Friday, April 29, 2011

Hai korang korang semua :D

Pameran Pengantin Malaysia kembali lagi.
Kali ini dengan edisi istimewa : Edisi Bajet.
Untuk kita - kita ajer hahahaah :p
"HARGA MAMPU MILIK" YANG BOLEH ANDA MILIKI
di PPM 6-8 MEI INI di SELAYANG MALL;
Tawaran Pakej dari Butik Pengantin : dari "SERENDAH" RM 5,000 ke bawah
Tawaran Pakej Fotografi : dari "SERENDAH" RM 1500 ke bawah
Tawaran Katering : dari "SERENDAH" RM 10 ke bawah (sekepala)
Tawaran Kad Kahwin : dari "SERENDAH" RM 0.35 ke bawah (sekeping)
sumber : facebook PPM
Pelbagai hadiah menarik juga boleh B2B yang dtg miliki dgn menjawab
soalan2 kuiz yang mudah2 antaranya;


a) 100pax pakej katering hari pertunangan yang ditaja oleh Asyiq's Bridal
b) 3 buah album (edisi terhad) yang ditaja oleh Haidar Rahman
c) Mini Pelamin yang ditaja oleh D'intan Collection
d) Sewaan sepasang baju songket bernilai RM 550 yang ditaja oleh Dina Halim
e) Dekorasi 5 dulang hantaran yang ditaja oleh Teratai Kencana 
f) 5 buah album yang ditaja oleh EddiePhotovideo


untuk maklumat lanjut, layari blog PPM =)

Korang pergi tak? Kalo pergi bagitahu ek :)
Jangan lupa PPM kali ini.

Tarikh : 6 - 8 Mei 2011
Lokasi : Selayang Mall
Waktu : 10.00 am - 10.00 pm

******************************************
anaztasias : korang cubala jawab kuiz hokey :p

Tuesday, April 26, 2011

Mode : sowa sowey good morning :p
Kain Baju Nikah
Alhamdulillah, weekend lepas dah selamat
membeli kain untuk baju nikah sekali dengan kain
baju nikah bakal suami, senang terus cari sekali. setel.
Firstly, nak ucapkan terima kasih kepada my mom
sebab ambik cuti untuk menemani anaknya ini 
membeli kain :D Sayang kamooooo ibu !!

Saya kagum dengan ibu saya, dia sanggup dua tiga kali pusing,
saya risau sebab tengok dia ada batuk- batuk. Saya sampai
cakap pada ibu, "Tak perlulah ulang alik, ibu pilih je mana yang ibu suka."
Definitly, yes kain saya adalah pilihan ibu saya, Saya tak memilih pun.
Mana yang dia suka, saya ikutkan sahaja. Cuma ibu mengikut
warna yang saya mahukan. win - win situation kan.
Ibu memang berulang alik beberapa kali kedai- kedai di Jalan Tar
sebab dia memang mahu membuat perbandingan.

Final result, ibu berkenaan dengan kain di Allinas dan Maya.
Saya risau juga kalo harga agak tinggi, tapi Alhamdullilah,
Ada promotion. Lagipun ibu saya pandai deal. Hehe.
Ibu saya memang sangat teliti pasal kain, sehingga akak kedai
pun puji ibu saya, saya dok diam tepi - tepi sambil mendengar.

Oleh kerana saya akan bernikah di waktu malam, ibu memilih
kain yang bersesuaian, dan ada campuran unggu dan putih.
Saya akan memakai warna putih cuma kain lace tu ada unsur2 keungguan.
Begitu juga dengan baju melayu lelaki, bewarna putih namun
akan disulam dengan warna unggu di sebahagian tempat.

 maaf, kurang jelas gmbar nya.

finally, part kain : done hehe. thanks maya :)

maaf, kamera kurang jelas. lampu oren plak tu.
tunggu review selepas majlis hokey !

Kain Baju Family
My mom decide rest of our family will be in gold colour sebab
kebanyakkan saudara mara akan memakai warna unggu, jadi taknaklah
sama =). Selepas membuat pelbagai pilihan, akhirnya my mom
memilih kain di Harisons, Jalan TAR, Kuala Lumpur.

 adik sedang mencuba kain.

my mom sedang meneliti kain.


Alhamdullilah, dah selesai sebahagian. Lepas ni akan turun 
lagi untuk mencari kain for majlis bertandang pula :) xoxo.

