Hi dan As Salam
I really fall in love with books. Saya boleh duduk
berjam - jam di dalam kedai buku. Pesta Buku PWTC
adalah salah satu pesta wajib yang saya pergi setiap tahun
berkali - kali dengan berlainan orang haha :P
Mencari - cari idea untuk sudut membaca di rumah?
Mungkin gambar di bawah boleh membantu.
Kalau saya, reading area plus workstation la gayanya.
Tiadanya nak membaca santai - santai haha :p
Jom, lihat - lihat idea reading area yang maybe praktikal :-
Tidak pasti penggunaan almari ini cukup ke tidak untuk
stok buku yang ada sekarang. Almari sekarang hampir
kepada bentuk ini. Maybe kena besar sedikit.
Sweet sangat ada sudut membaca macam ini. Cuma
satu, saya memang tak boleh duduk atas buku jadi
penggunaan ruang di bawah untuk stok buku tidak boleh
dipraktikkan. Kalau letak mainan, boleh konsider.
Gambar di atas sama komen dengan gambar sebelumnya.
Say 'NO' buku letak di bahagian bawah. Bagi saya
tak begitu selesa dan rasa tidak baik :)
Wah, seronoknya kalau dapat almari macam di atas. Tapi
perlukan bilik besar jika mahu almari seperti di atas. Berangan
sahajalah. Bilik yang ada pasti kecil :)
Susunan kiri dan kanan. Idea ini boleh direalisasikan cuma
bilik mungkin kelihatan sedikit sempit nanti :)
Idea macam gambar pertama tapi ruang untuk
buku lebih banyak. Yay, suka sangat :)
Pengunaan buku di sudut tepi. Biasanya bilik mesti
kena besar untuk idea sebegini. Ops, rasanya tidak
dapat memenuhi bilik yang kecil nanti :)
Teruskan mencari idea. Dari impian bermula harapan.
Keep survey ya books lover ! xoxo