Thursday, August 11, 2011

Draft kad kawen : Peta

Fuh, baru draf peta untuk letak dalam kad kahwin.
Nampak macam mudah tapi banyak kali juga padam :p

Erm, peta dalam kad kahwin sebenarnya memudahkan tetamu
untuk datang ke majlis perkahwinan kita. Saya maybe sedikit 
fobia dengan peta kad kahwin, sebab saya penah rasa sesat pusing
satu tempat tu 3 kali kerana saya tak jumpa jalan ke rumah kawan
saya tu. Nasib baik saya masih sempat hadiri majlis perkahwinannya,
itupun dengan bertanyakan orang tempatan, sebabnya peta kad itu
memang sukar untuk difahami, jalan terlalu banyak simpang tetapi
dalam peta terlalu sedikit, simbol pula sangatla tidak membantu.

Tips :  pastikan anda letakkan landmark, simbol atau bangunan
yang boleh membantu ke tempat anda, pastikan landmark atau
bangunan itu tidak terselindung, paling tidak pun famous di kalangan
orang tempatan. sekurangnya bila tetamu bertanya, " pakcik tahu
tak dekat mana bangunan JBA ni? " haa kan dah mudah tu :)

Selain itu, anda boleh letak kod GPS juga seperti entry kina ini
tetapi sayugia diingatkan, tidak semua tetamu mempunyai GPS,
jadi jangan ambik mudah tentang perjalanan tetamu ke majlis kita.
Terutama yang datang dari jauh. Tidaklah muka pun masam bila sesat.

Selain itu, ada bakal pengantin juga mengambil mudah membuat peta
dengan menggunakan google map. Sebelum menggunakan google map,
perhatikan betul - betul adakah map itu memang tepat (update) atau tidak.
Macam saya memang tidak boleh menggunakan google map sebab banyak
bangunan baru telah muncul di kawasan perumahan saya. 
Maka hand-written la jadinya. Harap kak Durra faham la hehe.

Last sekali, parents saya telah bersetuju dengan peta itu.
Pandangan orang tua haruslah diutamakan. Merekalah tulang belakang
utama majlis kita. Prinsip yang saya pegang dari dulu :)

Hehe, mari saya share lukisan peta comot saya.
korang faham tak? hahahaahah maaf jika tak faham :p

comotnya peta saya. ( ^ ~ )

***************************************
anaztasias : semoga tetamu datang dengan senyuman, pulang
pun dengan penuh senyuman. senyum seindah suria.. :P

11 comments:

  1. oleh sbb i pun org kuantan, makanya i fhm peta lokasi ke rumah u ni..hihi..jgn lupe jemput tau nora :P

    ReplyDelete
  2. ala...kte amik map jiran je. hahaha =p

    ReplyDelete
  3. WOW! detail giler peta tu..mmg x sesat punye la..hehe.. tp x crowded ke peta ni ts kad nanti? =)

    ReplyDelete
  4. sfarlina : Insya Allah, jemput datang ye dear !!

    kaseh : haha,map jiran saya tak lengkap :((

    cinderella : itulah saya kata comot ehehhe. xpe... harap vendor leh suggestkan yang terbaik :)

    ReplyDelete
  5. wah..teliti...penuh dgn landmark..bagus2..mesti kak durra ikut je peta tu dgn betul..kina punye peta kina lukis herot dekat kad pun jadi herot jugak..hee..

    ReplyDelete
  6. errrr i tak lukis pn peta ke apa.sbb i mls.so i bg adik i edit kad kawin jiran setaman.hihih.tp last2 i bg je map kad kawin jiran tu kat vendor.i tak fikir pn pasal koordinat GPS ke apa ;p serius.hikhik.takpelah dh lepas dh pn.hahah

    ReplyDelete
  7. yumie phm je sbb dh mmg tau jln tu.hehe..tp klu dr sudut pndgn org yg 1st time nk smpi situ,insyaallah dorg phm:)

    ReplyDelete
  8. wah detail la pete nora.. bgs..

    ReplyDelete
  9. hehehe...kalau honey soft ice cream tersesat jugak x taulah. kena mandi air bunga ni. dah nampak dah umah kat mana.

    ReplyDelete
  10. kina : yeke kina. xpe asal org faham. huhu Insya Allah hope so :)

    lisa : jiran nora punya xlengkap ehehhe

    yumie, fitria : terima kasih dear !!

    honey : haaa tahu dah kan. ehhehe tak sabar nak jumpa :)

    lida : jemput datang tahu ! ehehhe :)

    ReplyDelete