Hoooray ! nak lompat katak boleh heehe :p
Alhamdullilah, dah boleh strech satu benda.
Cincin bagi pihak lelaki untuk acara 
batal air sembahyang nanti dah ada . hehe :D

Saya belikan yang simple aje, cukupla manis
di mata saya dan dia pun suka.. cuma dahi dia berkerut
bila saya kata, " purple ek... " jahat kan.
Saya belikan cincin berbatukan warna unggu.

Oh, saya beli di Poh Kong Sogo, kebetulan ada sale.
Harga bermula dari rm 69 ke atas bagi cincin silver lelaki.
(untuk yang ada batu dan design skit, bermula 100 ke atasla)
Tahu tak, uncle kedai tu kata, ' ala suasa ni ada sedikit emas sahaja'
saya katalah.. ' ish xboleh, xboleh... tak mahu la uncle '
Saya rasa tak perlu la kompromi bila hati sendiri pun tidak pasti.
Lagipun dah banyak inform dan maklumat kita dapat kan :)

Uncle tu kata harga ni akan berkekalan hingga stok habis.
Bagi saya kira murah la sebab saya pernah survey di Alamanda
dan KLCC, bila compare rasanya murah lagi di Poh Kong ini.
Oh saya beli yang mana? Hehe kenala tunggu majlis saya nanti ye :P

 huaaa. tak sabar nak sarungkan. gatai kan :D

terima kasih Poh Kong hehehe :D

*********************************************
anaztasias : harap jarinya tidak membesar. aish tak kan la :p

Hello lovellies deares :D

SOGO sedang mengadakan summer sales
So sapa - sapa yang berpeluang sila pergi hokey.
Jualan memang besh cuma perlu bersesak dengan manusia lain
hehe.. btw dekat tengah tu memang sampao 5 May tapi
dekat tingkat - tingkat atas tu sampai 8 May if xsilap.

Harga memabg besh. beg tangan leh turun harga gilos :p
Saya mahu pergi weekend ni. if jumpa say cheese haha :D
(padahal dah pergi baru-baru ni tp penat survey je haha)



***********************************************
anaztasias : nak compare harga dengan sales di ECM juga weekend ni :p

Monday, April 25, 2011

Hai sweet lovelies :D

Rasanya tak terlewat lagi saya nak ucapkan kepada
yanie a.k.a the owner of  The Craft Portion kerana
memilih saya sebagai salah seorang pemenang giveaway beliau.

Sangatla soooka hokey, sebab hantar penyertaan pun last
minute..siap ingatkan yanie lagi nak anta lewat masa kenduri elya.
Btw... thanks yanie. moga terus sukses !!

B2B out there, please take a look to The Craft Portion.
Yanie punya work sangatla sweet and modern :p
Nak tahu lebih lanjut, layari FB The Craft Portion
or sila jengok - jengok di  Blog The Craft Portion.

Hepi exploring, peeps !!

 cantek kan :D

 very cheer..hepi colour :D

love it... corsarges sweet :D

************************************************
anaztasias : tak sabar tunggu turn saya untuk merasa hehe
thanks again, yanie !! weeeeeeeee~
not forget , tahniah untuk pemenang yang lain juga. gimme five ;D
Hi... got email from house of favor,
just wanna to share with u olls =)
maybe barangan more on chinese but
still ada yang sesuai for malay wedding.

Banyak lagi yang menarik, nak tahu
lebih lanjut... berkunjung ke sana yea.
Paling best tiada minimum order.. :p

*********************************************
House Of Favors will be having our 
Clearance Sale starting tomorrow 23 April till 1 May, 2011
You may purchase at our show room at Bandar Mahkota Cheras or 
at our online store at www.house-of-favors.com. Please note that many items are on
sale at our shop but those items are not posted on our website, especially
Traditional Chinese Wedding items.Please share this great news with your friends,
colleagues or anyone that you know are getting married soon.

