Saturday, April 23, 2011

My Wed Progress : Already Booked

Alhamdullilah, boleh tarik sedikit nafas :)
mode : syukur Alhamdullilah.

A few things saya dah selamat booked.
lega. fuh, tinggal skit je lagi,
after that boleh tumpu pada - pada kerja DIY.
kesian pada cik doily saya yangg terbiar di sudut dinding :P
It 's almost 6 months to go !! waaa tatut. takut banyak
tak sempat buat :(( ... harap2 tak la :p

Soleminization :
Dais = KIV
Dress = KIV
MUA = Done
Catering = Done
Photographer = Done (OP 1)
Videographer = Done (OV 1)

Reception :
Dais = Done
MUA= Done
Dress = KIV
Meja Beradap = KIV
Catering = Done
Photographer = Done (OP 1)
Videographer = (OV 2)

Reception 2 :
Dais = ( KIV - his mom will do)
MUA =  KIV - his mom will do :(
Dress = KIV
Catering = KIV - his mom will do
Photographer = Done (OP 2)
Videographer = Done (OV 2)

Saya mendoakan semoga semuanya berjalan dengan baik dan saya
berharap pilihan saya dapat memberikan yang terbaik. Mulai bulan Mei ini,
saya tidak akan survey lagi apa - apa yang telah saya booked. Kalau tak,
hati pasti gundah gulana. Hehe, saya dah survey daripada tahun lepas lagi
dan April lalu, saya telah membuat keputusan dengan
beberapa pilihan yang saya suka.

Pada pendapat saya, sekiranya anda ada beberapa pilihan , anda boleh survey
sepuas- puasnya dan bandingkan. Jangan takut untuk bertanya tentang harga dan
perkhidmatan yang mereka boleh tawarkan. Percayalah anda sendiri akan terkejut
dengan apa yang mereka tawarkan. Ada sesetengah vendor, walaupun mereka
mungkin sudah terkenal, tapi sangatlah baik hati dan boleh mengikut bajet kita.

Misalnya photographer, anda banding hasil kerja dan harganya, berapa orang
yang cover untuk majlis anda, apa kah 'extra charge' yang dikenakan 
dan sebagainya. Begitu juga dengan OV, ada yang caj IK untuk 3 orang
cover event, ada yang caj IK utk 1 orang cover event. If butik pula,
apa yang mereka tawarkan. Adakalanya apabila kita berjumpa dengan
mereka dan berbincang lebih lanjut, harga akan berubah dari harga asal,
percayalah. saya mengalaminya.Sayugia juga diingatkan,
mahal tak semestinya terbaik dan murah tak sepertinya tak baik.
Saya lebih suka melihat hasil kerja dan PR mereka sebelum saya meneruskan
sesuatu perbincangan. Vendor yang baik dia tidak akan memaksa anda untuk
membuat bayaran serta merta. Mereka akan memberikan anda masa untuk berfikir.

Honestly, tidak semua benda saya nak, dapat. Sebab itu pentingnya anda mempunyai
beberapa pilihan. Maklumlah bila ada yang lebih dahulu booking, maka tarikh
kita minta sudah tidak available. So b2b out there, if anda betul - betul sudah
berkenan dan membuat keputusan, bookingla cepat sebelum ia full. Saya mempunyai
2 OV yang berbeza untuk majlis pernikahan dan resepsi saya kerana, tarikh saya
sudah full bagi OV 2 saya, maka saya terpaksa mencari OV 1 untuk cover another
event. Berkenaan OP pula, Alhamdullilah, beliau masih free, terus grab :P
Tarikh bertandang pun OP pilihan sudah full, maka digantikan dengan yang lain.

Yea, bila mahu booking, tentulah kena deposit wang kan. Ada vendor yang kenakan
30%, ada yang 10%, ada yang kata bank in kan sahaja RM 200 dan sebagainya.
Secara personally, saya suka bank in 30% kerana bakinya adalah dalam jumlah
yang kecil untuk dijelaskan. Ada juga vendor yang mengambil bayaran secara bulanan.
Insya Allah yang penting, kita boleh ngam dengan orang yang bekerjasama dengan kita.

Oh, apapun terpulang pada individu. Setiap orang ada pendapat masing- masing kan.
Tepuk dada, tanya selera, tepuk hati, tanya diri. Yang baik jadikan panduan, yang
buruk itu khilaf dari saya sendiri. Segala pendapat anda amat dialu-alukan.

Salam sayang, anaztasias nora aira :)

gambar first pre-wed saya :p malooo

14 comments:

  1. alhamdulillah byk da tu settle...cpt2 DIY, nk tgk :P

    ReplyDelete
  2. ohmaigosh!!napa ada smiley masam tp MUA bertandang nie??hehe

    chaiyok2!!

    ReplyDelete
  3. besh nye baca... rasa mcm bersemangat... sb dh booked then x nak yang lain dah.. haha.. oke thanx nora.. XOXO~!

    ReplyDelete
  4. dah byk setel..bagus2..alalala..comelnye nora! update psl pre wed secara penuh plak..

    ReplyDelete
  5. Best best byk dah yg jalan. Sokong sgt bab yg kena rajin survey & bertanya tu.

    ReplyDelete
  6. banyaknya yg dah settel... kenapa saya mcm tak buat apa apa pun lagi..?

    ReplyDelete
  7. nora suka bc ur punya entry yg ni..apapun liza doakan semuanya berjln dgn lancar..gud luck..n gud job nora

    ReplyDelete
  8. wah byk da setel, Alhamdulillah..org mcm xde wat pe pun lg :p

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. dah banyak setel ye... semoga semuanya berjalan lancar ye.

    ReplyDelete
  10. wa bestnyer dah bayak settle...
    mine 3 bulan lagi, banyak lum settle.... good luck dear...

    ReplyDelete
  11. wah2..bkal pengantin seiras...jodoh pjg...dear,i da wt n3 bout bear as a prep tau tuk u

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah... amy doakan semuanya berjalan dgn lancar yer. betul apa yg nora ckp kata atas tuh. tak semua yg mahal itu akan memuaskan hati kita. ;)

    ReplyDelete
  13. thanks korang hehehe... ****hugs****

    dba : masam ? hahaha sedih xdpt pilih sendiri :P

    ReplyDelete