Wednesday, December 21, 2011

Kedai Jual Doily Paper (Kertas Doily)


Hai, moga hari ini lebih baik dari hari sebelumnya. Insya Allah =)


Since ramai yang emel bertanyakan di mana mereka boleh
mencari 'doily paper' ataupun kertas doily, saya kongsikan
di sini yea, kalau ada sesapa yang nak tambah info, sangat dihargai :)

Definisi 'Doily Paper' mengikut The American Heritage® Dictionary
of the English Language, Fourth Edition
adalah seperti berikut :

1. A small ornamental mat, usually of lace or linen.
 2. A small table napkin.
 - a decorative mat of lace or lacelike paper, etc., laid on or under plates

Kalau dekat Malaysia ni, commonly doily paper digunakan sebagai alas
di dalam bekas kuih. Doilly paper mempunyai pelbagai bentuk, saiz, corak
dan warna. Namun di Malaysia yang dibiasa dijumpai adalah warna putih,
silver dan gold. Harga juga berbeza mengikut warna, saiz dan bentuk.

Sekarang trend menggunakan doily paper di dalam majlis perkahwinan
sangat meluas, tambahan pula ianya murah berbaloi dengan kuantitinya.
Malah anda boleh mengunakan doily sebagai asas kreativiti mendeko rumah :p
Jadi, sekiranya ada ingin membeli paper doily, anda boleh mencarinya di :

a) Pasaraya besar ( Giant, Tesco, Careffour, Jusco )
- Biasanya doily paper terletak di bahagian peralatan membuat 
bakeri. Selalunya ia terletak berdekatan dengan acuan
membuat kuih. Bentuk yang biasa dijumpai di pasaraya
adalah berbentuk bulat dan segi empat panjang.


b) Kedai Menjual Bahan - Bahan Membuat Kek
- Pastikan anda pergi ke kedai menjual bahan - bahan membuat
kek / bakeri yea, bukannya kedai yang menjual kek hehe.
Kedai sebegini adalah sumber utama apabila anda mencari
doily paper, kerana biasanya kedai sebegini memang ada.
Dekat Kuantan, ada 4 kedai menjual bahan membuat kek
dan empat kedai itu ada doily paper. Dekat kedai sebegini
biasanya doily paper adalah bewarna putih dan berbentuk bulat.
Harga pula adalah sekitar rm 3.00 ke rm 6.00 bergantung
kepada saiz, biasanya sepaket ada 250 keping.

p/s : biasanya lokasi femes mencari doily paper di sekitar KL adalah
di chow kit (jalan raja bot), taman melawati, puchong dan bangi.

Untuk kedai di Puchong, sila klik link ini  - QasehFariza

kedai bakeri yummie, bandar baru bangi

c) Kedai Menjual Barang Perkahwinan
- Doily Paper di kedai menjual barang perkahwinan biasanya
bersaiz besar dan bewarna gold serta silver. Quiet pricey
dan biasanya digunakan untuk hantaran. Bentuknya
bulat dan jarang ada saiz yang kecil. Kertasnya licin skit hehe.


d) Kedai 2 Ply, Klang, Selangor
-  Kedai ini special skit sebab ia ada menjual doily paper
bewarna biru, pink, hijau dan lain - lain. Namun last saya pergi
bulan sembilan haritu dah kehabisan stok. Tinggal warna putih
dan bentuk love sahaja. Tak tahula sekarang macam mana.
Kedai ni berdekatan dengan pasar besar Klang. Saya beruntung
masa bbf reunion, nadira jualkan saya warna biru dan pink.
Nanti saya share hasilnya masa review diy akan datang ye.


untuk ke kedai 2Ply Klang ini, sila klik ini -> Nadzpeanut

e) Blog Online
- saya ada jumpa satu blog yang jual doily paper online.
Sila klik link ini untuk maklumat lanjut ye : Jommkahwin