Below are some of the items on sale:
Wedding Dolls- 20% off
        Wedding Ring Pillow - 30% off
       Wedding Guest Book - 20% off
    Wedding Gifts - 30% off

Location:
37-2, Jalan Temenggung 3/9,
Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras,
43200 Cheras, Selangor, Malaysia.
(2nd Floor, Corner Shop, Right behind Ambank & next to 7-Eleven)
Tel/Fax: 603 90105880
Business Hour: 11am - 8pm (Tuesday - Sunday, Closed on Monday)

 antara sebahagian iklannya =) layari website
atau berkunjung ke sana untuk melihat lebih byk lg pilihan.
 **************************************************
anaztasias : beli satu wat deco leh :p

Sunday, April 24, 2011


*****************************************
Hiii dan As salam kengkawan semua.

Saya nak tanya kawan2 semua, pernah tak bila korang
tengok gambar - gambar korang yang cantik dan memikat hati,
tak kisahla gambar bersama pasangan ke, bersama keluarga ke, 
konvokesyen ke, kahwin ke ,rakan - rakan mahupun diri sendiri
korang semua akan terpikir seperti begini :



YES !! SOLUTIONNYA MEMANG THE PERFECT CANVAS !

The Perfect Canvas or as known as TPC adalah sebuah company yang
berpengalaman dalam membuat canvas printing. Beroperasi di Cheras
dan menawarkan pelbagai jenis dan perkhidmatan yang mampu membuatkan
anda tersenyum apabila melihat gambar - gambar anda, selari dengan
tema yang ada di blog The Perfect Canvas.
"Picture speaks thousands words. Canvas speaks even more."
 Antara jenis - jenis canvas yang ada di TPC ialah :


FABRIC CANVAS

SPLIT CANVAS
Boleh split sampai 9 panel tahu :)

FULL WRAP CANVAS

WHITE BORDER CANVAS
 dan paling istimewa, selain jenis - jenis canvas yang pelbagai,
TPC juga menyediakan perkhidmatan tambahan seperti berikut :

1. Multiple Photos On One Canvas
Anda ada banyak gambar, suka kesemuanya, boleh je
compile gambar-gambar anda dalam 1 canvas. TPC cool !

2.Add Messages On Your Canvas
Boleh tulis nama, pesanan, kata -kata atau apa

apa sahaja, tanpa caj tambahan. It's FREE !!

 3. CORPORATE ORDER AND ART STAND


 

4. Other Printing Services Available!
We also accept order for car sticker,

bunting and banner printing. Affordable and fast.


Haaaa... menarik bukan? Nak tahu saiz, nak tahu harga?
Nak tahu macam - macam lagi. sila hubungi TPC seperti berikut :

The Perfect Canvas (SA0163703-A)
C-5-10 Vista Hatamas
Jalan Hatamas Utama
Bukit Hatamas
43200 Cheras
Selangor, Malaysia

H/p : 013-2897630/013-3997630
email : theperfectcanvas@gmail.com

 Sapa ada Facebook, sila klik mereka di sini : FB THE PERFECT CANVAS
dan jadi follower mereka di BLOG THE PERFECT CANVAS

Tak puas melihat hasil kerja mereka?
Sila Klik Album mereka di FB yeaw!

SAMPLE OF CANVAS
SAMPLE OF CANVAS II

ogeh.. sampai di sini sahaja saya berceloteh. Love TPC !!
it's just perfect !! love love love ** wink~

 

p/s : Jom layan gambar Mawi dengan TPC :)

 

Saturday, April 23, 2011

Alhamdullilah, boleh tarik sedikit nafas :)
mode : syukur Alhamdullilah.

A few things saya dah selamat booked.
lega. fuh, tinggal skit je lagi,
after that boleh tumpu pada - pada kerja DIY.
kesian pada cik doily saya yangg terbiar di sudut dinding :P
It 's almost 6 months to go !! waaa tatut. takut banyak
tak sempat buat :(( ... harap2 tak la :p

Soleminization :
Dais = KIV
Dress = KIV
MUA = Done
Catering = Done
Photographer = Done (OP 1)
Videographer = Done (OV 1)

Reception :
Dais = Done
MUA= Done
Dress = KIV
Meja Beradap = KIV
Catering = Done
Photographer = Done (OP 1)
Videographer = (OV 2)

Reception 2 :
Dais = ( KIV - his mom will do)
MUA =  KIV - his mom will do :(
Dress = KIV
Catering = KIV - his mom will do
Photographer = Done (OP 2)
Videographer = Done (OV 2)

Saya mendoakan semoga semuanya berjalan dengan baik dan saya
berharap pilihan saya dapat memberikan yang terbaik. Mulai bulan Mei ini,
saya tidak akan survey lagi apa - apa yang telah saya booked. Kalau tak,
hati pasti gundah gulana. Hehe, saya dah survey daripada tahun lepas lagi
dan April lalu, saya telah membuat keputusan dengan
beberapa pilihan yang saya suka.

