidak perlu menunggu suara kami.

Antara hasil tembakan AF di majlis saya boleh
lihat di link facebook ini : { majlis kerel & nora }.

Sekiranya berminat, bolehla melayari

Jom lihat ragam AF bekerja semasa majlis :D










tips : memang penat shoot seharian.
banyakkan minum air ye nanti :D

17 comments:

  1. sampai basah2 baju OP.. meriah ngan OP... plg penting nampak sinar kebahagiaan di muka.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. basah sebab kena hujan plus berpeluh lagi tambah shoot kami dalam air. kesian dia tp asal kotmitmen kan hehe :D

      p.s : orang kawen mestilah bahagia dear hehe

      Delete
    2. hehe, tapi ada je yang seri nya dah hilang.. almaklumla melayan orang smpai ke petang.. penat lagi..seronok tgk majlis nora..meriah dari A-Z.. walupun hanya dengan DIY..

      Delete
    3. maksud saya; tak perlu upah vendor mahal2, DIY pun terbukti superb!

      Delete
    4. terima kasih dear sebab suka majlis saya. majlis saya simple je sebenarnya. diy pun senang2. cuma saya memang lebihkan sedikit pada op dan ov. Insya Allah nora doakan majlis awak juga lancar okeh ! Ameeen :)

      Delete
  2. bestnya dapat OP yang femes..hehee pasti berbaloi2 kan tgk hasilnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah dear, kebetulan ada rezeki. tapi memang ikat perut la sepanjang preparation hehe :)

      Delete
  3. cantik2 gambar yang die amk..double thumbs up untuk AF & team..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. haip ! Tak lama dah kan? sila dera kuat2 hik3 :)

      Delete
  5. sheila rembat photographer last minute kak..
    sedih gila org yang sepatutnya jadi OP sheila tarik diri last minute.
    hampeh betul. nasib baik kawan sudi tlg.
    kalau tak, tangkap gambar guna phone jelah. harharhar

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke dear.sabar ek. Apapun yang penting segalanya berjalan dengan lancar kan. dah selamat pun :)

      Delete