Saya harap ia dapat membantu anda mencari paper doily idaman 
anda. Jika ada sesapa yang ingin menambah info sangatla dialukan =)
Insya Allah sekitar kawasan anda pasti ada kedai menjual
bahan - bahan bakeri kan, mulakan di situ tau. hepi surfing !!

p/s : nak wat pengumuman skit, hehe saya pun akan menjual doily
paper nanti, Insya Allah starting 2012 ni hehe. stay tuned =)

31 comments:

  1. Yeay...nak jadi pembeli pertama boleh???

    salam perkenalan...
    http://contengcontengkahwin.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Yeayyyyy!!!
    akhirnya entry pasal doly paper nih kuar..!
    huhu..tgu sgt2..
    thanks 4 sharing....

    ReplyDelete
  3. anis : boleh hehe tapi saya stat jan 2012 dear. salam kenal =) hugs !!

    fariza : hehehe aah tp nora suka lg putih hehe

    cik enul : heeheh itulah, ramai yang tanya, special for u too ! =)

    ReplyDelete
  4. Nice post dear..

    Kalau dapat bg info detail dekat mana kedai2 area kl, puchong dll lg bagus..hehehe

    keep it up..

    ReplyDelete
  5. nora..sy mencarik doily paper yg kecik..hopefuly nora ada jual nant..

    ReplyDelete
  6. haaaa.... akak nak jual doily paper? wah best ni. tapi jangan mahal-mahal tau. hehehe. good info ni. thanks!! =)

    ReplyDelete
  7. kalo sape2 tau nak dpt kt mane kt penang leh infom sy oke..kalo kt shah alam pun oke jugak...tp kalo kt kl susah sket la nak g sbb xsuke la masuk kl..hehehe

    ReplyDelete
  8. tak sabar nk tggu doily paper jan 2012 ni! visit my blog too okeh! :)

    ReplyDelete
  9. Tq for sharing
    tp mcm susah je nak cari doily colorful..rata2 jumpa warna putih je ada :)

    ReplyDelete
  10. dah jmpe kat bagus marketing...stngah jam je dari umah..tapi kaler white =)

    ReplyDelete
  11. cepat la 2012!!! tak sabar nak tengok ur doily collections.....!!!

    ReplyDelete
  12. oke beli ngan nora je. kasi murah ya. makasih. :)

    ReplyDelete
  13. thanks!! info yg bagus sgt sbb sy mmg tgh cari doily paper! thanksss! :)

    ReplyDelete
  14. hai! info yg sgt2 best.. sbb mmg blur tatau mana jual doily paper ni.. thnks..

    ReplyDelete
  15. btl ke nora nk jual..x sabarnye..da try g kat ply klang tp dorang ckp bos dorang da xnk jual lg yg colorful..frust tau..

    ReplyDelete
  16. Kak Nora, buat kaler yang rainbow tau :)

    ReplyDelete
  17. wah..memang mencarik ini untuk di pakai tahun depan..;)

    ReplyDelete
  18. blurp : dear, saya put certan detail hope it can help u :)

    izayani : Insya Allah dear =)

    oshinz : murah2 je dont worry heehe

    rina : nora ada baca entry pasal beli doily di kedah, dekat darul aman rasanya :)

    pika : orait dear !

    ieja : warna memang susah dear huhu

    miey : warna putih commonly tp nora memang suka white !

    cikpia : koleksi saya biasa2 aje hehe

    sarah : hahha orait !

    ct, nasha : welcome dear !

    syu : yeke.. kira memang xde dah la tu sob sob sob, nora jual white dulu

    liya : sis jual white dulu dear :)

    amey : xde lagi wat masa ni dear :)

    may : silakan :)

    blog : heehe orait, Insya Allah

    ReplyDelete
  19. Luv ur entry.u mmg terbaik la nora.diy wedd.love love

    ReplyDelete
  20. saya baru dapat tahu kedai di kuala lumpur pun ada jual. blog ialah wakimpack.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. Tqtqtq. Penat search, at last jumpa...

    ReplyDelete
  22. Tqtqtq. Penat search, at last jumpa...

    ReplyDelete