Pada pendapat saya, sekiranya anda ada beberapa pilihan , anda boleh survey
sepuas- puasnya dan bandingkan. Jangan takut untuk bertanya tentang harga dan
perkhidmatan yang mereka boleh tawarkan. Percayalah anda sendiri akan terkejut
dengan apa yang mereka tawarkan. Ada sesetengah vendor, walaupun mereka
mungkin sudah terkenal, tapi sangatlah baik hati dan boleh mengikut bajet kita.

Misalnya photographer, anda banding hasil kerja dan harganya, berapa orang
yang cover untuk majlis anda, apa kah 'extra charge' yang dikenakan 
dan sebagainya. Begitu juga dengan OV, ada yang caj IK untuk 3 orang
cover event, ada yang caj IK utk 1 orang cover event. If butik pula,
apa yang mereka tawarkan. Adakalanya apabila kita berjumpa dengan
mereka dan berbincang lebih lanjut, harga akan berubah dari harga asal,
percayalah. saya mengalaminya.Sayugia juga diingatkan,
mahal tak semestinya terbaik dan murah tak sepertinya tak baik.
Saya lebih suka melihat hasil kerja dan PR mereka sebelum saya meneruskan
sesuatu perbincangan. Vendor yang baik dia tidak akan memaksa anda untuk
membuat bayaran serta merta. Mereka akan memberikan anda masa untuk berfikir.

Honestly, tidak semua benda saya nak, dapat. Sebab itu pentingnya anda mempunyai
beberapa pilihan. Maklumlah bila ada yang lebih dahulu booking, maka tarikh
kita minta sudah tidak available. So b2b out there, if anda betul - betul sudah
berkenan dan membuat keputusan, bookingla cepat sebelum ia full. Saya mempunyai
2 OV yang berbeza untuk majlis pernikahan dan resepsi saya kerana, tarikh saya
sudah full bagi OV 2 saya, maka saya terpaksa mencari OV 1 untuk cover another
event. Berkenaan OP pula, Alhamdullilah, beliau masih free, terus grab :P
Tarikh bertandang pun OP pilihan sudah full, maka digantikan dengan yang lain.

Yea, bila mahu booking, tentulah kena deposit wang kan. Ada vendor yang kenakan
30%, ada yang 10%, ada yang kata bank in kan sahaja RM 200 dan sebagainya.
Secara personally, saya suka bank in 30% kerana bakinya adalah dalam jumlah
yang kecil untuk dijelaskan. Ada juga vendor yang mengambil bayaran secara bulanan.
Insya Allah yang penting, kita boleh ngam dengan orang yang bekerjasama dengan kita.

Oh, apapun terpulang pada individu. Setiap orang ada pendapat masing- masing kan.
Tepuk dada, tanya selera, tepuk hati, tanya diri. Yang baik jadikan panduan, yang
buruk itu khilaf dari saya sendiri. Segala pendapat anda amat dialu-alukan.

Salam sayang, anaztasias nora aira :)

gambar first pre-wed saya :p malooo

Thursday, April 21, 2011

Yeay, Lagi seminggu lebih sahaja nak
memasuki bulan Mei dan bermula esok,
Pameran Buku di PWTC ! Saya suka sangat !

Ya, saya peminat tegar buku.. saya boleh habis
beratus - ratus dengan membeli buku sahaja.
Tapi saya tak membaca novel cinta. Itu saya kurang minat. :P
Saya dah ingatkan En. tunang, esok dah bermula pameran itu.

