Monday, July 9, 2012

Review 36: DIY Keychain

Hi dan As Salam :)

Salah satu barangan di dalam kotak doorgift saya
ialah keychain daun getah. Kenapa daun getah?
Sebenarnya ia idea ibu saya kerana pekerjaannya
sangat sinonim dengan daun getah. Ibu kata tak sahla
tetamu kalo datang tak dapat kraf daun getah. Jadi
selepas kami diy bunga pahar daun getah, kami 
gunakan lebihan daun getah yang sudah kering
untuk membuat keychain daun getah.

Bahan - bahan yang diperlukan ialah :
a) gelung rantai kunci
b) sticker rose ala romantika
c) daun getah kering
d) plastik dan mesin liminate
e) playar, penebuk lubang dan gunting.


Langkah 1 : Gunting stiker menjadi kecil
Kertas sticker bercorak bunga rose ala-ala romantika
itu dibeli di pasaraya cowboy. Kertas sticker itu bersaiz
A4, jadi kami gunting kecil mengikut bentuk - bentuk
bunga supaya mudah dilekatkan di atas daun getah nanti.


Langkah 2 : Lekatkan di atas daun getah
Kemudian sticker rose yang sudah digunting itu diletakkan
di atas daun yang sudah dipilih dan di masukkan secara
tersusun di dalam kertas liminate bersaiz A4 .


Langkah 3 : Liminate dan gunting mengikut bentuk
Daun - daun tersebut diliminate 2 kali kemudian 
digunting mengikut daun tersebut. Buat lubang
menggunakan penebuk lubang dan letakkan 
besi (saya kurang pasti namanya) mengikut lubang
tersebut menggunakan playar.



Langkah 4 : Masukkan rantai kunci
Setelah dikemaskan dengan playar, barulah
dimasukkan rantai kunci ke dalam lubang tersebut.
Kemaskan dan rapatkan ia menggunakan playar.
Nah, siap sudah rantai kunci daun getah yang simple.


rindu saat - saat membuat keychain ini sebab
seronok buat bersama ayah dan ibu. Saya tukang
gunting dan lekat stiker pada daun, ibu urus hal liminate dan
ayah pula gunakan playar bagi mengetatkan dan adik
memasukkan rantai kunci. Saat - saat saya masih single :(

okeh, nak ajak suami balik kampung ! rinduuuuuuuuuu ! :D

12 comments:

  1. wah...bestnya keychain nora...katne dpt daun getah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu nora dapatkan dari orang kampung dekat jerantut dear :)

      Delete
  2. Dulu masa kecit2 selalu jmp rangka daun getah tu.skrg da ssh nk jmp sbb sume pokok da tukar kelapa sawit.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa sawit lagi untung hasilnya dear. tp mmg skrg susah nak cari kraf daun getah dah :)

      Delete
  3. mak aihh..rajinnyee..
    atie buat bunga pahar 200 n hantaran serta doorgift pun dah sesak napas dah..T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. atie.. kalau takda sokongan keluarga maybe tak terlaksana juga kot hehe :)

      Delete
  4. salam Nora...kagum u ni banyak sungguh idea & kreatif. daun getah utk keychain murah, jimat & cantik jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm dear. terima kasih. aah mmg jimat. rantai kunci tu baru 0.25 satu :)

      Delete
  5. Salam nora,
    nak tanya..mana boleh dapat daun getah kering tu ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dapat dari mak. mak ambik dengan orang kampung. kalo betul2 nak.. boleh emel pada saya , nanti saya kontek dengan mak saya :)

      Delete
  6. lawanya! sheila suka idea keychain akak...

    ReplyDelete