Tuesday, July 17, 2012

Review 42: Wedding Dress

Hi dan As Salam

entry terdahulu bagi entry ini - klik {entry ini}


Bagi yang berbadan 'chubby' macam saya, mencari
baju untuk majlis kahwin adalah sedikit sukar. Saya
sudah mencuba pelbagai butik dan tidak jumpa yang
berkenan di hati. Tak tahula kenapa. Jadi saya ambik
keputusan untuk membuat baju baru sahaja agar lebih selesa.
Saya memang minat baju ala dress dan berkonsep moden.

Setelah berbincang dan bertanyakan pendapat rakan,
saya rasa badan berisi macam saya ini lebih sesuai
dengan cutting A-line. Nak tahu lebih lanjut boleh tanya Sarah :D

Pada asalnya saya mengambil pakej tempah sewa kemudian
saya tukar dengan membeli sepasang baju tersebut. Rasa sayang 
dekat baju tu hehe. Alhamdullilah baju itu siap seminggu sebelum 
majlis kami. Sebenarnya saya kurang berpuas hati dengan design 
manik pada bahagian dada baju tapi saya bersyukur  kerana tiada
masalah dari segi saiz, potongan, warna dan bahagian lain :)
Just enjoy the moments, its our big day rite !

 bahagian tengah

 bahagian dada dan leher cekak ceongsam

 'detailing' bahagian bawah

 bahagian lengan

keseluruhan baju

baju pengantin lelaki


Bagi mereka yang berbadan 'chubby' macam saya, 
jangan risau dengan diri anda, just enjoy the moment
and confident yourself. Pasangan kita terima seadanya kan :)



Sekiranya ada yang ingin mencuba dengan tailor
ini anda boleh pergi ke tingkat 2 di Tampin Square,
Nama kedai tu VP Fashion House, chinese guy.
Harga yang ditawarkan adalah sekali dengan baju lelaki.
saya ada sharekan maklumat di { entry ini }


Kalau ada bakal pengantin yang bersaiz XL atau XXL
dan ingin menyewa baju kami samada lelaki atau perempuan
bolehlah menghubungi kami di facebook atau melalui email.

****************************************************

note : Saya baru mendapat tahu tailor baju nikah saya dahulu
ada membuat hal, means bad review dengan pengantin lain.
Betul la kata orang, lain orang lain pengalaman. Bagaimanapun
saya tidak akan rekemenkan lagi kepada orang lain. Maaf ye dear :(

13 comments:

  1. walaupun nora chubby tapi cute :-), yg penting utk chubby bride...material, color & design of the weddingdress...tak perlu nak diet gila-gila semata2 nak kurus kerempeng, he surely love you no matter what size you are kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. setuju. tailor tu guna kain chiffon dan lg 1 tak ingat la dear . haha tp mmg selesa :)

      Delete
  2. Sara punya baju tak tahu apa cerita, sewa jer semua.. dah la sewa kat kampung...dekat-dekat nak kahwin baru boleh balik cuti n pergi fitting.. Harap-harap baik la semua..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah semuanya akan okey nanti dear. Gud luck tau !

      Delete
  3. Nora, suka!
    confident! confident! confident!
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, gud nisa. ingat pesan nora tau, always being confident. jangan lupa jemput nora nanti :)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Hai.. sayalah yg buad bad review pasal tailor tu.. hahaha..
    ekcelli hasil jahitan tailor tu tak lah teruk sgt tapi responsible dia pada customer tu yg teruk. Bayangkan masa fitting baju tu, gelebeh sana gelebeh sini. Pastu masa hari saya nak collect semua baju, tailor tu masih lagi terhegeh2 nak oter baju saya tu. Saya tunggu kat tempat dia kat dua jam kot semata-mata nak tunggu dia siapkan baju tu. sy dah tak boleh nak bagi dia peluang siapkan keesokan harinya sbb esok tu mmg saya nak balik kg sebab dah start cuti kawen. Pastu baju lelaki dia jahit kecik. dah laa hubby saya tu saiz XL. So tailor tu terpaksa laa ganti semula kain utk baju lelaki. huhuhu...

    Masa Nora nak dtg collect baju dari dia, baju Nora tu dah siap sepenuhnya lah yer? Huhu.. tu lah setiap bakal pengantin mesti akan menempuh pengalaman paling ngeri.. tak kiralah dari segi baju laa, pelamin laa, katering laa.. dugaan namanya..

    Owhh.. pastu Nora tau tak, disamping baju kawen, sy ada jugak hantar kain utk dia jahit baju kurung. Konon2 baju tu nak pakai utk lawat sedara mara laa.. tapi baju tu dia tak jahit langsung!! saya antar semua kain 1 Jan 2012.. tapi sampai awal bulan march 2012.. kain utk baju kurung langsung dia tak jahit,,siap missplace lagi kain tu dan baju kawen sy jahit last minute... huhuhu..

    Then.. masa sy kat tempat tailor tu, ada sorang customer ni dtg nk collect baju jugak, tiga pasang kot, salah satu baju tu utk kakak customer tu.. pastu customer tu tgk baju utk kakak dia..pastu customer tu conpius siap tanya lagi kat tailor "kak..betul ke ini ukuran baju utk kakak saya? kakak sy tu besar tp nampak baju ni jahit kecik jer.." hahaha... sy dengar pun dah cuak.. sy tak tunggu lama terus balik.. hahahaa..

    itu saja utk hari ini.. sekian terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear. itulah terkejut la dengar u citer ni. tapi bagus biar orang lain tahu kan.

      Masa nora dulu tiada masalah dear. baju nora siap 2 bulan sebelum majlis. termasuk baju pengantin lelaki.nora kan dok melaka so masa pi ambik dekat klang siap on the time je. datang jauh2 tak siap memang nora bakor je . geram plak dgr dia wat kat u macam tu.

      bila dengar mcm u cite ni. tak besh la kan. bila dah banyak rezeki tu jangan la tamak. patut jaga la reputasi , aish camne nak maju ni.

      btw. terima kasih sangat dedahkan dear. kalo tak sampai bila - bila nora tak tahu > thank you dear.

      Delete
  6. saya pun future bride yg sedikit chubby. hee. susah nk cari baju.. tp bila fikir balik, biar chubby janji sihat n confident, then everything will be just fine.. kan!? :)

    ReplyDelete
  7. nasib baik tailor sheila my mum sndri.
    she's very try hard nak buat utk anak perempuan dia ni.
    Tehee.. kak, dugaan cabaran masa nak kawin tu mmg banyak.
    Ya Allah, macam2. Alhamdullilah, dah selamat nikah ni. Ada suami yang supportive. Muahh :)

    ReplyDelete