Alhamdullilah, kerana saya minat, En. Tunang setuju jadikan buku
sebagai salah satu barang hantaran saya, dengan syaratnya buku itu berilmiah.
Hehe, tiada masalah. lebih dari satu pun xpe. haha :p
Saya serahkan sahaja tajuknya kepada dia.. asalkan saya faham untuk 
membaca.. yea.. senang kan, asal ikhlas dari dia :)

Okey, saya sharekan dengan kalian contoh dekorasi
buku sebagai hantaran. Insya Allah mana tahu boleh dapat
ilham. selamat mencuba . T_T

 sumber : whatalovelywedding


 sumber : teruna kreatif

 sumber : ady adyva

sumber : xora DTN

PESTA BUKU PWTC
22 APRIL 2011 - 1 MEI 2011
PWTC, KUALA LUMPUR

*********************************************
anaztasias : carila buku bermanfaat dan bacala, Insya Allah
ilmu yang baik akan diberkati, sharing is caring :D
( p/s : harap dapat hasilkan buku untuk anak-anak istimewa.
mode : berangan, tepuk - tepuk muka weeeee~ )

Monday, April 11, 2011


Promo Promo Promo T_T

Saya ingin mengajak pembaca sekalian,
marilah sama - sama kita mengundi
En. Ahmad Fairus bagi merealisasikan impiannya.
Anda hanya perlu klik pilihan yang ke-4 dan selesai.
(p/s : banyak kali pun xpe . weeeeeeeeeee~)

En. Ahmad Fairus, kami BBF panggil dia AF
merupakan photographer rasmi Gathering BBF yang lepas
dan Insya Allah, my official OP on my 'big day' nanti.
Bersama - sama kita membantu merealisasikan impiannya.


okeh mengundi. sila pilih no.4 di SINI - HOT FM

anda mahu melihat kesungguhan dan hasil karya beliau?
Sila lawati  AF FACEBOOK, FAN FACEBOOK
dan OFFICIAL BLOG beliau :)

selamat mengundi yea :)

Selamat Pengantin Baru Elya Elmo

Alhamdullilah, saya berjaya menghadirkan diri,
namun sedih sebab tak dapat jumpa B2B blogger yang lain.
Sebab biasanya saya tak lewat. hehe ini yang ke-14
wedding blogger saya pergi. cuma kali rezeki lambat sampai.
Maaf saya lewat. huhu weekend yang hectic tapi
Alhamdullilah, berjaya ke wedding elya elmo.
(eh macam ayat ulangan lak ahhaha :)

Thanks to acik sebab tegur panggil saya tadi, kalau tak
memang tak perasan hehe. Dan waktu balik nampak yanie
dan hana berjalan ke guestbook hehe, nasib dorang ingat
kalau tak malu je saya tegur hahaha. :p

Elya, wanna wish u Selamat Pengantin Baru , Moga
Perkahwinan kamu diberkati Allah dan kekal hingga ke syurga !!

 saya, yanie dan hana yorie

 acik !! thanks sudi tegur saya :)

 suka lantern putih weeeeeee~

 bersama pengantin, elya elmo :)

 suasana di dalam dewan :)

 contengan saya dah memang wajib

saya suka semua gambar di frame :D

 kreatif kan elya weeeeeeeee~

love it !! max ur pre-wed piccas =)

******************************************
ngewwwwww, selingan selingan.. mode : hepi sangat.
After Elya's wed, saya pergi ke putrajaya . Alamanda la :P
Disebabkan berjaya menurunkan 1 kg ( haha 1 je pun :p )
Mr. Purple hadiahkan saya something supaya terus bersemangat
Thanks dear !! sayang kamu sangattt !! Cepatla kawen haahhaa :P

tengah kusyuk dengar penerangan :p

Doakan impian saya menjadi realiti. kamu dan kamu juga.
Amiiin =) (senyum hingga ketelinga weee~)

Sunday, April 10, 2011

Alhamdullilah, selamat sampai destinasi seterusnya..
Moga perjalanan kalian selamat juga yea.

Ogeh..saya tidak mahu berceloteh panjang.
2 hari , tiga pameran saya pergi.
Pictures speak louder than words. aci x hehe
Hepi Viewing Guys. xoxo !!

******************************************
EXPO PENGANTIN MELAYU MID VALLEY
8 - 10 APRIL 2011

 mr.purple bagi green light untuk borong weeeeeee~

survey dan always survey

 orang booth ni balik awal hahaha

 survey lagi. tak book pun. hahahaha

**************************************************
EXPO PENGANTIN KUANTAN, KUANTAN PARADE
8 - 10 APRIL 2011













whollah, sooo tired..sorry guys no explanation T_T
anything just ask or pm me yea dear..muaaaaah. nite. xoxo !!