Friday, July 6, 2012

Review 35: DIY Doorgift

Hi dan As Salam

Hari ini saya nak share tentang projek diy saya
yang paling mencabar iaitu doorgift. Bukan mencabar
untuk memasukkan gula dan bekas tetapi cabaran
tentang dekorasi bagi kotak tersebut. Bagi yang
mengikuti blog saya sebelum ini, saya ada menggunakan
keratan majalah sebagai teaser projek purple saya. {entry ini}.
Sebenarnya keratan majalah inilah yang digunakan untuk
menghiasi kotak doorgift saya di samping thank you tag yang ada.


Bahan - bahan yang digunakan bagi projek ini ialah :
a) keratan majalah yang sudah digunting zip zap
b) gunting gam, double tape dan tanda tq tags
c) bahan - bahan seperti gula-gula, bekas bercorak rose, keychain.etc
d) kotak doorgift - dipanggil chinese lunch box

 keratan majalah pengantin

proses menampal pada kotak doorgift

Masa mula - mula memang seronok buat tetapi lama 
- lama terasa juga lelah sebab nak lekatkan kertas mengambil
masa. Satu kotak menggunakan 2 keratan majalah.
Paling saya terharu ayah saya pun turut menolong.
Bila recycle rasa sangat jimat apabila kita recycle semula
keratan majalah berbanding membeli reben untuk 1500 kotak.
Saya hanya menggunakan keratan majalah daripada pelbagai
majalah pengantin lama. Doorgift saya sangat simple sebenarnya.
Untuk tetamu istimewa lain pula caranya, ibu saya sudah asingkan.

dan hasilnya seperti ini hehe :-

 bahagian tepi

bahagian atas

bahagian depan

model - model cun hehe

mak kata, walaupun sekecil mana pun nilainya,
yang penting keikhlasan dalam memberi :)

happy diy - ing !!

13 comments:

  1. wow....mcm susah je nk wat tu..tp hasilnya menakjubkan...rajinnya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah bab nak masuk celah kotak dan lekat dear sbb nak wat banyak kan. nasib berjaya juga. syukur :)

      Delete
  2. seriusly bile DIY doorgift nie perlu kesabaran kan, tapi bile dah siap puas hati!

    ReplyDelete
  3. sgt rajin dan sabar btul u nk ngadap benda ni bagusss :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dah mulakan dear, kena la habiskan hehe :D

      Delete
  4. Nora..nuha diy paper bag. X susah nk buat tp muak nk buat byk2. Btw nora sgt gigih okey :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nuha, rasa muak tu memang ada juga ! sob sob tp kena cekal la sbb dah mulakan hehe :P

      Delete
  5. plsss tell me where to get the box in kuantan..x jmp2..sad btol..dah hilang akal mane nk cr..aiyoyoyoy

    ReplyDelete
    Replies
    1. atie... ni nora kirim dengan put. dia beli di pulau pinang :)

      Delete
  6. olooo ye ke...sedey tau sebab x dpt2 cr kotak putih mcm ni..puas ronder 1 kuantan n JB..aaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete