Sunday, May 22, 2011

Kursus Kahwin di Masjid Negara

Hai dan salam sejahtera semua =) Apa khabar
hujung minggu anda? Harap semuanya baik sahaja.

Alhamdullilah, saya berjaya menghadiri kursus kahwin hehe
( sabar je la kan.. mesti kamu semua dah pergi kursus kan )
Sepanjang dua hari menjalani kursus kahwin, banyak ilmu yang
saya pelajari, terus terang rasanya tidak cukup 2 hari sahaja
sementelah penceramahnya memang best ! sangat menyentuh hati.

hehe sempat lagi saya snap.

Bagi sesiapa yang belum pergi lagi kursus kahwin, saya sangat
men'recommended' kan tempat ini, kursus kahwin di Masjid Negara.
Kursus kahwin di sini diseliakan oleh Pusat Pembangunan Keluarga Islam
atau lebih dikenali dengan nama pendeknya, PPKI.


Penceramahnya best ! makanannya sedap, tempatnya selesa.
Parking sememangnya tiada masalah. mudah dan sentosa.
Asalnya saya sebenarnya ingin menjalani kursus kahwin di Putrajaya
namun saya berubah fikiran apabila Mr. Purple mengajak saya
menjalani kursus kahwin di Masjid Negara. Suasananya sungguh tenang.
Ya Allah, memang tenang berada di rumah Allah. Solat berjemaah
dan masa yang ada digunakan sebaiknya. Terasa cepat masa berlalu.

perasaan tenang di dalam rumah Allah. SUBHANAALLAH

Oh ya, apabila anda mendaftar kursus kahwin di sini, anda juga
akan menerima voucher istimewa, laku 2 bulan dari tarikh anda kursus.

ANTARA VOUCHER HADIAH PERKAHWINAN YANG
AKAN DIBERIKAN KEPADA PESERTA IALAH :-

1- RAWATAN WAJAH VITAMIN C (2 JAM)
Dr.Azimuth Bioherbal - VOUCHER BERNILAI RM128
2- RAWATAN RAMBUT / SPA RAMBUT
Dr.Azimuth Bioherbal- Voucher bernilai RM100.00
3- Terapi pelangsingan Dr. Azimuth Bioherbal
(wanita shj) - Voucher bernilai RM200
4- Rawatan Kecantikan Wajah - Soft Laser
voucher bernilai RM160
 voucher, katalog honeymoon dan buku dari Jakim edisi ke-2

 Untuk ketahui lebih lanjut, layari Laman Rasmi PPKI.

*******************************************
anaztasias : saya masih dalam proses menghabiskan bacaan buku
yang diberi oleh pihak Jakim hehe. :D selamat membaca :)

11 comments:

  1. waa..kusus kawin kat masjid negara..mesti best kan..nida ri tu, time kusus kawin, tempat tu best gak, dia ada bagi cabutan bertuah honeymoom n hamper..tp nida xlucky..huhu...

    ReplyDelete
  2. wah.. bestnye.. siap dpt buku ngn voucher lg

    ReplyDelete
  3. oh!Q tak pergi lagi kursus kahwin nie!!tak sempat2...first time dengar kursus kahwin dapt voucher!!2 in 1!!bestnyeR!

    ReplyDelete
  4. bez kan kat situ.. dulu saya pun ambik kursus kawin kat situ..

    ReplyDelete
  5. Hi nora..
    sy memang berhajat nk gi kursus kawen kat masjid negara...
    tapi nak survey dulu org yg dah pegi...
    bila nora kata ok & recommended, rs teruja plak nk gi kursus kat situ dis weekend :)

    ReplyDelete
  6. nida : beshnyaaaaaaaaaaaaaa dear. xpe pasti u ada rezeki lain nanti ye sayang :)

    aya : eh buku tu memg jakim bagi. aya tak dapat ke? :((

    zimie : pergi masa pelajar time ek. hehehe. xpe yg penting ilmu dapat :)

    q : xper, nanti ada masa pergi okeh :)

    nana : alamak belummmmmmmmm byk xsetel lagi hik3 :)

    fitria : really !! memg tepat pilihan saya hehe :)tapi sebenarnya saya sgt sukakan kedamaian hati di situ :)

    qaseh : laaaaa kalo tak leh jumpa kalo gi sama heheheheh. xpe2 selamat berkursus sayang ! :)

    ReplyDelete
  7. sy pun g sini juga.
    syok.
    ilmu meluas kan.
    rasa nk g lg. ha3

    ReplyDelete
  8. wahhh sy pun ngah cari tempat kursus kahwin...
    thx dear :)

    ReplyDelete
  9. oh wah..bestnyek..berapa je kos dia yang? siap ada voucher lagi..saya da buat kat Cheras da..x dapat pepun..hilang da info2 yg dia bagi masa ceramah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM 80 je dear :) bayaran sama seperti tempat lain :)

      Delete